14 December 2011

Impak Umno masuk Sabah

Sejak meredeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai link dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai link dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.

Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kayaraya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS.

Seingat penulis, sehingga tahun 1990, orang-orang politikpun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas Umno memerintah, ramailah para bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.

Keadaan ini adalah impak positif kemasukkan Umno ke Sabah, ertinya parti yang berasal daripada Semenanjung itu, telah membuka peluang ekonomi, keterbukaan dalam bersuara, tetapi yang paling penting, membuka peluang kepada anak watan Sabah untuk mendapatkan peluang yang telah lama dikecapi oleh rakyat di Semenanjung.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka mata ramai rakyat terutama generasi muda, di mana jika sebelumnya hanya berpeluang mencuba nasib mendapatkan peluang-peluang perniagaan di peringat negeri, namun kali ini telah mendapat kawasan yang luas, yakni seluruh Semenanjung daripada Perlis hinggalah Johor.

Dalam konsep perniagaan, perkara yang paling mustahak adalah memperluas jalinan (net working), jika sebelumnya penduduk Sabah yang terhad di Sabah sahaja, kini peluang terbuka luas, kerana atas dasar, keahlian atau orang Umno.

Kita jangan mempersempitkan minda kita, kita perlu membuka minda, dan juga perlu akui, bahawa kemasukkan Umno di Sabah, bukan menjajah, sebaliknya membuka padang yang luas kepada penduduk negeri ini.

Seingat penulis pada tahun 80-an, di Kota Belud, tiada orang yang kaya, kecuali yang mempunyai hubungan dengan orang-orang politik, apakah saudara pemimpin, anak pemimpin atau bapa saudara pemimpin.

Seingat penulis juga, pada masa itu jarang ada bumiputera yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana keterbatasan peluang, namun seorang anak muda yang berasal dari Kampung Taungusi, Haji Musbah Haji Jamli, mencuba nasib dalam dunia pernigaan dengan membuka kilang papan. Anak muda ini, terpaksa melupakan alam persekolahan, kerana faktor kemiskinan.

Nasib menyebelahinya, dunia perniagaan adalah peluang yang dicipta untuknya.

Pada tahun 1990, apabila Umno mula mengembangkan sayapnya ke Sabah, ekoran tikam belakang Parti PBS menjelang pembuangan undi pada PRU-1990, anak muda ini terbuka hatinya untuk menyertai Umno, dan menyediakan fasiliti-fasiliti kepada para pemimpin Umno, terutama daripada Pusat, termasuk Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir dan Timblannya Tun Abdul Ghafar Baba. Tidak ketinggalan juga, menteri kewangan masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Senario cerita di atas adalah hasil percakapan antara penulis dengan anak muda itu, di mana kini merupakan ADUN Tempasuk dan bergelar Datuk, ADUN dua penggal dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

ADUN Tempasuk ini, kini terkenal dengan perancangan Pembangunannya untuk daerah Kota Belud, terutama Projek Jelapang Padi, Agropolitan dan pelancaongan.

Projek-projek yang diilhamkan oleh Datuk ini, semata-mata untuk membasi kemiskinan. Inilah yang membezakannya dengan para pemimpin Kota Belud yang lainnya.

Jika sekiranya pada tahun 1994, perancangan untuk membantu rakyat terutama petani, mengistiharkan kawasan tertentu di Kota Belud sebagai kawasan perindutrian, membangun kawasan Pantai untuk pelancongan, membangun kawasan sungai juga untuk kawasan pelancongan, nampaknya, rakyat Kota Belud, mungkin sudah lama terkeluar daripada daerah miskin. Namun sayang, baru tahun 2008, pembangunan Kota Belud baru bermula, setelah sekian lama tidur nenyak dan terbuai dengan mimpi-mimpi.

Pada hakekatnya, kemasukkan Umno, bukan menajajah, sebaliknya membangun rakyat, seperti mana dirasakan sekarang. Fikir-fikirkanlah.

48 comments:

Smookiekins said...

Para pemimpin harus mengutamakan rakyat. kekayaan sumber bumi Sabah harus dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat Sabah.

Smookiekins said...

rakyat Sabah juga harus berusaha meningkatkan kemajuan diri.

Anak Sabah said...

Harap mana-mana parti yang ingin mendapatkan sokongan Sabah akan berkhidmat secara ikhlas terhadap mereka.

Rizal Shamberi said...

Umno dah merompak hasil negeri sabah balik ke semenanjung.Sepatutnya sabah kaya-raya seperti negeri terengganu yang mempunyai jalan 2 lorong dari sempadan kelantan hingga sempadan pahang sebab sabah ada hasil balak dan petroleum tp tp terengganu tak banyak balak..renungkan wahai org sabah..

Antanum said...

Kita sedia maklum ada impak positif dan ada impak negatif. Impak positif kita ambil dan yang negatif kita cuba untuk perbaiki.

Antanum said...

Apa yang sudah lepas kita lupakan yang penting apa yang belaku masa ini, jika ada yang hendak diperbaiki, perbetulkan dengan segera.

Anonymous said...

sekarang, cuba bandingkan pula negeri Sabah dengan Sarawak yang tidak menerima kemasukan UMNO ke negeri mereka?

Anonymous said...

masing2 ada penilaian. ada juga yang kata kemasukan UMNO memberikan kesan negatif yang besar kepada Sabah. namun, terfikir juga kalau dibuat survey rasa2nya majoriti rakyat Sabah kata positif ka negatif??

Paquin said...

Saya terpaksa akun jugalah senang mahu kaya kalau ada link dengan ahli politik:P

Paquin said...

Namun semuanya terpulanglah pada pandangan individu masing-masing. Susah juga mahu komen banyak2.

Paquin said...

Logik akal sekalipun setiap hal pasti ada positif & -venya. So kita cuma harus jadi bijak utk seimbangkan hal ini saja utk memastikannya OK.

Paquin said...

Dalam masa yang sama, untuk berkembang maju setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing. Jangan asyik mengharap saja.

Paquin said...

Appaun, kita tunggu sajalah apa pilihan rakyat nanti. Baik positif @ -ve, sama2 kita nantikan.

Jason said...

The thing about people is that they tend to forget all the good deeds that the gov did for the people and only remember their flaws.

Jason said...

we should remember that no one is perfect and at the same time umno should really repent.

Unknown said...

kedatangan UMNO byk juga memberi impak positif terhdap Sabah. byk juga pembangunan yang mereka lakukan terhadap Sabah.

mantra said...

jika nak berjaya kena ada jaringan juga. sukar kita nak berjaya seorang diri.

Mohd Ishak said...

Rakyat sendiri perlulah pandai menilai dan mengundilah dengan bijak nanti.

Mohd Ishak said...

Jika kerajaan mahu mendapatkan sokongan rakyat, mereka mestilah berusaha untuk membuktikan bahawa mereka adalah pilihan yang terbaik.

Green Sabah said...

Kemasukan UMNO ke Sabah ada pro dan kontranya tersendiri. Buatlah penilaian dengan bijak.

Green Sabah said...

Apa-apa pun, jangan menyalahgunakan kuasa dan pengaruh yang ada demi kepentingan diri sendiri semata-mata.

mike said...

ada impak positif dan impak negatifnya...

mike said...

ada juga orang yang menjadi pemimpin menjadikan parti sebagai landasan untuk mengaut keuntungan peribadi..nasib rakyat pula tidak terbela..pemimpin yang macam ini memang patut disingkirkan dan dikuburkan karier politiknya..

mike said...

tidak perlulah kita membanding-bandingkan...yang penting sekrang adalah kerajaan negeri berusaha membangunkan sabah..

mike said...

ramai ahli politik yang sudah merasai kenikmatan menjadi YB, berkuasa sbgnya, akan berusaha untuk mengekalkan nikmat tersebut...jadi kita akan dengarlah ada YB yang lompat parti..

mike said...

terpulang kepada penilaian seseorang individu di sabah untuk menilai sama ada UMNO masuk sabah, memberi impak positif atau negatif..

Anonymous said...

jika negeri Sabah sekecil negeri2 di semenanjung, sudah lama negeri ini menikmati kemajuan infrastruktur seperti yang ada di negeri2 di semenanjung. hanya dengan melihat fizikal geografi negeri Sabah, sudah cukup menjelaskan bahawa negeri ini memerlukan 2 atau 3 kali ganda peruntukkan yang diterima oleh negeri2 di semenanjung.. oleh itu tidak perlulah samakan negeri Sabah dengan negeri2 di semenanjung sedangkan fizikal geografinya sudah jelas berbeza..

Anonymous said...

yang paling jelas, selain dari aspek pembangunan, kemasukan UMNO ke Sabah sejak 20 tahun lalu berjaya menyatukan kaum bumiputera di Sabah yang berpecah dan sering berbalah disebabkan perbezaan fahaman parti politik di kalangan kumpulan2 parti USNO, Berjaya dan PBS.

madd said...

yang penting, kepentingan dan keperluan rakyat perlu menjadi keutamaan untuk dilaksanakan oleh para pemimpin.

madd said...

usaha untuk melaksanakan pembangunan harus terus dilakukan agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua.

Nemia said...

As far as I concerned, UMNO is getting way far here.

Danie said...

Jangan simpan niat untuk merosakkan kaum di Sabah.

No name said...

Sumber alam semulajadi di Sabah harus membantu Sabah berkembang pesat tetapi masih dalam kemiskinan, susah untuk dipercayai.

No name said...

Not veru is UMNO bring development to Sabah, but, Im sure Sabah economi growth not only this but can be better.

No name said...

Terdapat juga perkembangan tetapi agak perlahan jika dibandingkan. Tambahan pula kemasukan PATI, golongan ini memperlahankan lagi peningkatan ekonomi.

No name said...

Kalau tiada rasuah, perkembangan Sabah akan seiras dengan KL.

No name said...

May be good & bad. Bad is the PATI issue getting serious, low economy grow, land issue, corruption, project IC etc. These will nto be solve without proper plan and execution.

Green Sabah said...

There are positive and negative impacts of UMNO in Sabah, therefore we should not only look at the negative side but the positive side as well.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

No matter what, the people should vote wisely during the next GE. Whether they will choose to support the current regime or vote the opposition, it is their own choice.

Hamdan Hadillah said...

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Itulah yang kita nampak dengan kehadiran UMNO ke Sabah. Maka harap kehadiran UMNO/BN akan dapat membantu membangunkan Sabah kemata dunia. Pembangunan tidak ada salahnya tapi pastikan juga kemudahan awam dan infrastuktur dapat menampung pertumbuhan pembanguanan tersebut. Bagunan tinggi-tinggi megah tapi jalanran raya asyik sesak. Maka kerajaan perlu merancang yang terbaik Sebagai rakyat Sabah saya yakin kerajaan akan dapat membuat yang terbaik untuk penduduk Sabah.

Selamat berkongsi maklumat..

bayausbh.blogspot.com

Unknown said...

Harap pemimpin akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Unknown said...

Rancanglah sesuatu yang boleh diterima oleh penduduk Sabah dan juga membantu mereka.

Unknown said...

Kedatangan BN diterima baik di Sabah. Maka jangan sampai BN ditolak. Untuk mengelak semua itu berlaku berikanlah bantuan kepada penduduk Sabah yang memerlukan pertolongan.

Sanih Alias said...

UMNO untuk 1 Malaysia dan bukannya untuk melayu sahaja.

Unknown said...

I don't think it has make anything further on Sabah.

noemi said...

Never touch on religions here.

onong said...

Hasilnya adalah semua rakyat menantikan kepulangan pemimpin baru.

DorianG said...

This ADUN Tempasuk exemplifies the ideal Pemimpin. He's from the grassroot thus relates to the plught of the people.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels