15 July 2014

Royalti Minyak Sabah: Kami Punya Hubungan Langsung Dengan Perdana Menteri_ Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tiada larangan kepada sesiapa sahaja untuk bercakap berkaitan dengan royalti minyak yang diterima Sabah. Namun, bagi kerajaan Bn Sabah, tidaklah perlu melolong ke sana ke mari, kerana kami mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri.

Musa menyatakan bahawa kenaikan royalti minyak untuk Sabah, bukan sahaja menjadi hasrat pembangkang, namun hasrat kerajaan dan pemimpin Bn lebih daripada itu. Beliau berkata, disebabkan kerajaan dan pemimpin Sabah mempunyai saluran berkaitan dengan isu royalti minyak, maka tidaklah perlu melalak ke sana sini untuk mendapat perhatian.

Semalam, Musa memberi jaminan bahawa pada Rabu akan ada taklimat berkitan dengan royalti minyak kepada ADUN Sabah, untuk itu, beliau meminta para ADUN mempergunakan masa itu bertanya atau meminta penjelasan berkaitan isu royalti minyak demi pemahaman, supaya jelas dan terang once for all.

Pada Sabtu sempena lawatan singkat Perdana Menteri ke Sabah, Dato Seri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk menambah peruntukkan kepada Sabah berkaitan dengan pengeluran minyak daripada Sabah; antaranya kenaikan CSR Petronas kepada kerajaan Negeri untuk digunakan sebagai dana pendidikan.

14 July 2014

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan Mac lalu ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada Sabtu semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak. Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih????

12 July 2014

Royalti Minyak: Sabah Punya Cara Tersendiri: Musa

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman berkata pada Sabtu, Sabah mempunyai caranya sendiri berkaitan isu royalti minyak untuk Sabah. Para pemimpin Sabah tidak pernah berdiam diri sepertimana dakwaan pembangkang; walaupun isu itu tidak dibincangkan melalui Dewan Undangan Negeri; sepertimana dilakukan oleh negeri jiran Sarawak.

Kami membincangkan isu royalti minyak samada diperingkat kabinet mahupun kepimpinan parti; sebab itu Perdana Menteri telah mengarahkan Pengurusan Petronas untuk memberi kami taklimat serta perbincangan yang membawa keputusan yang baik bagi tujuan menambah sumbangan kepada Sabah.


Najib Buat Lawatan Singkat Ke Sabah Hari Ini

Najib, Salleh Said dan Yahya Hussien di KKIA
Perdana Menteri melakukan lawatan singkat ke Sabah hari ini. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri telah mendarat pada pukul 12.36 tengah hari tadi. Beliau diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said dan barisan kabinet serta 500 rakyat.

Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang.

11 July 2014

Apa Khabar Strategi Lautan Biru Kota Belud?

Januari lalu, Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan melancarkan Pelan Tindakan Stategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi Pekan Kota Belud.

Pelan Tindakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pertama peringkat bandar dilancarkan itu membabitkan 21 projek bernilai RM37.2 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini. 

Semasa melancarkan pelan tindakan itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah projek yang dikenal pasti, 11 adalah projek 'Quick Wins' bernilai RM7.47 juta yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah yang mendapat jolokan nama Daerah Koboi Timur itu. 

"Kementerian akan melaksanakan peruntukan serta-merta dan disiapkan tahun ini, antaranya projek menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani, menyediakan tempat letak kereta baharu, naik taraf jalan dan padang serta mercu tanda Kota Belud," katanya. 

Beliau berkata komponen utama projek mesra rakyat itu ialah pembinaan Bazar Rakyat tiga tingkat di tapak pasar tani sedia ada dan menaik taraf padang pekan itu membabitkan kos RM9.8 juta. 

Abdul Rahman berkata kementerian juga akan membina terminal bas bersepadu, tempat letak kereta bertingkat dan menempatkan semula secara berpusat gerai pasar tani, pasar malam dan gerai kecil selain menaik taraf Arked Kota Belud dan kajian sistem lalu lintas bandar. 

"Pelan tindakan ini adalah hadiah kepada warga Kota Belud yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh serta mewujudkan esplanad sebagai tumpuan pengunjung dan tempat persinggahan kepada lebih 91,000 penduduk dari pantai barat utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat," katanya. 

Semalam OKB sempat berbual-bual dengan beberapa pemuda Umno  Kota Belud yang aktif bukan sahaja turun padang, malah aktif dalam dunia siber. Antara perbualan kosong itu terbangkit juga isu NBOS Kota Belud, selain beberapa projek atau program yang pernah diumumkan di Kota Belud baik sebelum PRU-13 ataupun selepas itu. Sebagai pemuda kata mereka, memang keinginan semua projek/program yang diumumkan itu cepat dilaksanakan terutama yang berkait rapat dengan mereka, misalnya peluang pekerjaan atau peluang-peluang lain yang bakal timbul daripada semua itu. Namun, apa yang menyedihkan, kata mereka, hingga setakat ini, selepas lebih setahun selepas PRU-13; belum ada tanda-tanda projek/program itu lepas landas, malah kedengarannya terlalu banyak karenah birokrasi sedang dihadapi.

Program perumahan rakyat yang berjumlah 1,000 unit di Kampung Pirasan Kota Belud misalnya, yang sangat diharapkan oleh pemuda yang bakal berkeluarga; dikatakan indah khabar daripada rupa; antara penyebabnya; dikatakan perancang bandar tidak meluluskan projek itu; walaupun ianya telah diumumkan.

Juga, pembangunan Pusat Minyak dan Gas di Kuala Abai, Kota Belud juga tidak serancak sepertimana yang diharapkan; di mana projek itu telah menjanjikan 1,200 peluang pekerajaan.

Nampaknya usaha Ahli Parlimen Kota Belud yang juga seorang Menteri Persekutuan-Datuk Rahman Dahalan tidak selancar tulisan di atas kertas; antara penyebabnya; kerana usaha-usaha itu berdepan dengan berbagai kekangan terutama daripada segi human capital; para pejawat awam yang kurang pengetahuan serta kurang pengalaman.

Bagi OKB, jika Rahman mahu merealisasikan apa-apa sahaja rancangan yang mahu dibina di Kota Belud, beliau sendiri terpaksa mempraksanya, kerana jika tidak, semuanya tidak akan berjaya walaupun masa tempoh sepanggal sebagai Menteri akan berakhir.

Memang tugas menteri persekutuan meliputi seluruh negara, selain itu perlu melawat negara-negara luar bagi menyahut tugas-tugas rasmi.  Menteri hanya seorang; untuk menjadi superman bukan mudah dilakukan; untuk itu, seorang menteri perlu mencipta dirinya berpuluh-puluh; dan menzahirkan misinya kepada individu-individu; namun Rahman tidak melakukan pendekatan itu, sebaliknya para individu disekelilingnya 'berusaha" bagaimana menyelimuti menteri itu daripada pandangan umum atau rakyat. Mungkin MP itu sedar? ataupun tidak? tetapi inilah yang terlihat pada ketika ini. 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels