25 July 2012

Impikasi ura-ura Bonus kakitangan awam Sabah

Belumpun bonus diluluskan, impaknya terhadap harga barangan harian sudahpun terasa. Harga barangan seperti timun, ayam dan daging secara tiba-tiba mendadak naik. Barang kawalan seperti gula ada yang menjual 2.50/kg, malah minyak masak paket plastik yang biasa dijual 2.50 sekilo kini ada yang menjualnya 3.0.

Kakitangan awam kerajaan Sabah hanya meliputi 19,190 orang, disebabkan ura-ura bonus untuk mereka, maka tiga juta penduduk sabah menerima impaknya.

Tahun lepas kakitangan awam negeri sabah menerima setengah bulan bonus-minima Rm500 setiap seorang.

Ketua Menteri Sabah, dikhabarkan akan mempertimbangkan bonus hariraya untuk kakitangan awam, jika kerajaan persekutuan mengambil keputusan berbuat demikian.

Sebelum ini, Perdana Menteri DS Najib semasa di Pahang, dipetik sebagai berkata, bonus kakitangan awam akan dipertimbangkan berasaskan kemampuan kewangan negara.

4 comments:

mantera said...

pada musim2 perayaan ni pasti ada peniaga akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga. harga barangan haruslah dikawal.

Batresiah said...

Bonus memang perlu diberikan. Tapi penjawat awam saja untuk swasta tidak adakah?

Hinamori said...

Kerajaan perlu pantau harga2 barang jangan ada yang mengambil kesemparan untuk naikan harga barang

Hinamori said...

Perlu ada kawalan harga

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels