Selepas PRU 12 pada tahun 2008 Pas telah bertanding dalam beberapa siri PRK. Antara yang ditandingi Pas seperti berikut.
Kuala Trengganu - Pas menang
Bukit Gantang - Pas menang
Manek Urai - Pas menang
Permatang Pasir - Pas menang
Bagan Pinang - Pas kalah
Galas - Pas kalah
Tenang - Pas kalah
Merlimau - Pas kalah
Kerdau - Pas kalah
Fasa  pertama mereka menang berderet-deret, maka mulalah mereka jual ubat  atas pentas ceramah kononnya rakyat dah tolak BN dan sebagainya  termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain. Ayat p/raya kotor  atau SPR tak adil tak wujud pada waktu mereka menang.
Fasa kedua  mereka kalah berderet-deret, termasuklah di Sarawak. Maka mulalah mereka  menolak ketentuan Qada dan Qadar dan mula kedengaran suara-suara iblis   yang mengatakan pilihanraya tak adil, SPR main ngelat dan sebagainya  termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain yang menyalahkan  Umno dan BN.
Selepas kekalahan mereka yang kedua di Galas dan  melihat Umno kembali bertaring Pas mula kelam-kabut. Pas mula terasa  mereka kehilangan sokongan orang melayu akibat dari kesetiaan serta  ketaksuban melampau mereka kepada DAP.
Seminggu selepas PRK Galas  Pas telah mengadakan satu program di Shah Alam bagi membincangkan  bagaimana kaedah untuk mereka menarik kembali sokongan orang melayu.  Lalu mereka pun lancarkan satu slogan yang bernama 'Pas Ganti Umno'.
Maka  bermulalah episod baru mereka dalam usaha mencari sokongan orang-orang  melayu. Mereka keliling negara untuk pukul canang slogan terbaru mereka.

Tiap-tiap  hari dan dalam pelbagai program mereka pukul canang slogan itu supaya  rakyat percaya kepada mereka yang mereka boleh ganti Umno dalam usaha  mempertahankan hak-hak istimewa melayu serta islam. Sedangkan mereka  sendiri tahu yang mereka tak mampu ganti Umno selagi DAP bersama mereka.  Tetapi mereka terpaksa bohong orang melayu kerana DAP telah menugaskan  mereka mencari undi dari orang melayu dan dijanjikan upah yang lumayan  kepada mereka sekiranya menang dalam PRU 13.
Bangkai gajah tak  dapat ditutup dengan daun pisang, akhirnya pembohongan yang Pas lakukan  kononnya mereka boleh ganti Umno terbongkar beberapa hari lepas. Slogan  itu dicipta hanya semata-mata ingin mendapat upah yang lumayan dari DAP  kelak.
Pembohongan ini bukan dibongkarkan oleh orang lain,  sebaliknya dibongkar oleh mereka sendiri. Orang yang benar dia akan  bercakap benar sepanjang masa tak kira bila , dimana dan dengan siapa.  Orang yang bohong dia akan bercakap sentiasa berubah-ubah setiap kali  dia jumpa orang yang berbeza atau di masa yang berlainan. Kerana dia tak  ingat apa yang dia bohong sebelum itu. Begitulah juga dengan  pemimpin-pemimpin Pas. Bohong telah menjadi amalan dalam hidup mereka.  Depan orang melayu dia cakap lain, bila berdepan dengan wartawan dia  cakap lain pula dan dia dah tak ingat apa yang dia cakap depan orang  melayu.

Beberapa  hari lepas, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat satu kenyataan  mengatakan Pas sasar untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dalam PRU  13.
KUALA  LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi  Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14  kerusi berbanding tiga tahun lalu.“
Kita mahu kerusi tambahan,  tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana  kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.
“Tapi kita lebih  tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak  kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.
Tambah  Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam”  dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak
malaysia insider
Itulah yang saya katakan mereka cuba temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno.
Dalam  Malaysia kita ada 222 kerusi parlimen. BN bertanding di kesemua 222  kerusi tersebut dan daripada jumlah itu kerusi yang ditandingi Umno  adalah 117, iaitu lebih 50 %  dari kerusi yang ada.
Bagaimana Pas kata mereka nak ganti Umno kalau mereka hanya sasar bertanding di 80 kerusi parlimen ? Tak sampai 50 % pun...
Itu  pun kalau mereka dapat 80 kerusi tersebut. Buatnya DAP atau Karpal  Singh berdehem sikit terus mereka kecut telur, tukar jadi 40 kerusi  sahaja. Sejarah telah membuktikan banyak kali Pas terpaksa menyembah  kepada DAP termasuklah yang masih segar dalam ingatan kita yang terjadi 2  minggu lepas di Kedah.
Dalam PRU 12 Pas hanya bertanding di 66  kerusi dan hanya menang  23 kerusi.
Bagaimana kamu nak ganti Umno wahai Pas kalau kerusi yang kamu bertanding pun kurang dari yang Umno tandingi ?
Kalau  kamu nak ganti Umno, kamu kena tunjuk kamu kuat dan berkuasa dalam  pak-khatan rakyat. Kamu mesti bertanding lebih dari kerusi yang Umno  bertanding barulah orang percaya.
Minta dengan DAP kamu nak 120  kerusi barulah nampak hebat dan orang percaya. Setakat 80 kerusi tak  payah nak temberang orang melayulah yang kamu boleh ganti Umno.
Sebab  itu saya kata mereka hanya temberang orang melayu hanya semata-mata nak  dapat undi. Bila dah dapat kuasa  kelak diserahkan kepada DAP. Mereka  dapat jawatan menteri seorang dua, kemudian dilimpahi dengan projek dan  wang oleh DAP, duduk diam-diam. DAP suruh tandatangan, mereka pun  tandatangan. Cakap lebih sikit DAP sekeh kepala.  Habis waktu pejabat ,  malam naik pentas ceramah pergi ceramah tipu melayu lagi dan puja-puji  DAP.  Akhir sekali hancur negara.
Kalau Pas benar-benar nak ganti  Umno mereka mesti umum seperti dibawah ini barulah kata-kata mereka itu  boleh dipercayai. Saya sendiri pun berani sokong Pas kalau mereka  berani umum seperti di bawah ini tanpa sebarang bantahan dari DAP.
Jawatan Pengerusi Pak-khatan rakyat dipegang oleh Pas.
Jawatan Timbalan Pengerusi juga oleh Pas.
Setiausaha juga dari Pas.
PM dan TPM dari Pas.
Menteri Kewangan dari Pas.
Menteri pendidikan dari Pas.
Jumlah kerusi yang Pas bertanding mesti lebih dari 50 %.
Penggunaan Kalimah Allah hanya untuk orang islam sahaja.
Setakat  nak bertanding 80 kerusi, nak minta jawatan PM pun tak berani, kemudian  nak temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno. 
Dari blog rbf