29 March 2013

PRU-13 Sabah: Impak Mantan Pemimpin Bn yang menyertai Pembangkang

Apa kah impak bekas-bekas pemimpin Bn Sabah yang menyertai Pembangkang terhadap prestasi Bn Sabah?

Di pihak Umno, pemimpin yang mempunyai nama dalam arena politik tanah air yang menyertai pembangkang adalah Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Ibrahim Minuddin, manakala di pihak UPKO Datuk Welfred Bumburing, di pihak LDP pula Tan Sri Chong Kah Kiat.

Di antara para pemimpin itu, hanya Tan Sri Chong Kah Kiat tidak akan menyertai pilihanraya ke-13. Mantan Presiden LDP itu menggunakkan proxinya William Chin-Presiden Kudat Golf Club untuk bertanding di DUN Tanjong Kapor, Kudat menggunakan tikit PKR, kawasan yang pernah dimenanginya semasa masih dalam barisan nasional.

DUN Tanjong Kapor kini, disandang oleh Setiausaha Agung LDP- Datuk Teo Chee Kang.

Keputusan PRU-12

N2 TANJONG KAPOR
Jumlah Pengundi: 19,500
Peratusan Kaum: B/I: 46.87% B/B/I: 23.44% C: 29.44% L: 0.25% 
1. Teo Chee Kang (BN) (6,629) 
2. Edwin Pius@Entak (Bebas) (109) 
3. Ng. Kim Kiat (PKR) (1,831) 
4. Asbiah Anggor (Bebas) (73) 
5. Tsea Heag Chong @ Peter (Bebas) (3,010) 
6. Masium Merpang (Bebas) (35) 
7. Awang Karim Abdul Kadir (Bebas) (871) 
8. Berman Angkap (Bersekutu) (32) 

Majoriti: 3,619
Jumlah undi: 13,157
Peratus mengundi: 67.47%
Undi rosak: 567

Penyandang: Tan Sri Chong Kah Kiat (BN)
(Majoriti: 2,993 undi) 

Manakala Datuk Lajim, Datuk Bumburing dan Datuk Ibrahim Menuddin akan bertanding di Parlimen Beaufort dan Dun Klias, Bumburing di Parlimen Tuaran dan Ibrahim di Parlimen Labuan, sementara Datuk Yahya Lampong di Parlimen Putatan.

Lajim merupakan Presiden PPPS sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar, namun akan bertanding menggunakan lambang PKR, demikian juga Bumburing Presiden APS akan bertanding menggunakan lambang PKR, manakala Yahya dan Ibrahim adalah ahli PKR, sudah tentunya menggunakan lambang PKR.

Melihat percaturan para bekas pemimpin BN yang menyertai pembangkang yang suatu ketika didahului oleh Datuk Yong Teck Lee apabila parti SAPP komponen Bn Sabah keluar daripada Bn pada 17 September 2008, selepas Gerakan 16 September Anwar gagal menjadi kenyataan.

SAPP tidak menyertai Pakatan pembangkang sebaliknya berkerjasama dengan STAR pimpinan Dr Jeffery Kitingan berdepan dengan Barisan Nasional pada PRU-13, yang bila-bila masa sahaja akan diadakan.

Di peringkat kepimpinan Barisan Nasional, nampaknya tiada perubahan yang ketera. Bn akan diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi Bn negeri- Datuk Seri Musa Haji Aman berserta Timbalannya Datuk Dr Salleh Tun Said, disamping Presiden-Presiden Komponen Bn Sabah- Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Liew Vui Keong dan para pemimpin lain.

Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi dewan undangan negeri. Pada PRU-12 lalu, Bn Sabah menang 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dun.

Disebabkan para penyandang kerusi-kerusi yang suatu masa dimenangi melalui tikit Bn, seperti Parlimen Beaufort, Parlimen Tuaran, Parlimen Sepanggar, Parlimen Tawau, Dun Likas, Dun Luyang, dan pada PRU-13 para penyandangnya akan mempertahankan kerusi itu menggunakan flatform pembangkang.

Bagi kawasan Parlimen Beaufort, nampaknya persaingan sengit antara calon Bn dan PKR akan berlaku; berasaskan kepada kepimpinan setempat, untuk sementara hanya Datuk Azizah Dun Banir yang mempunyai harapan cerah di kawasan itu, jika dipilih menentang Lajim. Di Tuaran pula, harapan Datuk Welferd Tanggau mantan MP Tuaran, dikatakan mampu mempertahankan kerusi itu untuk Bn.

Di Parlimen Sepanggar, jika calon daripada Umno dipilih, agak cerah kawasan itu untuk dimenangi, namun jika diwakili calon daripada komponen lain, kawasan itu masih kelabu bagi pihak Bn.

Di Parlimen Tawau, nampaknya kawasan itu akan mudah dimenangi Bn, asalkan calon dipilih daripada parti PBS atau LDP, akan tetapi jika daripada komponen parti lain, kemungkinan kawasan itu jatuh ke tangan DAP.

Pada PRU kali ini, untuk pertama kalinya, kerusi-kerusi parlimen sangat mendapat perhatian, kerana masing-masing samada BN dan Pakatan memerlukan kerusi parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, sekurang-kurangnya diperlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Di peringkat negeri Sabah ,misalnya, kekuatan Bn sukar diganggu gugat. Bn melalui parti Umno mempunyai 32 kawasan selamat, dan 8 kawasan selamat lain daripada komponen Bn Sabah. Namun, berasaskan kajian sikap para penggundi, mungkin Bn Sabah akan kehilangan beberapa kerusi DUN terutama di kawasan majotiti kaum cina.

Samada para mantan pemimpin Bn yang menyertai pembangkang bertanding atau tidak, sebenarnya kehadiran mereka dalam parti pembangkang tidak mempunyai impak yang ketara. Kajian sikap para pengundi Sabah sebenarnya tidak berubah sepanjang 5 tahun lalu, para pengundi yang mengundi Pembangkang pada PRU 2008 akan terus memilih pembangkang pada PRU kali ini, demikian juga para pengundi yang menyokong Bn akan terus menyokong Bn.

Namun, kerana berbagai tindakan kerajaan Bn terutama melalui Program Janji Ditepati, perubahan sikap sesetengah penyokong Pembangkang kini telah bertukar arah kepada Bn, atas sebab itu, sebenarnya Bn Sabah tidak akan menghadapi masalah di kawasan-kawasan bumiputera, dengan sokongan kaum bumiputera yang kokoh adalah pemangkin kepada kemenangan kawasan-kawasan seperti parlimen Sandakan, Dun Tanjong Kapor, Dun Karamunting, Dun Tanjong Papat, Dun Sri Tanjung, Dun Elopura, Dun Likas, Dun Merotai, Parlimen Tawau, Parlimen Sepanggar, Dun Kepayan, Dun Tanjong Aru dan Dun Inanam.

Berasaskan kepada perkembangan kini, Dun Sabah yang tidak selamat adalah Dun Kuala Penyu, Dun Luyang, manakala Parlimen, Parlimen Kota Kinabalu dan Penampang.

Sebenarnya keadaan tidak selamat itu bukan kerana kehadiran para mantan pemimpin Bn, akan tetapi para penggundi di kawasan tersebut telah lama menentukan sikap mereka.

10 comments:

Blackforest said...

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional berpotensi untuk menguasai majoriti sokongan rakyat Sabah Dalam Pilihanraya Umum ke 13 kerana perebutan kerusi di kalangan pihak parti-parti pembangkang untuk menentukan saingan mereka.

Blackforest said...

Katanya, kegagalan memperolehi pencalonan selesa itu menunjukkan pihak pembangkang masih lagi tidak ada harapan untuk meraih sebarang kemenangan samada di kawasan Dun dan Parlimen di negeri ini dalam PRU ke 13.

Blackforest said...

“ Ditambah dengan kerja-kerja kempen yang kuat jentera BN untuk menjelaskan keupayaan kerajaan BN di Sabah hingga hari ini, disamping khidmat pembelaan mantap yang mampu diperkasakan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri, sudah tentu peningkatan sokongan akan terus berpihak kepada BN,” katanya.

Blackforest said...

Memberikan taklimat bagi persiapan Pilihanraya kepada jentera Parti BN di Batu Putih dalam kawasan Dun Sukau pada Sabtu, Saddi menegaskan, tidak ada peluang jentera pembangkang berkempen di kawasan itu kerana rakyat sudah lama menolak pembangkang.

Blackforest said...

Beliau berani menyatakan demikian, katanya, hampir setiap rumah di kawasan Batu Putih memasang bendera BN di pintu rumah mereka dan mudah disaksikan pekerja kempen pembangkang.

Blackforest said...

“ Ini bukan saya arah…..Tetapi inilah dilakukan rakyat sejak berbulan-bulan lalu. Saya percaya tindakan itu kerana keyakinan mereka yang kuat kepada kerajaan BN, di mana kami menjadi antara pelaksana pembangunannya di dalam Dun Sukau,” kata Saddi.

Blackforest said...

Samada calon pembangkang mewakili Parti Pakatan Rakyat sudah awal-awal meramalkan kekalahan mereka kerana kekuatan yang ada pada BN.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu berkata, rakyat Dun Sukau dirasakan merasa bangga memasang bendera BN di setiap pintu kediaman mereka kerana dapat menunjukkan kepada kerajaan akan prinsip dan pendirian politik mereka.

Blackforest said...

Menyatakan perkara itu sebagai satu perjuangan hakiki rakyat Malaysia sekian lama, Saddi menasihatkan rakyat supaya terus berwaspada sehingga hari pembuangan undi bagi mengelakkan pembangkang mengambil kesempatan di saat-saat akhir.

Blackforest said...

Sambil menambah, bahawa kekuatan BN di Sabah kali ini terus mampu untuk meneruskan tradisi kemenangan hilang deposit kepada semua pihak pembangkang, beliau meminta semua pekerja parti meningkatkan kerjasama untuk mencapai impian itu.

mantera said...

BN tetap tidak tergugat walaupun ramai pemimpinnya sertai pembangkang

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels