17 June 2010

Siapa Kata Bumiputra Ada Peluang

Status bumiputra kadang-kadang menjadi penghalang untuk maju. Kenapa? persepsi yang melekat pada bumiputra itu hanya sebagai "pekerja" tidak boleh jadi "pengurus" yang boleh berjaya.

Kata mereka ramai sudah bumiputra yang mendapat nikmat melalui dasar ekonomi baru (DEB), tapi akhirnya tersunggur dipertengahan jalan.

Suatu ketika nama-nama Tan Sri Tajudin Ramli Halim Saad, Rashid Hussien sungguh harum, namun berapa ramai yang mereka lahirkan sama seperti mereka? Disebabkan sifat "monopoli" itu ke mana mereka sekarang?

DEB akhirnya dimansuhkan, kononnya DEB menjadi faktor kenapa negara tidak berdaya maju.

Kini MBE ekonomi disyorkan oleh pentadbir baru negara. Sebelum dalam MBE itu tidak pun diuraikan asas DEB dahulu, melainkan MBE berasaskan merit.

Namun disebabkan desakan beberapa NGO bumiputra termasuk PERKASA, akhirnya kepentingan Bumiputra disentuh dalam RMK-10. Jika tiada desakan beberapa NGO bumiputra itu, maka MBE sepertimana draft asal, yakni berasaskan merit, kemungkin besar diteruskan.

Apa kah melalui MBE bumiputra akan juga mendapat peluang sepertimana DEB dahulu? Kalau pun ia, apa kah metoda adalah sama, Siapa Yang Anda Kenal?

Semalam semasa borak-borak di Hyatt Kota Kinabalu, telah ramai bumiputra yang mendapat projek "turn-Key" kononnya daripada kementerian Luar Bandar Persekutuan. Orang-orang tertentu ini mendapat projek kononnya kerana mereka kenal menterinya, kalau tidak kenal Sorry lah.

OKB yang mana menteri itu tidak kenal, telah beberapa kali ingin berkomunikasi dengan menteri itu, namun hingga kini tidak pernah berjaya.

Di ceritakan juga kononya menteri itu pada PRU-13 akan datang akan kembali ke peringkat ADUN, kononnya mahu jadi Ketua Menteri. Macai-macainya kini terutama yang mendapat projek-projek ke hulu ke hilir mengembar gemburkan bahawa menteri itu akan menggantikan Musa Aman pada PRU-13 akan datang. Demi persediaan awal, maka macai-macainya perlu ada duit banyak, kerena berdepan dengan Musa Aman yang telah 7 tahun menjadi Ketua Menteri bukan lah mudah.

Diisukan juga, bahawa menteri itu tidak "senang" kepada Salleh Said kerana menerima jawatan penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, kerana kononnya kerana menteri itulah, Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Di Sabah, cerita disebarkan kemana-mana bahawa menteri itu adalah anak emas Najib, kerana hubungannya dengan PM itu semasa menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

Macam-macam kalau cerita politik... kebenarnya tiada yang tahu.

10 comments:

pacayang said...

dia anak emas ka anak ikan najib ka..itu tidak penting, yang penting suara mejoriti rakyat siapa rakyat pilih dan suka. tambah Musa Aman lagi yang 7tahun menjadi KM rakyat lebih kenal beliau.

uranglama said...

bumiputera sebenarnya ada peluang untuk berjaya, yang penting bumiputera perlu menggunakan kesempatan yang diberi oleh kerajaan dengn sebaiknya untuk membangun

jack said...

peluang terbuka luas di depan mata..hanya menanti sahaja untuk direbut oleh golongan Bumi..

jack said...

rakyat sabah lebih suka jika Musa terus menjadi CM sabah berbanding dari menteri tersebut..namun sejauh mana kebenarannya, belum diketahui..hanyalah khabar2 angin bagi menyedapkan situasi politik sabah yang mana dilihat untuk menjatuhkan Musa Aman sebagai CM..

2718 said...

tidak ada yang menghalang Bumiputera untuk maju dan tidak perlu menunggu dasar atau bantuan kerajaan untuk maju. cari inisiatif untuk memajukan diri dan berdaya saing.

2718 said...

jika melihat kepada sumbangan antara Musa Aman dengan menteri tersebut, Musa Aman jauh lebih layak menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah. saya pasti majoriti sokongan rakyat dan pemimpin lebih memihak kepada Musa Aman.

samanda said...

Musa aman talah lama menjadi ketua Menteri, dialah yang paling lama menjawat jawatan ini. dia juga adalah antara KM Sabah yg terbaik, bukan mudah untuk menjatuhkannya.

toM said...

orang lebih yakin dengan pemerintahan dauk Musa Aman. beliau sudah lama kenal rakyat dan rakyat pun kenal dengan pemrintahan beliau.

boY said...

beri keutamaan calon orang tempatan kerana untuk kebaikan semua calon itu lebih faham akan keadaan sebenar tempa itu dan penduduk stempat.

supra said...

apapun, Musa aman tatap yang terbaik, ia telah byk membantu membangunkan negeri sabah, golongan bumiputera tidak diabaikan. malah diutamakan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels