7 February 2013

PRU-13: N14 Likas Kali Ini Milik Parti Mana?

PADA pilihanraya umum 2008 lalu, kerusi N14 LIKAS merupakan antara kerusi paling sengit direbut  kerana seramai 4 orang calon yang mewakili BN, PKR, DAP dan bebas. Hanya dengan perpecahan undi pembangkang, calon SAPP yang mewakili Bn, iaitu Datuk Liew Tec Chan, menang dengan majoriti 862 undi.

Kini, DUN itu bukan lagi kawasan Bn ekoran keluarnya SAPP daripada Bn pada 17 September 2008. Bn belum menentukan parti komponen mana akan diberi kepercayaan bertanding di kawasan Dun itu, namun berasaskan kasak kusuk, dua parti kemunginan diberikan tanggung jawab, samada PBS ataupun LDP.

Pada PRU-12, calon Bn mendapat undi 4,097 manakala gabungan DAP dan PKR 5,123 (DAP=3,235; PKR=1,888) dan Bebas 182. Hanya kerana perpecahaan undi, calon Bn boleh menang.

Kawasan Dun Likas yang mempunyai hampir 17 ribu pengundi yang terdiri daripada 73 peratus kaum cina.

Berasaskan kepada perkembangan terkini, amat sukar bagi Bn mempertahankan kawasan itu, jika pertandingan satu lawan satu antara Bn dan pembangkang. Namun, disebabkan masalah yang terdapat pada parti-parti pembangkang, di mana mereka belum mampu mencapai kata sepakat, maka pada kali ini akan berlaku contest for all. Kalau keadaan itu berlaku, maka kemenangan akan menyebelahi Bn, kerana Bn mempunyai lebih 3,000 penyokong tegar di kawasan Likas. Penyokong tegar itu adalah terdiri daripada ahli-ahli semua komponen Bn. 

Dalam politik semuanya boleh berlaku; tidak boleh dinafikan bahawa pada saat-saat akhir, pembangkang akan bergabung dan menentukan satu lawan satu dengan calon Bn. Jika ini berlaku, maka, Bn perlu  perlu berkerja keras untuk mempertahankan kawasan itu. Pemilihan calon dan mewakili parti mana merupakan penyumbang kepada kemenangan calon Bn.

Jika Bn, gagal menentukan calon yang tepat, maka jangan terperajat, bahawa Dun Likas akan terlepas ke tangan pembangkang. Hanya penentuan calon yang tepat dan parti komponen yang tepat sahaja yang boleh menjamin Bn menang bagi kawasan-kawasan yang dianggap kawasan kelabu, termasuk Dun N13 Inanam, N15 Api-Api, N16 Luyang dan N19 Kepayan; itu semua di kawasan Pantai Barat Sabah. Analisis bagi kawasan lain akan ditelaah pada posting berikutnya.

70 comments:

John Winchester said...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjadi pemerhati bebas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bukan sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

John Winchester said...

Suhakam akan bekerjasama dengan SPR bagi memastikan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil dengan mengambil peranan sebagai pemerhati rasmi.

John Winchester said...

Setakat ini SPR tidak membuat sebarang pelawaan kepada Suhakam ataupun Suhakam menyatakan minat untuk berbuat demikian.

John Winchester said...

Suhakam harus mengekalkan sikap tidak berat sebelah memandangkan pihak yang terkilan boleh merujuk isu berkaitan hak asasi manusia kepada suruhanjaya itu, terutamanya semasa pilihan raya

John Winchester said...

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

John Winchester said...

Bekas Perdana Menteri itu berkata tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

John Winchester said...

Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

John Winchester said...

Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita

John Winchester said...

Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong

John Winchester said...

demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.

John Winchester said...

Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.

John Winchester said...

Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.

John Winchester said...

Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat

Teruterubozu said...

Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah jelas memberi gambaran berada pada tahap yang kukuh.

Teruterubozu said...

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan berkata semua pihak perlu mengambil berat ingatan pucuk pimpinan, agar terus bekerjasama secara serius memastikan kepimpinan di semua peringkat dapat mengekalkan keutuhan sedia ada.

Teruterubozu said...

Beliau turut mengajak para pemimpin pusat agar turun padang dan tidak menganggap Sabah terlalu jauh untuk mereka melaksana tanggungjawab mendekati rakyat.

Teruterubozu said...

Mengenai generasi muda jelas beliau pelbagai cara pendekatan yang diguna UMNO dan BN untuk mendekati mereka untuk memberi kefahaman yang betul agar mereka tidak mudah diperdaya dan terpengaruh dengan parti pembangkang.

Teruterubozu said...

“Mudah-mudahan kekukuhan intergrasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dalam langit Malaysia yang dijunjung ini akan sentiasa kukuh, harmoni dan juga terus bersatu padu untuk memastikan bahawa Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju dengan acuan sendiri” ujar beliau.

