2 May 2010

Peranan Media Ke-3 Bagi Kota Belud Sangat Terhad??

Agak kaget juga apabila mendengar celoteh YB itu. Suara yang langsung keluar daripada mulutnya sendiri, bahawa peranan media ke 3 bagi Kota Belud sangat terhad. Pelik juga mendengarnya. Bagi YB yang satu ini, dia cuba down grade kemampuan media ke-3.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa media ke-3 masa kini merupakan saingan utama media cetak atau media aliran perdana.

Saya terus terang, sejak adanya internet, jarang sekali saya melayari siaran TV atau membaca suratkhabar. Maklumat yang diperolehi semuanya daripada internet.

Dalam menghadapi dunia tanpa sempadan ini peredaran maklumat sangat cepat merentas sempadan. Tanggapan negatif YB berkenaan tidak akan menjadikan penduduk Kota Belud kapuk memperggunakan ICT, malah pada masa ini, telah dirasakan sudah merupakan keharusan.

Saban malam kita ternampak dan terbaca posting-posting FB penduduk Kota Belud samada yang telah berusia mahupun kalangan muda mudi.Kategori sosial merekapun bermacam. Ertinya tanggapan YB yang satu ini meleset.

Sepatutnya sebagai seorang Yang Berhormat patut menggalakkan penduduk Daerah ini celik ICT agar supaya pertambahan ilmu dapat dipertingkatkan. Namun, apa yang tersirat daripada tanggapan YB itu, adalah: Apabila penduduk terutama para pengundi celik maklumat, maka faktor putar belit sukar diterima lagi sebagai umpan pilihanraya parti atau pilihanraya umum.

Pada masa kini, maklumat mengenai pembangunan, aktiviti politik atau kematian, acara majlis kahwin, kenduri arwah, dengan cepat dapat diketahui melalui internet terutama FB.

Sebarang lawatan YB atau rakyat berjumpa YB atau semacamnya dengan mudah diketahui, kerana kemudahan media ke-3.

Jadi, kepada YB yang berkenaan don't downplay Third Media!!!

4 comments:

2718 said...

tidak keterlaluan jika saya katakan media ke-3 telahpun mengambil alih peranan mana2 media sebelum ini. dan saya tidak nafikan juga wujudnya kesan positif dan negatif media ini. namun, sebagai YB beliau perlu bersikap profesional dengan tidak menafikan peranan media ke-3 hanya melihat kepada kesan negatif sahaja.

2718 said...

sebagai YB, beliau sepatutnya memberi galakan dan kesedaran tentang peranan media ini kepada masyarakat.

Pak Cik Amin said...

Blogger Kb pernah dicap sbg monkey..oleh seorang YB...

kitakita said...

Sebenernya peranan media ke-3 ini penting juga, kerana apa yang dilihat itulah yang dikatakan, pada masa sama ada kebaikan dan keburukannya juga. Oleh itu haruslah diketahui puncanya...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels