JUSTICE atau keadilan, bukan hanya untuk ZARA QAIRINA MUSTAPHA, akan tetapi untuk semua.
Isu adik Zara, kerana “diambil alih” oleh neitzen yang haus akan perhatian atau rating medsos. Mereka yang haus itu, bukan hanya di Malaysia akan tetapi Indonesia.
Mereka yang haus akan konten, bertindak seolah-olah berada ditempat kejadian, sebagai CCTV atau telah merakam kejadian.
Circumstance yang berlaku sebaik adik Zara ditemui pingsan di tepi longkang asrama dia belajar sehingga meninggal di QHE1, digunakan oleh mereka yang HAUS akan konten mencipta NARATIF sebagai benar, dan disebarkan secara meluas dengan tag #JUSTICEFORZARA, sehinggakan pihak bertanggungjawab “overwhelmed”, apa tah lagi dalam tempoh 14 hari, penjelasan konkrit daripada pihak polis untuk mententeramkan keadaan tidak dihebahkan.
Tempoh 14 hari digunakan untuk mencipta pelbagai naratif antaranya untuk menghapus jejak atau menutup kes, kerana membabitkan anak VIP atau cucu TYT, malah anak Ketua Polis Sabah, walaupun semua tuduhan tersebut, dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka yang dibabitkan.
Malangnya, mereka yang haus akan konten tersebut, adalah akaun palsu dengan menggunakan AI, maka sukar pihak berwajib bertindak, malah MCMC, “kewalahan” mengenalpasti akaun-akaun palsu tersebut. Akaun-akaun palsu tersebut, semacam berantai, dan secara keseluruhan berunsur politik yang mesra pembangkang.
Keadaan bertambah rumit lagi, tragedi tersebut “tidak” mengikut standard biasa, penentuan punca kematian, seperti postmortem, apatah lagi hebahan di medsos, dengan dakwaan, ada pihak-pihak tertentu menekan ibu mangsa supaya jangan mensenasikan kematian anaknya, kerana sedang ditangani pihak berwajib, termasuk pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri.
Kehebatan MEDSOS yang sepatutnya digunakan untuk kebaikkan, jika disalahguna, maka berlaku apa yang sedang berlaku berkaitan tragedi kematian adik ZARA QAIRINA.
Anak berumur 13 tahun yang mempunyai masa depan yang luas, hilang nyawa begitu sahaja ditempat yang sepatutnya “selamat” bagi anak-anak seperti ZARA. Kerana isu tempat SELAMAT, maka emosi neitzen, pemimpin dan orang awam ikut sama merasa.
Dalam tragedi kematian adik ZARA QAIRINA hanya menunggu masa untuk merungkai apa yang telah berlaku. Kini diserahkan pada pakar forensik, kerana menerusi postmortem apabila jenazah adik ZARA digali semula, pakar forensik mempunyai kepakaran jenazah boleh “berbicara”.
Apa yang malang, tragedi kematian adik Zara Qairina ditunggangi pemimpin politik dan penyokong mereka menuding jari pada Kerajaan Negeri, sedangkan kejadian berlaku di sekolah di bawah tanggungjawab sepenuhnya oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN.
No comments:
Post a Comment