Teruterubozu said...

Kerjasama kukuh yang terjalin antara parti komponen Barisan Nasional (BN) selama ini boleh menjamin kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Teruterubozu said...

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi berpendapat, parti komponen BN kini bekerja keras memastikan rakyat terus memperoleh manfaat pada pilihan raya umum akan datang.

Teruterubozu said...

Sehubungan itu, Abdullah berkata, adalah penting bagi rakyat Malaysia memberi sokongan dan memilih BN.Menurutnya, rekod cemerlang BN selama 50 tahun dalam membangunkan negara merupakan sesuatu yang unik dan wajar dipertahankan berbanding parti lawan yang tidak memiliki pencapaian itu.

Teruterubozu said...

"Jadi, adalah penting untuk BN meneruskan kesinambungan kerja-kerja pembangunan dan kemajuan negara.

"Seandainya, rakyat memilih parti lain untuk memerintah tentu sekali usaha-usaha kesinambungan pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan," tegas Abdullah

Teruterubozu said...

Pada masa sama, Abdullah menasihatkan, kesemua bakal calon dan mereka yang tidak terpilih sebagai calon PRU-13, meletakkan kemenangan BN sebagai keutamaan.

Teruterubozu said...

Mengulas mengenai kecenderungan mereka yang gagal dipilih sebagai calon mensabotaj parti, Abdullah mengajak golongan itu supaya saling mengingati antara satu sama lain mengenai kepentingan BN sebagai kuasa politik di Malaysia.

CarloS said...

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang "winnable" atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

CarloS said...

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

CarloS said...

"Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, B NSabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

CarloS said...

"Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi 'benchmark' kita tinggi," katanya

CarloS said...

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai 'fixed deposit' akan menjadi penyumbang besar. Salleh berkata pendekatan BN Sabah kini lebih kepada memberi penjelasan kepada rakyat agar tidak keliru dengan tohmahan dan fitnah yang dilontar parti lawan.

CarloS said...

Beliau berharap semua pemimpin BN merapatkan perpaduan dan bukan sekadar "turun padang" tetapi "mengurus padang" iaitu menyelesaikan masalah rakyat.

CarloS said...

"Kalau kita tidak dapat selesaikan kita perlu jelaskan kenapa ia perlu masa untuk diselesaikan dan apa yang penting kita jangan bohong rakyat," katanya.

CarloS said...

"Sokong siapa sahaja yang dicalon oleh parti dan kerja kuat untuk kemenangan parti. "Walaupun pada pilihan raya umum yang lepas saya tidak dipilih namun saya masih setia kepada Umno dan BN," katanya

unknown said...

This is hard to predict.

unknown said...

Susah nak jangka ni.

unknown said...

Equal chance.

unknown said...

Tengok la siapa kuat nanti.

unknown said...

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin menyampaikan sejumlah RM1 juta kepada 2,000 penerima yang layak untuk Bantuan Rakyat 1Malayaisa (BR1M) 2.0 dari kawasan Sungai Sibuga dalam parlimen Libaran.

unknown said...

Pengagihan di Dewan Sri Libaran, Sungai Kayu Batu 7 itu dilakukan berperingkat-peringkat untuk lebih 10,000 penerima yang layak di kawasan itu termasuk pemohon baru BR1M dan golongan bujang. Kira-kira 6,084 orang di Sungai Sibuga yang menerima BR1M 1.0 tahun lepas secara automatik menerima BR1M yang kedua ini.

unknown said...

Musa yang juga Wakil Rakyat Sungai Sibuga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memberikan BR1M apabila membentangkan Bajet Negara 2013 kerana para pemimpin Barisan Nasional (BN) memberitahu beliau bahawa bantuan itu amat menyentuh hati rakyat.

unknown said...

beliau menegaskan rakyat perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan negeri ini terus menikmati limpahan pembangunan yang pesat sekali gus setanding dengan kemajuan negeri-negeri lain.

unknown said...

Beliau berkata, pemberian BR1M 2.0 itu membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan BN dalam memastikan golongan kurang kemampuan dapat dibantu memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan mengambil pendekatan drastik demi mengurangkan beban rakyat.

unknown said...

keprihatinan kerajaan telah membuktikan bahawa segala janji-janji ditepati walaupun pihak pembangkang melempar pelbagai tohmahan dan dakyah tetapi kerajaan terus bekerja bagi membantu rakyat tanpa mengira fahaman mahu pun latarbelakang mereka.

Hamdan Hadillah said...

Pengundi di kawasan Likas perlu membuat keputusan bijak dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) dengan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN). Sebagai kerajaan yang telah banyak membawa pelbagai pembangunan di negeri tersebut.

Hamdan Hadillah said...

Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Negeri Sabah, Datuk Gordon Leong Vui Cheung berkata, ini penting bagi memastikan kawasan Likas mendapat perhatian kerajaan dalam pembangunan yang terancang dan baik.

Hamdan Hadillah said...

Hanya wakil rakyat BN sahaja yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat termasuk menyelesaikan masalah mereka.

Hamdan Hadillah said...

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas yang keluar dari BN setelah menang kerusi itu atas tiket BN telah menafikan pengundi Likas yang mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Hamdan Hadillah said...

“Justeru, rakyat di kawasan Likas perlu membuat keputusan yang bijak dalam dalam PRU-13 nanti demi masa hadapan negeri Sabah ini.

Hamdan Hadillah said...

Dengan memberi sokongan padu kepada calon BN kerana kita tidak mahu melihat DUN Likas terus terpinggir dari arus pembangunan.

Hamdan Hadillah said...

Pemimpin BN dengan yakin menyatakan keyakinannya bahawa BN akan merampas semula kerusi DUN Likas.

Hamdan Hadillah said...

Keyakinan itu mesti ada. Walaupun ketika ini kawasan Likas bukan kawasan BN tetapi kami masih ‘turun padang’ untuk memberikan khidmat kepada penduduk kawasan ini kerana kami prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.

Hamdan Hadillah said...

Program pada hari ini juga menunjukkan keikhlasan kami untuk membantu rakyat kawasan ini.

Hamdan Hadillah said...

Parti Gerakan dan Umno Kota Kinabalu selalu bekerjasama untuk menjalankan pelbagai program di sini.

Hamdan Hadillah said...

Kita jangan lupa yang mana kerajaan terus berusaha menselaras dengan slogan iaitu bergerak bersama rakyat.

Hamdan Hadillah said...

kerajaan BN mempunyai “track records” yang tidak boleh ditandingi oleh parti lain terutama pembangkang dalam membela dan membantu rakyat menerusi pelbagai program transformasi yang diperkenalkan demi kepentingan rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Oleh itu rakyat kawasan ini harus membuat perubahan dan anjakan paradigma untuk memilih seorang wakil rakyat dari parti kerajaan yang mampu memberikan perhatian dan kepentingan sewajarnya kepada penduduk kawasan Likas.

Hamdan Hadillah said...

Kerajaan BN mempunyai agenda transformasi dalam membawa perubahan positif dan bermanfaat kepada seluruh rakyat negara ini.

Hamdan Hadillah said...

Rakyat khususnya pengundi di kawasan Likas terus memberikan sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya akan datang.

Hamdan Hadillah said...

Umno Kota Kinabalu akan terus berjuang bersama parti komponen BN yang lain bagi memastikan kemenangan calon BN dalam kawasan parlimen Kota Kinabalu.

Hamdan Hadillah said...

Pengundi di kawasan parlimen Kota Kinabalu termasuk DUN Likas dan Luyang bijak membuat penilaian terhadap kemampuan kerajaan dan parti pembangkang.

Hamdan Hadillah said...

Bertindaklah dengan bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis parti pembangkang sehingga kita hilang pertimbangan

Hamdan Hadillah said...

Parti pembangkang kini tidak mempunyai isu selain menabur fitnah dan janji manis yang tidak mampu mereka tunaikan.

Hamdan Hadillah said...

Maka sebaiknya jangan mudah terpedaya dengan permainan yang cuba direka oleh pihak pembangkang untuk kepentingan mereka sendiri. Berhati-hatilah rakyat demi kebaikan kita bersama.

mantera said...

Pengundi di kawasan Likas perlu membuat keputusan bijak dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) dengan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN).

mantera said...

ini penting bagi memastikan kawasan Likas mendapat perhatian kerajaan kerana hanya wakil rak- yat BN sahaja yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat termasuk menyelesaikan masalah mereka.

mantera said...

rakyat di kawasan Likas perlu membuat ke- putusan yang bijak dalam dalam PRU-13 nanti dengan memberi sokongan padu ke- pada calon BN kerana kita tidak mahu melihat DUN Likas terus terpinggir dari arus pembangunan,

Anak Sabah said...

Diharapkan calon yang terbaik akan memenangi kerusi DUN Likas.

Anak Sabah said...

Pertandingan pasti sengit untuk merampas kerusi tersebut, mesti menarik melihat perlawanan ini.

Anak Sabah said...

Pecahan undi di kalangan pembangkang mungkin membantu BN menang dengan majoriti besar.

Anak Sabah said...

Tanpa kerjasama antara pihak pembangkang, BN yang akan mendapat manfaat.

Anak Sabah said...

Kita tunggu dan lihat sajalah N14 Likas Kali Ini Milik Parti Mana?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels