23 December 2011

Mufti Perlis terkilan: Anaknya dalam sistem JPN tertera.. Bukan Warganegara

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini menyelar kualiti perkhidmatan awam dan Putrajaya selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu beliau bahawa anak perempuannya bukan warganegara Malaysia.

Kata Juanda kejadian itu berlaku pada pagi ini semasa beliau, dari keturunan Melanau, mahu membuat kad pengenalan anak perempuannya yang berusia 12 tahun di pejabat JPN Kuching.

Tambah beliau, sistem JPN mengatakan anak perempuannya bukan warganegara Malaysia dan ia amat mengejutkan sambil menambah tidak pernah mendapat “pengalaman baik” sebagai anak kelahiran Sarawak di negeri itu.

“Betul, tertulis status di skrin situ nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara tetapi bangsa masih tertulis berbangsa Melanau.

“Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Juanda (gambar), anak perempuannya Sumaiyah Syahidah yang dilahirkan pada 1999 di Kuching dan kini belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Indera, Kangar mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bangsa asal dan warganegara tulen negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini tetapi tiba-tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu.

“Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak-anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja,” katanya.

Tambahnya, walaupun isterinya merupakan rakyat Indonesia namun ia bukan alasan menjadikan anak perempuannya mangsa terutamanya sejak JPN memiliki rekod kelahiran anak-anak berketurunan Melanau.

“Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keluarga di sana menggunakan passport Malaysia.

“Tetapi kenapa bila saya hendak membuat kad pengenalannya dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dijamin hak warganegaranya tiba-tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia,” katanya.

16 comments:

Wanredone said...

sistem jpn dikendalikan oleh manusia ... kulpritnya ialah manusia yang tidak berotak dan mungkin manusia spesis dari malaya yang tidak mengetahui negeri sarawak ..... siapa pengarah jpn sarawak... anak sarawak ke????

sabar said...

Alaa ni pun nak kecoh pergi la kat jpn cakap baik2, sistem ni manusia yg buat bukanya ciptaan Allah. Patut mufti lebih bersabar, ujian simple dari Allah.

Anonymous said...

JPN kena selesaikan masalah ini, jgn biarkan kesilapan seperti ini terus berlaku.

Anonymous said...

Tidak dapat disangkal lagi bahawa JPN juga boleh melakukan kesilapan. Bila perkara sudah terjadi, ada aduan, perbaikilah kualiti kerja anda.

Green Sabah said...

Hope that the JPN will clear things up with this sort of mistakes as this is not the first time this happens.

Green Sabah said...

Hope that they are able to clean up their act and make sure they operate more smoothly and efficiently.

joey said...

mungkin ada berlaku kesilapan, tapi ianya boleh diselesaikan.

joey said...

pekara seperti ini harus dielakkan. apa pun, tidak perlulah memperbesarkan pekara ini.

Anonymous said...

minta la penjelasan terus dengan JPN.. mungkin ada prosedur yang masih tidak difahami atau mungkin terdapat clerical error..

Anonymous said...

macam mana sekalipun, pure Malanau dengan Mix tidak sama..

Smookiekins said...

Kesian pula. Rasanya dia patut selesaikan masalah tersebut di JPN. JPN perlu lebih berhati-hati dalam soal ni. Soal kewarganeragaan ni sangat2 sensitif.

Kris Jr said...

alamak, ni mesti terikut sebelah ibu dia ni. Harap2 dapatlah diperbetulkan. bincang baik2.

Unknown said...

Boleh-boleh bukan warganegara.. Perlu buat aduan mengenai perkara ini. Mungkin ada kesilapan teknikal berlaku.

Anonymous said...

ini bukan kes pertama. sebelum ini pun pernah juga berlaku. lebih baik minta pihak JPN perjelaskan. mungkin benar ini cuma kesilapan teknikal.

Anonymous said...

kalau surat beranak dulu2, bukannya diteliti sangat tu tentang bangsa. terang2 ibubapa berbangsa dusun, anaknya pula ditulis bangsa kadazan. rasanya sekarang pun ada juga kes seperti tu. lagipun sekarang orang mau kerja cepat dan ringkas.

DorianG said...

This could be a glitch in the system.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels