22 June 2010

Inilah Akibat Bila Kita Nampak Diri Kita Lebih Putih Dari Orang Lain

Inilah jadinya bila terlalu asyik hendak mewujudkan persepsi supaya orang benci kerajaan.Adakalanya kita lupa siapa diri kita semalam,kelmarin,tahun lalu atau 10 tahun lalu.

Apa lagi ia bukannya satu rahsia tetapi sesuatu yang semua orang tahu.Bijak dan hebatnya ialah cuma cara lakonan supaya orang percaya kononnya diri kita suci.


Makanya Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut terpanggil menghentam apa yang didakwanya sikap berpura-pura Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS menentang lesen judi dan arak.

Baginya ini politik ‘dua alam’.

Bekas ahli parlimen PKR itu mengingatkan Anwar bahawa tidak siapa yang lupa beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan walaupun ditentang keras Ketua Menteri yang bukan Islam waktu itu.

“Dialah rakan baik Datuk S.Nallakaruppan, pengarah eksekutif Magnum, judi empat nombor ekor. Inilah politik cakap tak serupa bikin. Kini beliau (Anwar) mahu menjadi suci dalam debu...lebih putih dari klorok,” kata Wee ketika membahas usul RMK 10 di Dewan Rakyat, Semalam.

Anehnya kata Wee, bagaimana seorang manusia boleh bertukar menjadi raksasa pelbagai wajah, menjadi sesumpah hipokrit dan semuanya atas angan-angan untuk jadi Perdana Menteri ‘at all cost’.

Beliau kemudian menyindir ahli-ahli parlimen PAS supaya mereka mengambil pengajaran dan ikhtibar daripada Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah memfatwakan bahawa hasil haram termasuk penjualan arak dan alkohol boleh digunakan untuk pembangunan Kelantan.

“Kalau Mursyidul Am PAS boleh benarkan, mengapa ada beberapa kerat ahli parlimen PAS menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan? Lagipun ianya tidak babitkan orang Islam, mengapa membantah. Mengapa bersikap talam dua muka,” persoalnya.

Kenyataan pedas Wee mengundang rasa kurang senang beberapa ahli parlimen PAS terutama Dr Lo Lo Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) yang bangun membantah pendapat ahli parlimen Bebas itu.

Mereka terus cuba menganggu Wee meneruskan ucapan membahas usul tersebut.

Bagaimanapun, tanpa memperdulikan gangguan itu, Wee terus mempersoal tindak tanduk pemimpin PAS, dengan bertanya, apakah mereka tidak bersetuju dengan fatwa Mursyidul Am PAS?

“Atau apakah mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR sebagai kiblat mereka dan presiden pimpinan mereka?,” katanya.

Dewan terus panas apabila Dr Lo Lo bangun menggunakan peraturan membantah kenyataan Wee yang membacakan fatwa Tok Guru antara lain berbunyi “ bagi penjualan arak, ia hanya dbenar jua oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja kerana jika ianya haram sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya,”.

Menurut Dr Lolo dan kemudian disokong Khalid, Wee tidak faham perbezaan kenyataan Nik Aziz apabila menganggap apa dikatakan Menteri Besar Kelantan itu sebagai fatwa.

Wee yang dibenarkan timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee meneruskan perbahasan menyatakan, Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan.

“Arak itu sendiri diminum bukan Islam, jadi bila diminum mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan ambil duit dari mana,” katanya.

Beliau kemudian meminta pemimpin PAS tidak perlu hipokrrit sebaliknya berlaku jujur dan mengikuti nasihat Tok Guru serta beri sokongan kepada usaha kerajaan persekutuan melesenkan pertaruhan sukan.

Katanya, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan menghapuskan subsidi tetapi di waktu sama membenarkan sindiket haram judi sukan mengaut keuntungan yang banyak.

8 comments:

2718 said...

beginilah jadinya apabila satu2 isu itu dipolitikkan. mereka akan berusaha mempengaruhi minda rakyat untuk menentang apa sahaja usaha2 kerajaan. sedangkan mereka sendiri telahpun melakukan perkara yang sama.

2718 said...

rakyat perlu sedar, sikap hipokrit pembangkang ini tidak layak menjadi pemimpin rakyat kerana perjuangan mereka tidak jujur dan telus. jika mereka sanggup menjadi batu api untuk menafikan usaha2 kerajaan, tidak mustahil mereka juga akan menafikan hak2 rakyat.

POP said...

This is not gonna change anything without realizing the disadvantage.

Bi said...

Bersikap hypocrite tidak akan menampakkkan imej yang baik malahan ianya hanya akan mendatangkan ketidakpercayaan orang terhadap kita.. Jadi kepada mereka2 yang berkaitan, perubahan tidak semestinya buruk, kadang2 kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik.

uranglama said...

inilah sikap pembangkang, mereka adalah hipokrit, mereka sebenarnya bukan memeprjuangkan kepentingan rakyat, tp hanya kepentingan diri. rakyt jgnlah mudah terpengaruh dgn agenda pembangkang ini.

boY said...

nah kan betul..PKR sendiri pun dulu menghalalkan judi di sabah. sekarang kenapa membantah pula. apalah punya ANWAR(PKR). sekarang kerajaan meluluskan judi sukan tidak boleh pula, tapi anwar dulu bolehlah pula. memang hipokrit betul pembangkang ini. sudah-sudahlah pembangkang, cerminlah diri itu dulu sebelum mengata orang ini.

toM said...

membantah kerajaan tapi sebelum ini pernah juga membuat. apa lah pembangkang ini, memalukan diri sediri saja PKR Anwar ini.

supra said...

pembangkang haruslah mencermin diri mereka dahulu sebelum nak mengkritik pihak lain, sikap mereka seperti ini adalah hipokrit.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels