27 May 2010

Belumpun Subsidi Dibincang Harga Barangan Mula Naik

Bayangkan harga sardin kingcup minggu lalu adalah 4.30 setin, semalam dijual pada harga 4.70 setin, naik 9% lebih.

Begitu cepatnya para peniaga atau peruncit memberi respon kepada kepada perkataan "subsidi".

FOMCA semalam meminta agar kerajaan menghapuskan sistem subsidi, kerana sistem itu tidak mengenai sasaran.

Sebelum ini mantan perdana Menteri Tun Mahathir memberi pandangan agar supaya kerajaan menghapuskan subsidi secara perperingkat. Kerajaan perlu mengenai pasti barangan yang diberi subsidi selari dengan policy subsidi itu.

Misalnya subsidi minyak, tidak mengena, kerana orang-orang kaya juga mendapat subsidi, demikian juga gula, para pekilang juga mendapat subsidi. Pada gilirannya, penduduk luar negara juga ikut diberi subsidi, kerana barangan kilang itu di ekzport.

Dalam perkembangan lain Mesyuarat Jemaah Menteri semalam tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters.

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

12 comments:

jack said...

nmpknya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara drastik yang membebankan pengguna...diharap pihak berwajib memantau perkara ini...

2718 said...

jadi pemotongan subsidi ini belum diluluskan dan belum dilaksanakan. saya harap kerajaan akan mempertimbangkannya semula memandangkan rata2 rakyat di sabah belum bersedia menghadapi kenaikan harga barangan. peniaga2 yang telah mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan perlu diambil tindakan.

somboi said...

cepatnya peniaga menaikkan harga barang? subsidi belum dipotang dah naikkan harga barang. inilah sikap sesetangah peniaga yang mementingkan keuntungan. tindakan mereka menaikkan barang sesuka hati ini adalah menyalahi undang2. tindakan perlu diambil terhadap mereka.

tombolo said...

pandai2 ja peniaga ni naikkan harga barang tanpa kebenaran dari pihak berkuasa. sedangkan subsidi belum lagi dipotong. ini membebankan lagi para pengguna. pengguna harus melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib.

hulubalang said...

para peniaga yang sewenangnya menaikkan harga barangan keperluan seperti gula dan beras patut ditarik barik lesen perniagaan mereka.

langsat said...

Bagi saya subsidi memang perlu dikurangkan disebabkan difisit belanjawan telah melambung tinggi, ia menyebabkan kewangan negara tidak stabil. Kerajaan harus mengambil langkah untuk mengelakkan negara menghadapi ancaman krisis ekonomi yang kritikal. Cuma golongan miskin seperti pemandu teksi, bas sekolah, nelayan, petani dll. Hanya golongan seperti ini saja yang harus diberi pertimbangan subsidi daripada kerajaan.

langsat said...

Pihak2 berwajib perlu sentiasa memantau kadar barangan yang dijual terutamanya bagi barangan terkawal. Tanpa membuat penyesatan dan pemantauan para peruncit dan para peniaga yang lain telah mengaut keuntungan dengan menaikan harga barangan tanpa mengikut kadar harga yang ditetapkan.

Paquin said...

Peniaga ba ni yg nakal.. suka betul ambil kesempatan dalam setiap kesempitan. adiii

Paquin said...

Saya akan terima keputusan kerajaan seadanya asalkan rakyat tak terbeban sangatlah. saya yakin pasti ada jalan keluar dgn amalkan win-win situation.

Paquin said...

Biasalah tu somboi.. nakal kan dorang.. Ingat mo senag sendiri ja, nda pandai fikir org lain.. hairan..

Paquin said...

Betul uranglama. Peniaga harus laporkan hal ni pada pihak yg bertanggungjawab spy peniaga tu kena hukum.

Paquin said...

Apapun, soal subsidi ni harus diberi pertimbangan sewajarnya. Banyak hal yg patut diambil kira bagi memastikan semua pihak dapat manfaatnya :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels