20 September 2012

Musbah pemimpin akar umbi?

SEORANG kawan, dan kebetulan ahli politik veteran mengungkapkan kepada Suara Rakyat- Musbah adalah pemimpin akan umbi, atas sebab itu, apabila diberi peluang menjadi calon ataupun tidak, beliau tetap sahaja meneruskan perkhidmatannya kepada rakyat.

Musbah pernah menjadi wakil rakyat bermula tahun 1999 apabila diberi peluang bertanding mewakili BN pada PRU-1999. Dalam pilihanraya itu, Musbah menang mengalahkan calon PBS, di mana ketika itu PBS masih merupakan parti pembangkang.

Musbah tidak terpilih mempertahankan DUN Tempasuk pada PRU-2004, namun dipilih semula pada PRU-2008 dan menang menumpaskan calon PKR.

Kini ADUN Tempasuk itu bertugas sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri. 

Sebaik sahaja dilantik sebagai Pembantu Menteri, beliau berjaya memujuk Kerajaan Pusat mengimplimentasikan Projek Jelapang Padi yang bernilai RM1 bilion di Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar tanah sawah. Selain itu, Musbah juga berjaya meyakinkan Kerajaan negeri, agar Projek Agropolitian dikembangkan di Kota Belud, demi membasmi kemiskinan tegar. Selain itu, RISDA juga semakin aktif di Kota Belud terutama dalam penanaman semula getah klon gajah.
 
Mengapa Musbah dikatakan pemimpin akar umbi? sepertimana diketahui bahawa Kota Belud tidak mempunyai sumber selain daripada pertanian, perkebunan dan perikanan. Sebahagian besar penduduk tergolong sebagai petani, pekebun dan nelayan.
 
Untuk menjadikan petani, pekebun dan nelayan berpendapatan lumayan, maka usaha yang boleh membantu mereka meningkatkan pendapatan perlu diutamakan. justeru itulah, pendekatan pertanian, perkebunan dan kelautan diutamakan, berbanding indiustri yang memerlukan kepakaran teknikal.
 
Kerana pendekatan pembangunan yang mengena dengan aspirasi penduduk, maka atas sebab itulah Musbah dekat dengan akar umbi. Musbah meredah sawah, perkebunan dan laut untuk berkomunikasi dengan rakyat.  Pendekatan demikian menjadikan Musbah dekat dengan mereka. Bak kata orang, tak kenal maka tak sayang.
 
Selain itu, hubungan kemasyarakat ADUN Tempasuk itu sungguh menyerlah. Sebut sahaja majlis kedukaan seperti kematian, Musbah pasti bersama-sama mereka yang berduka. 
 
Majlis perkahwinan atau majlis seperti Hariraya, pesta menuai tidak ketinggalan menjadi keutamaan beliau. Musbah pada suatu ketika, pernah menghadiri sembilan majlis perkahwinan bermula daripada pagi hingga ke tengah malam sehari.
 
Tujuan beliau menyempat diri ke majlis-majlis seumpama itu, selain tidak mahu mengecewakan penjemput, juga sebagai media beliau bertanya khabar dengan penduduk.

Musbah bukan seorang pakar politik, beliau hanya sebagai pemimpin yang menjiwai rakyat yang diwakilinya. Atas sebab itu, walaupun suatu ketika, beliau pernah menjadi ketua Bahagian Umno Kota Belud, namun kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu kepada Datuk Salleh Tun Said seorang pakar politik asal Kota Belud.

Kelemahan Musbah adalah dalam permainan politik, kerana beliau sukar mengungkapkan janji-janji yang beliau tidak pasti mampu menunaikannya. Beliau tidak mampu memberi harapan yang menggunung, sebagai tarikan sokongan dalam politik, beliau hanya mampu melakukan janji yang beliau percaya boleh ditunaikan cepat atau lambat.
 
Atas sebab itu, apabila permainan politik menetukan siapa kah bakal calon BN pada PRU-13 akan datang, nama beliau mudah tercicir. Nasib baik, Perdana Menteri telah menggariskan, bahawa calon-calon yang akan dipilih nanti berasaskan kepada individu yang "winnable candidate".
 
Musbah adalah winnable candidate bagi kawasan Kota Belud, samada di DUN Tempasuk, Usukan mahupun Parlimen. Atas asas apa Musbah sebagai winnable candiate-- tulisan di atas menerangkan semuanya.

5 comments:

Anonymous said...

Memang wajar PM gariskan syarat untuk pemilihan calon pada PRU13 ini adalah di kalangan mereka yang ada ciri2 winnable candidate.

Anonymous said...

Selagi Musbah menunjukkan prestasi yang baik maka tidak hairan jika sokongan diberikan kepada beliau.

Unknown said...

pemimpin yang menjiwai rakyatlah yang layak dipilih. pasti Musbah akan terpilih sebagai winnable candidate.

mantera said...

Musbah harus teruskan prestasi baiknya.

Mumbai said...

saya harap pandangan penulis terhadap Musbah, sama dengan pandangan penduduk kota belud terhadap beliau..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels