18 July 2012

Bekalan Tambahan Pertama 2012 Sabah RM434,451,500 diluluskan

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012) bagi peruntukan tambahan dianggarkan sebanyakRM434,451,500.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata anggaran tambahan itu penting bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri dapat bergerak lancar.

Beliau bagaimanapun ber- kata sebanyak RM118,506, 600 daripada Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 itu tidak melibatkan aliran tunai, namun diperlukan untuk menyelaraskan Akaun Pendahuluan Diri yang melibatkan kerja-kerja kecemasan bagi memulihkan kerosakan kemudahan infrastruktur, khususnya paip air, sistem pengairan dan saliran dan landasan kereta api.

“Ini bermakna hanya RM315,944,900 melibatkan pengeluaran wang tunai da- lam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 ini,” katanya ketika membentang- kan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012), pada persidangan DUN Sabah di sini.

Menurut Tawfiq, peruntu- kan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai ber- jumlah RM40.4 juta diperlukan untuk menampung kenaikan gaji sebanyak tujuh hingga 13 peratus bagi kakitangan kerajaan negeri yang berkuatkuasa 1 Jan lepas.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta pula diperlukan untuk menampung perbelanjaan pembelian air tahun ini, termasuk pembayaran tunggakan kepada Syarikat Konsesi Air.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung pemberian insentif pengeluaran kepada pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negeri tahun ini.

“Tujuan pemberian insentif ini adalah bagi menangani isu berkaitan perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq berkata RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung perbelanjaan program penyelenggaraan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri tahun ini, termasuk jalan raya kelolaan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Beliau juga berkata sebanyak RM28.7 juta pula untuk perbelanjaan perkhidmatan luar bagi mengendalikan loji-loji air. Sidang DUN Sabah ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

5 comments:

mantera said...

peruntukan yang diberikan ini harus digunakan sebaiknya untuk pembangunan dan kemudahan rakyat.

Ian Cooper said...

Kenaikan gaji penjawat awam biarlah dibuat berdasarkan penilaian terhadap prestasi individu baru kenaikan dianggap berbaloi.

Batresiah said...

kalau dilihat memang peruntukkan itu banyak sebenarnya. Tapi untuk Sabah rasanya tidak begitu mencukupi tambahan lagi negeri yang besar.

Kris Jr said...

Gunakan peruntukan sebaik mungkin

Kris Jr said...

Diharap peruntukan tu sampai ke tempat yang sepatutnya

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels