Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Piala Dunia 2010 ini.
Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.
“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.
“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Menurut Rahman lagi, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.
Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.
“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.
Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.
Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.
“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.
11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

9 comments:
sekurang2nya dengan adanya lesen ini, aktiviti ini lebih terkawal kerana pasti mereka terikat dengan undang2 dan peraturan.
pemberian lesen ini adalah untuk memudahkan kerajaan memantau kegitan judi di negara kita.. ia dapat mengelakkan berlakunya judi haram. dengan ini aktiviti judi akan dapat dikawal.
diharap tindakan yang diambil kerajaaan dalam meluluskan lesen judi ini adalah merupakan satu tindakan yang betul..
sebenarnya niat kerajaan baik tapi telah disalah tafsir atau dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka. sedangkan banyak lagi aktiviti judi yang tidak diisukan..
Salam okb
Bukan DARD saja yang meyokong tindakan kerajaan mengeluarkan permit sementara bagi pertaruhan piala dunia ini, malah ramai lagi.
Sebelum ini..setelah berakhirnya piala dunia banyaklah laporan tipu sana sini..duit kena bawa lari dan tidak kurang juga ada yang bergaduh kerana pertaruhan ini..tidak kira la pertaruhan peringkat kecil mahupun besar. Judi tetap judi..haram tetap haram..
tetapi dapatkah kita menghalang para bookie bookie ini?? belum dikira lagi bookie kampung yang beating Rm5,rm10......
1MALAYSIA>>>>>
aktiviti ini memang sukar dibendung.. ia akan tetap berterusan malah semakin teruk. mungkin sebab itu kerajaan mengambil langkah meluluskan lesen ini supaya dapat memantau kegiatan mereka.
Eh...ini bukan negara halal kah?? Sokongan kpd aktiviti demikian bukankah menentang peraturan??
rakyat hanya berhak bersuara dan melontarkan pendapat.. tapi sekiranya benar majoriti adalah menentang usul ini, kerajaan patut mempertimbangkannya semula. sebagai sebuah negara demokrasi, perlu ada persetujuan majoriti rakyat sebelum sesuatu cadangan diluluskan. tetapi rakyat juga perlu bersifat neutral bukan dipengaruhi oleh mana2 pihak semasa membuat keputusan.
Post a Comment