23 October 2012

PRU-13: Lajim mengigau

MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Setapak, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

17 comments:

Valeria Payton said...

Melihat kepada keputusan PRU-12, kalau berasaskan wilayah/negeri- di Semenanjung keputusannya berimbang antara Barisan Nasional dan Pembangkang, sebabnya masing-masing menguasai jumlah negeri yang sama-yaitu enam.

Valeria Payton said...

Barisan Nasional mengekalkan- Perlis, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan jumlah kerusi Parlimen- 57; manakala Pembangkang mempertahankan Kelantan, merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah kerusi Parlimen- 61. Akan tetapi berasaskan jumlah keseluruhan, BN menguasai jumlah kerusi Parlimen di Semenanjung sebanyak-85, manakala Pembangkang-81.

Valeria Payton said...

Hanya Sabah dan Sarawak yang menjadi penyelamat kepada Barisan Nasional. Walaupun Sabah dan Sarawak hanya bertanding 57 kerusi atau 25.68 peratus daripada jumlah kerusi yang ditandingi BN, namun berjaya menyumbang 55 kerusi atau dengan pencapaian 96.49 peratus atau menyumbang 39.29 peratus kepada jumlah kerusi BN.

Valeria Payton said...

BN Semenanjung yang bertanding 165 kerusi atau 74.32 peratus daripada kerusi yang ditandingi BN, namun hanya berjaya menyumbang 85 kerusi parlimen dengan pencapaian 51.51 peratus akan tetapi menyumbang 60.71 peratus secara keseluruhan kepada jumlah kerusi parlimen BN yang berjumlah keseluruhannya 140.

Valeria Payton said...

Pada PRU-13, baik Barisan Nasional mahupun Pembangkang membuat percaturan untuk menawan Sabah dan Sarawak.

Valeria Payton said...

Bagi BN, sudah tentu mahu mempertahan pecapaian tahun 2008, namun pembangkang mencuba sekurang-kurangnya mendapat tambahan 11 kerusi di Sarawak dan 7 di Sabah, sehingga menjadikan jumlah kerusi parlimen pembangkang di dua negeri itu berjumlah 20.

Valeria Payton said...

Pembangkang menjangkakan bahawa mereka mampu menambah 11 kerusi parlimen di Semenanjung, dengan itu jumlah kerusi mereka menjadi 92 kerusi. Apabila jumlah itu ditambah 20, maka mereka boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (112 kerusi daripada 222).

Valeria Payton said...

Bagi pihak BN pula, dijangka akan menambah 12 kerusi Parlimen di Semenanjung sambil mempertahankan 85 yang sedia ada. Dengan pertambahan itu, jumlah kerusi BN di Semenanjung akan berjumlah 97, hanya memerlukan 15 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah. Hakekatnya, BN Sabah dan Sarawak dengan mudah menyumbang 49 kerusi- 27 daripada Sarawak, 22 daripada Sabah termasuk satu daripada Labuan. Jika demikian, maka jumlah keseluruhan kerusi BN-146; kurang dua kerusi bagi kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Valeria Payton said...

BN ada kemungkinan memperoleh kuasa 2/3 jika dua kawasan Parlimen di Sabah yang masih dalam keadaan 50-50 ketika ini dapat menyumbang kemenangan kepada BN.

Valeria Payton said...

Analisis ini hanya berasaskan "on the paper" berasaskan mode semasa. Keputusan PRU-13 akan datang akan sepenuhnya terletak di tangan rakyat.

*http://musramrakunman.blogspot.com/2012/08/mengimbau-keputusan-pru-12-perkiraan.html

John Winchester said...

Lajim hanya cakap2 kosong saja.

John Winchester said...

Pembangkang akan sentiasa mengatakan mereka boleh menang banyak kerusi di Sabah. Tapi belum bertanding belum tahu lagi.

Frances Samil said...

Lajim terlalu kuat berangan!

Frances Samil said...

Lajim terlalu kuat berangan!

Frances Samil said...

Kemenangan dalam PRU13 ini akan berpihak kepada BN.

mantera said...

Lajim perlu sedar dia sendiri pun takkan menang jika bertanding.

mantera said...

bukan mudah untuk pembangkang menang di Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels