29 December 2011

Saya ke Kelantan bukan minta maaf pada Nik Aziz: Hassan Ali

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

10 comments:

Anonymous said...

nampaknya Hasaan Ali tak ada membuat sebarang permohonan maaf, semua itu hanylah kabar angin sahaja.

Green Sabah said...

I thought Hassan Ali already apologized.

zam said...

nampaknya kahbar angin tersebut tidak benar.

zam said...

ada saja isu yng timbul.terserah kepada pas bagaimana mereka menguruskan isu-isu yang timbul dikalangan mereka.

Anonymous said...

Biasalah khabar2 angin macam ni. Jangan cepat melatah saja, sudahlah.

Anonymous said...

ahli dia sendiri pun cakap Harakahdaily ni suka putar belit..

Anonymous said...

macam mana la rakyat mahu percaya dengan kepimpinan PAS jika lidah rasmi mereka sentiasa dihalalkan untuk membuat pembohongan..

Smookiekins said...

yang empunya diri menafikan kenyataan tersebut. rasanya Harakahdaily tidak buat homework.

Unknown said...

Salam sejahtera kepada semua,

Perkara sebegini sememangnya selalu berlaku. Untuk memastikan kebenarannya, Maka dengar dari satu pihak semestinya tidak tepat dan benar. Maka dengarlah dari mulut dari dua belah pihak untuk mendapat keputusan yang benar dan tepat.

bayausbh.blogspot.com

Anonymous said...

Di tahun baru ini, eloklah saling maaf memaafkan supaya lancar perjalanan sepanjang tahun 2012.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels