24 May 2010

Politik Toleransi Amalan BN: Pembangkang Memanipulasinya

Pembangkang terutama Anwar Ibrahim tahu benar bahawa politik BN adalah politik toleransi, maksudnya BN memupuk kesetia kawanan dan kekitaan dalam hubungan antara kaum. BN berusaha agar semua kaum tidak terpinggir dalam suasana harmoni, dan seterusnya menanamkan bahawa tiada kaum yang superior dalam hubungan itu. Namun, penekanan hak sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan terus diambilkira dan digunakan sebagai asas membentuk perpaduan yang harmoni.

Berpaksi kepada asas ini, maka tanpa menganggu gugat ikatan ini, tidak mungkin kemesraan dan keharmonian tersebut dapat diganggu gugat.

Anwar Ibrahim tahu ini semua,kerana ini lah kekuatan asas BN. Selagi kekuatan ini tidak dirosakkan dan tidak diputuskan, maka kekuatan BN akan senantiasa bergema.

Bagi memutuskan ikatan yang kokoh ini,maka caranya adalah mencabar apa yang ada dalam perlembagaan. Misalnya hak-hak bumiputra dan kaum melayu. Mempersoalkan budaya melayu misalnya penggunaan keris.

Apabila hak-hak dan budaya melayu ini dicabar, maka mereka yang terpancing terus memberi reaksi. Ketuanan melayu terus dikumandangkan. Setelah pancingan ini berjaya, maka langkah berikutnya adalah mempersenda soal anutan agama.

Provokasi awal penganut bukan islam menggunakan Kalimah ALLAH, pada awalnya mendapat tentangan namun akhirnya menjadi bahan politik pihak pembangkang.

Untuk sementara pihak pembangkang telah berjaya merobohkan tembok ikatan kaum melalui gambaran mereka mengenai Ketuanan Melayu, kemudian mereka juga berjaya tembok kepercayaan beragama, apabila Kalimah Allah kini dikongsi oleh semua agama.

Selain itu, mereka juga berjaya merosak budaya Melayu mengenai penggunaan keris, kini kaum melayu tidak mahu berbangga lagi dengan keris, kerana kononnya budaya itu tidak relevan lagi.

Pembinaan tembok yang kokoh oleh BN dalam hal hubungan antara kaum berjaya dirobohkan, pemupukan beragama antara kaum berjaya dirobohkan, budaya melayu mengenai keris terus dihancurkan.

Persoalannya, yang mana lagi yang tersisa pada BN? Namun pada masa yang sama BN masih melaungkan politik sederhana, politik toleransi, dimana semuanya secara deras ditolak terutama oleh mereka yang dilahirkan selepas merdeka.

Penjelmaan 1Malaysia adalah manifestasi kepada unsur toleransi itu, namun bibit-bibit yang telah ditanam telah sebati. Pembangkang telah memupuk bibit-bibit itu sejak reformasi tahun 1998, sedangkan ramuan penepisnya hanya ditemukan pada April 2009. 10 tahun bibit-bibit penghalang ramuan BN telah ditanam, dipupuk, dibaja oleh pembangkang. Sama lah dengan pengharaman Al-Arqam, walaupun telah diharamkan puluhan tahun yang lalu, namun bibit-bibitnya masih teguh hingga kini.Ini lah yang berlaku di Malaysia kini, bibit-bibit menghancurkan tembok yang dibina BN selama 50 tahun, telah diketahui adunannya oleh mantan pemimpin BN itu sendiri, yakni Anwar Ibrahim.

7 comments:

2718 said...

memang sukar dinafikan, tujuan pembangkang adalah untuk menjatuhkan BN dengan memanfaatkan setiap peluang untuk kepentingan mereka.. kadang2 apa yang dikesalkan, terdapat isu2 yang telah diputar belit dan dimanipulasikan untuk santapan umum manakala fakta sebenar telah disembunyikan.

2718 said...

diharapkan, rakyat bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang. dengan kebijaksanaan pembangkang, tidak mustahil mereka akan gunakan kebijaksanaan mereka untuk membangkang hak2 kita kelak...

uranglama said...

BN memang parti yang mengamalkan politik toleransi, sikap BN ini telam diambil oleh pembangkang dalam memanipulasikan fakta megenai BN. ini untuk mencapai mallamat untuk menjatuhkan BN. kita sebagai rakyat hruslah bijak dala menilai agenda2 yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam menjatuhkan BN.

drupadia said...

Biasalah politik...pihak pembangkang sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan BN. Yang penting BN harus sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat.

drupadia said...

Rakyat harus tahu menilai kebenaran ini. Politik boleh kaitkan pelbagai perkara untuk menjatuhkan pihak lawan.

karaabau said...

permainan politik...ini lah yang harus dimainkan oleh semua ahli2 politik...sama ada betul atau salah adalah belakang cerita kerana yang penting adalah persepsi rakyat sudah berubah...ini lah dikehendaki oleh pembangkang untuk menjatuhkan BN...namun, jawapan terletak di tangan rakyat...rakyat lebih tahu secara mendalam akan masalah dan isu2 yang dihadapi berbanding ahli2 politik...sama2 lah kita lihat akan jawapannya pada PRU-13 nanti...

somboi said...

dalam politik setiap parti politik akan cuba menjatuhkan satu sama lain. kita sebagai rakyat harus bijak menilai yang baik ataupun buruk.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels