17 July 2012

Games Changer Politik Kota Belud

Benar kah ada "Game Changer" politik Kota Belud? kalau ada apa kah bentuk game changer itu? 

Sejak merdeka, jarang berlaku game changer dalam arena politik Kota Belud, kecualilah apabila Umno bertapak di  Sabah.

Pertukaran pemimpin Kota Belud. biasanya melalui parti yang berbeza, ertinya bukan dalam parti yang sama.    

Tahun 76 telah berlaku perubahan kepimpinan bagi DUN Tempasuk dan Kedamian, daripada Usno kepada Parti Berjaya; demikian juga bermula tahun 1985 Kedamaian berubah daripada Berjaya kepada PBS, disusuli tahun 1986 di Tempasuk dan kemudiannya Parlimen Kota Belud. (Nota Usukan senantiasa dimenangi oleh pemimpin yang ada kaitan dengan Usno (kini Umno).

Bermula tahun 1994, berlaku perubahan kepimpinan di Tempasuk, daripada PBS kepada BN, sementara di Kedamaian senantiasa dimenangi PBS sehingga kini (PBS sebelumnya parti pembangkang sehingga tahun 2002).

Akibatnya bertapaknya Umno, maka telah berlaku pertukaran pemimpin bagi sesuatu kawasan. Pengertian pemimpin di sini adalah wakil rakyat; kerana biasanya (dahulu) apabila seseorang itu bukan wakil rakyat atau Yang Berhormat bagi pengertian kebanyakan, maka seseorang itu dianggap "bukan" pemimpin.

Pengertian ini telah berubah dalam era Umno; kerana pengertian pemimpin bertambah luas cakupannya, apabila melibatkan Ketua Bahagian umno. Ketua Bahagian Umno mempunyai kuasa politik yang besar, walaupun seseorang ketua bahagian itu bukan wakil rakyat atau Yang Berhormat. 

Meneliti perkembangan politik Kota Belud, dilihat sejak akhir-akhir ini ada kecenderungan perubahan dimana dapat tercermin, bahawa dominan Ketua Bahagian Umno sangat ketara, sehingga boleh ditafsirkan,  bahawa Ketua Bahagian memainkan peranan yang cukup besar termasuk menguasai padang permainan, jika diumpamakan pada padang bola sepak.

Bagi tujuan tulisan ini, game changer itu adalah Ketua Bahagian Umno, kerana difahamkan, sejak akhir-akhir ini, apa sahaja bentuk "acara" apa kah  berkaitan dengan projek pembangunan  daerah atau pemilihan individu untuk diketengahkan sebagai calon perlu mendapat restu total daripada Ketua Bahagian; restu beliau     menggambarkan seseorang itu sebagai winnable candidate atau jika dikaitkan dengan pembangunan, maka restu beliau menunjukkan bahawa pembangunan itu diperlukan oleh rakyat.

Pada satu perjumpaan Juara Rakyat di Kota Belud baru-baru ini, Kota Bahagian Umno- DSP Salleh Tun Said telah menjelaskan betapa pentingnya program pembangunan yang dijalankan di Kota Belud-antaranya Program Jelapang Padi, Program Agropolitan, progam pelancongan dan berikutnya Program Hub Minyak dan gas di Kuala Abai, Usukan.

Sesuatu yang masih dalam bentuk "hipotesis" Ketua Bahagian Umno juga akan membina "jambatan" politik, di mana selama ini, walaupun ada "jambatan" tetapi jambatan berupa "jambatan gantung".

Jika dizaman dahulu, kalau ada pembinaan "jambatan" kononnya mesti dilakukan "korban kepala" entah betul kah cerita ini, penulis pun tidak pasti.

Bagi membina Jambatan kekal dalam arena politik Kota Belud, jangan salah sangka, masih dalam hipotesis penulis, bahawa "korban" akan dilakukan, bagi melancarkan dan melicinkan sistem berpolitik untuk selama-lamanya.

Demi kelangsungan berpolitik di Kota Belud dalam ertian tanpa gangguan, maka game changer terpaksa mengambil tempat. Keputusan oleh game changer, boleh juga memperanjatkan, boleh juga mengecewakan, akan tetapi keputusan itu perlu dibuat demi pembinaan jambatan politik yang kukuh demi masa depan perpolitikan.

Apa kah hipotesis ini akan berlaku sidini mungkin? kalay ya-siapa yang 'dikorbankan"? Apa kah tindakan itu   mempengaruhi keputusan pilihanraya?  sama-sama kita tunggu

5 comments:

mantera said...

rakyat harus memilih pemimpin yang tepat yang dpt menjaga kebajikan mereka.

Kris Jr said...

Datuk Musa Aman telah menekankan pentingnya untuk semua ahli Umno dan BN untuk memberikan sokongan total untuk setiap calon yang dipilih oleh kepemimpinan atas untuk PRU13.

Kris Jr said...

Datuk Musa Aman optimis bahwa Sabah BN mampu mmenang semua kerusi di setiap bagian dalam PRU13.

Batresiah said...

Memang sejarah politik di KB ini berubah-ubah. Ini menandakan penduduk memang ada pendirian mereka sendiri.

Harryzan Aming said...

saya tidak berapa faham dengan game changer politik kota belud.. namun keinginan saya sangat kuat mahukan supaya daerah kota belud maju membangun dengan segala projek2 kerajaan dapat dilaksanakan tanpa sebarang bantahan penduduk KB..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels