28 February 2021

KAWASAN TAWAU DESTINASI LAWATAN KETUA MENTERI

SELEPAS beberapa menteri dan pemimpin melawat kawasan tersebut, pada Ahad, Ketua Menteri juga melawat Tawau.

Dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kawasan Tawau diwakili 3 ADUN, Apas, Balung dan Tanjong Batu. Dalam perkembangan terbaru, ADUN Sebatik juga telah memberi sokongan, kerana keluar daripada parti Warisan 3 hari lalu.

Tawau mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan, selain industri berkaitan pertanian dan perikanan.

Di masa depan, kemajuan kawasan ini akan menerima impak, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan. Selain itu, kawasan ini juga merupakan pintu masuk BIMP-EAGA.

Kerana potensi kawasan ini kepada perekonomian negeri, kemudahan-kemudahan asas khususnya bekalan air bersih perlu disiapkan, sebagai persediaan menerima tempias kemajuan.

Dalam mencapai visi negeri SABAH MAJU JAYA, bukan sahaja Tawau menjadi tumpuan kerajaan GRS, akan tetapi semua daerah,khususnya kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan, samada menerusi industri pelancongan atau pertanian.

Kawasan Sabah yang luas, serta penggunaan tanah yang belum optimum, mempunyai masa depan yang baik dalam industri pertanian.

Selain kawasan-kawasan hutan dan pantai yang cantik yang menjadi tarikan pelancong, Sabah juga mempunyai potensi memajukan indutsri bio-gas atau industri berasaskan minyak dan gas.

Apa yang diperlukan, ada lah penyediaan kemudahan asas yang baik, termasuk penyiapan Pan Borneo, menaik taraf kemudahan elektrik dan kemudahan air bersih.

Penulis yakin, dalam rangka jelajah kerja Ketua Menteri dan anggota kabinet, mereka mempunyai masukan untuk mencapai hasrat Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

KERAJAAN GRS DI LANDASAN BETUL

KERAJAAN GRS betul-betul menterjemahkan visi SABAH MAJU JAYA.

Julung kali berlaku di Sabah, ADUN pembangkang diberikan peruntukan untuk menjalankan aktiviti sebagai wakil rakyat.

Kerajaan meluluskan RM100,000 setiap ADUN pembangkang bagi tahun 2021.

Juga, dalam tempoh 6 bulan, berbagai kelulusan diberikan untuk membina kemudahan rakyat, selain membaiki kemudahan-kemudahan asas yang daif atau rosak, akan tetapi membina kemudahan-kemudahan asas yang baharu, misalnya naik taraf bulatan Lebak Moyoh, Kota Belud yang berkos RM6.5juta. Naik taraf taraf tersebut sebagai keadah untuk mencegah terputusnya laluan semasa air pasang atau banjir. Bulatan tersebut, adalah laluan daripada berbagai daerah dari utara Sabah.

Jika melihat program-program kementerian, setiap kementerian sangat berfungsi dengan baik, misalnya Kementerian Pelancongan, yang diterajui Datuk Jafry Ariffin sangat proaktif memulihkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik covid-19.

Di sektor kemasyarakatan, Menteri Tugas-Tugas khas- Datuk Arifin Arif, mengatur program-program kemanusian dan moral yang berkait dengan keagamaan. Tindakan seperti ini, untuk mengwujudkan masyarakat yang berjati diri dan integriti tinggi.

Sektor kesejahteraan pula, Menterinya Ir Shahelmey Yahya,sedaya upaya berusaha tiada rakyat yang terabai, dalam arus kehidupan harian.

Memang, kedengaran, sementara, para pemimpin sibuk membantu dan membela rakyat, ada segelintir penyokong atau pengikut wakil-wakil rakyat tertentu mengambil peluang dengan maksima atas kedudukan menteri/pemimpin mereka untuk "menunjuk-nunjuk" menjadi orang kaya baru (OKB), dengan memenuhkan garaj dengan kereta-kereta mewah. Jika "keadaan"ini tidak dibendung, maka akan merosakkan kerajaan, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels