15 July 2012

Utamakan Parti: Salleh Said

KOTA BELUD, 15 Julai -- Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta anggota Umno supaya memberi keutamaan kepada kesetiaan dan perpaduan bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.

Beliau berkata ini adalah penting kerana partilah yang akan membentuk kerajaan dan bukannya individu, demikian katanya semasa merasmikan persidangan bahagian Kota Belud hari ini, di Dewan Masyarakat Kg Botung.

Turut hadir, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Haji Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan dan ADUN Usukan-Datuk Japlin Akim.

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah meminta agar ahli parti tidak menghianti parti dan menyeru agar semua pihak dan lapisan senantiasa setia agar supaya parti terus kekal memerintah.

Dalam mesyuarat itu juga, Umno Kota Belud menyatakan sokongan tidak berbela bagi kepada DS Najib Razak selaku Presiden Parti dan DSP Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

6 comments:

me gusta said...

Utamakan perjuangan sebenar dan bukannya perjuangan peribadi semata-mata.

mantera said...

ya.. utamakan pada perjuangan parti dan rakyat. .bukan berjuang untuk diri sendiri.

Kris Jr said...

Hampir setiap hari, mendengar Najib memperkenalkan sesuatu yang baru untuk kepentingan Malaysia, baru2 ni dana RM100 untuk iM4U

Kris Jr said...

Setiap program kerajaan diharap mendapat sokongan rakyat.

Batresiah said...

Utamakan parti dan rakyat. Abaikan khabar angin yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selesaikan setiap masalah yang berlaku.

Harryzan Aming said...

jangan jadi seperti Lajim dan Bumburing.. pemimpin2 yang mempunyai agenda tersembunyi wajar disingkirkan serta merta..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels