14 February 2019

FENOMENA "BOSSKU"

Tidak dapat disangkal, fenomena "bossku" sudah melekat pada Dato Seri Najib Razak. Sejak tag itu ditularkan melalui media sosial sebelum PRK Cameron Highlands, kini, sudah menjadi "trademark" mantan Perdana Menteri ke-6 itu.

Nama Najib kini, melekat dibibir rakyat, bukan kerana berkaitan kes mahkamah beliau, akan tetapi rakyat merindui pencapaian dan tindakan beliau semasa mempunyai kuasa terutama ketika memimpin negara sebagai Perdana Menteri.

Malah rakyat biasa menulis, Najib adalah pencuri hati rakyat, bagi menjawab panggilan "pencuriku" yang dilimparkan oleh para pemimpin kerajaan Pakatan Harapan.

Tag "kleptokrasi" yang digunakan kepada mantan Perdana Menteri itu, berubah menjadi senjata makan tuan. Rakyat menulis, di bawah gambar Najib ini lah sosok tubuh pemimpin "kleptokrasi" Inikah "si pencuri" yang telah memberi elaun bulanan kepada beribu nelayan, penoreh dan petani?
Inikah "si penyeleweng" duit rakyat yang telah menaikkan gaji penjawat awam berkali ganda?
Inikah "si penyamun" yang sanggup memberikan BRIM RM2000 kepada 7 juta penerima???
Inikah "si perompak" yang memberi subsidi puluhan ribu ringgit kepada rumah2 yang dibina untuk rakyat??
Inikah "si penyangak" yang telah menyediakan rawatan perubatan kepada rakyat hanya pada kadar RM1?
Inikah "si penjahat" yang telah menjaga kebajikan puluhan ribu peneroka FELDA???
Inikah "si penyeleweng" duit rakyat yang telah meninggalkan RM bertrillion aset GLC dan rezab bank negara kepada kita..??

Hari ini beliau benar2 telah menyamun hati rakyat..nama beliau disebut2 24 jam setiap hari oleh setiap lapisan masyarakat..rakyat mulai menyedari mereka telah kehilangan " Si Pemanja Rakyat"!!!

Apa kah fenomena BOSSKU memberi impak pada PRK Semenyih pada 2 Mac depan? selepas tag itu begitu berkesan sekali pada PRK Cameron Highlands? Jika ianya beterusan, maka PH, perlu bersedia kehilangan kuasa pada PRU-15, meskipun sekarang pakatan itu mempunyai 135 ahli parlimen, kurang 13 daripada kuasa 2/3.

11 February 2019

PRU-14 SABAH: TIADA PARTI PEMENANG

Pemimpin Parti Warisan Sabah (PWS) cuba menafikan kebenaran keputusan PRU-14 Sabah, apabila mereka berhujah kononnya Umno dan Bn kalah teruk, sedangkan keputusan PRU itu, Bn menang 29 kerusi Dun, berbanding PWS 21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Di kawasan yang ditandingi Umno, parti itu menang 17, berbanding PWS 15. Jika dilihat kekuatan Umno dan PWS dikawasan bumiputera islam, Umno menang, kerana dalam sistem demokrasi, kelebihan 1 kerusipun adalah pemenang.

Oleh kerana semua calon Bn menggunakan lambang parti Bn, dacing, maka parti yang mempunyai kerusi terbanyak adalah Bn, meskipun pecahannya Umno-17, PBS-7 dan UPKO-5.

Dalam perlembagaan Sabah, mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak diberi hak untuk membentuk kerajaan minoriti, dan pada masa yang perlu berbincang dengan parti-parti lain, untuk mendapatkan majoriti mudah dalam DUN Sabah yang berjumlah 60 kerusi DUN.

Berasaskan kepada perlembagaan Sabah itu, maka BN bekerjasama dengan STAR, sehinggakan jumlah kerusi Bn dan STAR berjumlah 31, sebab itu, Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei, 2018.

Pada masa ini, pemimpin parti Warisan cuba mengelirukan rakyat, kononnya mereka menang pada PRU-14, sebenarnya pada PRU itu, tiada parti sebagai pemenang, melainkan hanya BN yang mempunyai kerusi terbanyak.

7 February 2019

DATUK SALLEH TUN SAID SERTAI WARISAN?

Ramai yang terkejut, apabila gambar Datuk Salleh Tun Said beredar berlambangkan Parti Warisan Sabah(PWS).

Mengapa ramai yang terkejut? kerana tiada tanda-tanda atau ura-ura Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bakal menyertai parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu.

Salleh adalah sebahagian daripada pemimpin Umno Sabah yang keluar beramai-ramai pada 12 Disember, 2018 untuk menjadi pemimpin tidak berparti.

Mengapa ada pihak yang bertindak memfitnah mantan Ketua Umno Bahagian Kota Belud itu? Siapa kah mereka? Apa kah yang mengedit gambar itu, penyokong PWS? atau pihak-pihak tertentu bukan daripada PWS? atau kah gambar itu sebagai provokasi kepada Mantan Ketua Menteri Sabah itu? untuk cepat membuat pendirian terbuka, parti mana yang beliau sertai?

Sudah lebih sebulan para mantan pemimpin Umno Sabah yang kini pemimpin tidak berparti tidak membuat pendirian secara terbuka, walaupun berlegar-legar bahawa mereka itu akan menyertai PPBM, parti pimpinan Tun Dr Mahathir.

Selepas PRU-14, para mantan pemimpin Umno Sabah yang keluar beramai-ramai, semacam memberi kuasa penuh kepada Datuk Hajij Haji Noor sebagai jurucakap bagi pihak mereka.

Sama-sama kita tunggu, kemana arah tuju pemimpin seperti Datuk Salleh, kerana gerakan beliau boleh  menentukan senario politik Sabah seterusnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels