KEMENTERIAN pendidikan membuat 10 laporan polis terkait fitnah, tetapi tiada laporan terkait tragedi membongkar punca tragedi ZARA QAIRINA.
Halangan pihak sekolah buat laporan polis segera (jika benar) petunjuk kegagalan system. Demikian juga, jika benar pengetua sekolah di mana kejadian berlaku, minta semua pihak tutup mulut, kerana menyifatkan tragedi ZARA QAIRINA hanya isu kecil.
Isu kematian tragis Zara Qairina kini bukan sekadar kes jenayah, ia sudah menjadi cermin retak kepada kegagalan sistem.
Sejak tragedi ZARA QAIRINA, rakyat disogok dengan pelbagai versi liar, termasuk yang menunggang isu ini demi konten dan kepentingan politik.
Semasa artikel pendek ini disiapkan, postmortem jenazah adik Zara Qairina sedang dijalankan di QEH1, Kota Kinabalu, selepas jenazah digali pada petang Sabtu.
Diharapkan kepakaran pakar forensik, dapat merungkai punca kematian, kemudiannya menjadi petunjuk mengenalpasti pelaku, demi keadilan bagi seorang anak berumur 13 tahun.
No comments:
Post a Comment