17 May 2010

Pengajaran PRK Sibu Sarawak: Kalau Nak Bantu.. Bantulah Yang Menyokong

Sejak sekian lama cara berpolitik di negara ini, yang dibantu dan diberi perhatian adalah orang-orang yang tidak menyokong.

Lihat sahaja apabila AKAR ditubuhkan dan pembangkang utama di Sabah pada tahun 1989-94. Apabila AKAR bersama-sama dengan UMNO dan LDP membentuk kerajaan pada thun 1994, kebanyakan individu yang "all the way menentang" mendapat habuan apakah dalam bentuk jawatan atau projek.

Tidak perlulah diseneraikan di sini, TAHU SAMA TAHU SAJA LAH.

Praktis ini bukan sahaja belaku pada kempimpinan AKAR akan tetapi juga UMNO. Cuba seneraikan mereka-mereka yang berkedudukan pada masa ini dalam kerajaan BN negeri. Cuba analisis, dan lihat rekod, di mana kah mereka pada tahun 1990-an, di kala PBS keluar BN untuk menjadi pembangkang.

Keputusan P212 Sibu telah menggambarkan semuannya. Rakyat menolak apabila kempimpinan mereka ditolak. Ketua menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud diketepikan secara halus, apabila posternya tidak dipasang di Bandar Sibu, kononnya PRK Sibu adalah pilihanraya Nasional, kerana itu kepimpinan Nasional lah yang diutamakan.

Di Sabah kini,keadaan sangat rumit, kerana api dalam sekam menanti untuk meluap-luap. Ramai yang telah tahu, bahawa kerajaan negeri hanya nampak ditadbir urus oleh rakyat Sabah, tetapi itu hanya diluaran sahaja, sementera di dalam yang membuat perananan adalah rakyat Malaysia bukan asal Sabah.

Sekecil-kecil bentuk projek misalnya pembersihan sekolah, universiti atau bangunan-bangunan persekutuan, kontraktornya adalah bukan rakyat Sabah, demikian juga jawatan penyambut tetamu atau telepon operator, dijawat oleh bukan penduduk Sabah.

Poster-poster atau pamplet-pamplet untuk jabatan pelajaran misalnya, walaupun diedar di Sabah dan masuk peruntukan negeri Sabah, namun semuanya bukan dicetak di percetakkan yang berdaftar di negeri ini, akan tetapi dicetek di Semenanjung, dan Sabah hanya sebagai pengguna sahaja.

Awas, keputusan PRK Sibu boleh berbicara 1001 kenangan dan keputusan. Sebelum terlambat, BN terpaksa membuat sesuatu, jangan biarkan Kapal yang ada tenggelam kerana kerakusan dan ketamakkan. Berlaku lah Adil.

6 comments:

2718 said...

PRK sibu patut dijadikan pengajaran agar kerajaan lebih berhati2 serta mengkaji semula corak pemerintahan agar lebih mendekati rakyat. teruskan dasar2 yang telah dirancang dan jangan terus dibayangi dengan kegagalan di sibu.

kitakita said...

Kekalahan di Sibu ada banyak punca dan banjir menyebabkan ramai pengundi tidak dapat mengundi. Jumlah % pengundi juga agak kurang...cuma pihak bertanggung jawab kenalah lebihkan usaha dan promosi tentang kejayaan pembangunan di Sibu.

kitakita said...

Sudah sampai masanya kerajaan perlu meneliti setiap kegagalan dan kelemahan. Perkukuhkan lagi strategi dan anggaplah setiap kekalahan dan kemenangan itu suatu cabaran untuk membantu rakyat dengan ikhlas

somboi said...

kekalahan BN di Sibu patut menjadi pengajaran kepada BN. BN harus meneliti kelemahan yang mereka ada sehingga mengakibatkan kekalahan mereka...

POP said...

Sayang oh BN kalah kali ini...manalah dibuat salah mereka tdk dapat undi rakyat???

2718 said...

betul2 sayangkan POP..:)apa2 pun saya respect dengan kerajaan walaupun ada ura2 yang mengatakan kerajaan tidak mahu teruskan projek pembangunan di sibu, ternyata jangkaan itu silap. kerajaan tetap akan teruskan projek2 pembangunan di sibu seperti yang telah dijanjikan. itulah kewibawaan sebuah parti pemerintah bukan seperti parti politik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels