8 November 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Mengusut dan Mengaus

Bagi calon-calon yang diberi tag MENGUSUT DAN MENGAUS tiada seorangpun yang terpilih. Mereka yang terpilih adalah mereka yang sanggup berkorban harta benda.

Wajar untuk berkorban, bagi mendapat pangkat, jawatan dan nama. Zaman ini tiada lagi makanan percuma. Malangnya, ada yang mahu mendapat jawatan dan pangkat, tetapi enggan berkorban. Itu namanya mahu menang sendiri. Mereka ini, sampai bilapun tidak akan menang dalam sebarang pemilihan, atas sebab- mereka ini hanya tahu bercakap, tapi tiada keinginan untuk berkorban. Ertinya semua bakal dimilki akan masuk karung sendiri, masuk gua sendiri.

Dalam pemilihan  AJK Umno Bahagian Kota Belud baru-baru, bukan calang-calang nama yang bertanding; malah ada beberapa yang bergelar Datuk. Malangnya semua nama-nama besar itu kecundang; bukan bererti mereka tiada bakat kepimpinan, namun mereka itu tiada niat berkorban. Rata-rata beranggapan, bahawa mereka itu mahu nama, jawatan dan pangkat, tapi enggan berkorban. Apabila ini berlaku, maka sifat menang-menang antara yang menyokong dan yang meminta disokong tidak berlaku.

Adalah rahsia umum, bahawa mereka yang terpilih dalam pemilihan itu, rata-rata telah berkorban, berbelanja. Sebagai Contoh, Haji Nain Noorsidek, calon Naib Ketua Bahagian, hampir-hampir menang dalam pemilihan. Undi yang dia dapat bukan kerana perjuangan atau kepimpinan, akan tetapi kesanggupannya berkorban dan berbelanja. Mana ada makanan percuma di zaman ini. Setidak-tidaknya itulah yang dilakukan oleh Nain semasa bertanding jawatan itu.

Jentera yang bergerak perlu ongkos bukan sahaja untuk minyak kereta, malah makan minum. Tak kan duduk di restoran, hanya duduk-duduk sahaja tanpa memesan makan minum? Ongkos jentera cukup tinggi dalam pemilihan yang melibatkan ribuan perwakilan.

Para perwakilan juga semasa datang menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin, perlu ongkos; walaupun tidak meminta, tetapi mereka yang mahu sokongan dan undi sangat mengerti keperluan perwakilan. Sekali lagi, mana ada makanan percuma di zaman ini. No more free lunch.

Nama dan jawatan dalam parti yang besar seperti Umno adalah sangat penting bagi seseorang. Penting untuk mempermudah urusan. Ya meliputi semua urusan. Tiada siapa yang boleh menyangkalnya.

Kalau sekadar bertanding jawatan dalam Umno dengan mengemukakan berbagai profile dan perancangan, sebenarnya itu, bukan kategori pemimpin dalam Umno. Kerana perwakilan sudah tahu sejak merdeka lagi, semua bentuk pembangunan dalam negara dilakukan oleh Umno. Sebabnya, belum ada parti lagi yang memerintah negara ini selain Umno.

Bagi perwakilan, siapa sahaja individu yang mahu mendapat jawatan, adalah mereka yang berani berkorban, tahu mengenai keperluan perwakilan. Kalaulah ada individu yang hanya mahu mendapat jawatan, tanpa diselengi pengerobanan, kemenangan ibarat api jauh dari panggang.

Kata seseorang pemimpin akar umbi, kekuatan seseorang yang mahu mendapat jawatan dalam Umno adalah pertama, mesti kuat kewangan. Kerana 50 peratus kemenangan sudah terjamin melalui kekuatan itu. Manakala 50 peratus kemenangan lagi, dilihat daripada kesanggupan berkorban, dari semua segi, termasuk masa, pertolongan fizkal dan hubungan sosial. Ertinya interkasi sosial yang amat tinggi.

Tanpa semua yang disebutkan di atas, adalah penyebab, mengapa adalah calon-calon yang mendapat tag mengusut dan tag suka mengaus. Tag mengaus, biasanya, dirujuk kepada mereka yang mengaku "profesional" namun, apabila kemahuan tidak terpenuhi, maka mudah menjauhkan diri, dengan mengambil tindakan menongkah arus.

Pada kepiminan Umno bahagian Kota belud sekarang, setidak-tidaknya sebahagian besarnya adalah terdiri daripada mereka yang berani berkorban, berkorban segala-galanya. Ertinya, mereka-mereka itu, bersifat pemurah, dan suka mempelawa kalaupun bukan makan, sekurang-kurangnya berbelanja minum. Melalui kaedah itu, sekurang-kurangnya hubungan interkasi terus terjalin, atas sebab itu, individu seperti Jenuian Sudah, Awang Samad, Pardan Maji selalu menang. Jangan bercakap soal Datuk Salleh atau Datuk Musbah atau Datuk Japlin, kerana mereka-mereka ini mempunyai pakej yang lengkap.

Para individu yang baru terpilih sebagai saf kempinan Umno bahagian, sebenarnya mereka ini, sudah lama berinterkasi dengan akar umbi atau perwakilan dengan cara berkorban; atas sebab itu, apabila mereka bertanding, setidak-tidaknya perwakilan masih mengenang perkorbanan mereka yang lalu-lalu. Berlainan dengan nama-nama besar yang bertanding, mereka ini, tidak mengamalkan hubungan sosial atau interkasi berpanjangan, ertinya, tiadapun yang dikenang oleh para perwakilan, selain mendengar nama-nama mereka, kerana berkesempatan menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kerjaya politik adalah kerjaya sukarela, yang mempunyai konotasi berkorban sepanjang masa. Apabila sifat-sifat itu senantiasa ada, maka hayat dalam politik akan panjang. Atas sebab itu, pemimpin yang ada sekarang, hayat mereka dalam politik, sungguh panjang, kerana sifat berkorban mereka terus melekat, dan akan di bawa sampai ke penghujung hayat.

Bagi mereka yang mempunyai tag MNEGUSUT DAN TAG SUKA MENGAUS, sedar dirilah...

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels