26 June 2010

Sokongan Rahman Dahalan Terhadap Lesen Judi Dalam Sukan Jadi Noda Hitam Padanya

Sokongan wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan terhadap lesen judi sukan pada 15 Mei lalu ternyata menjadi noda hitam pada dirinya.

Kerajaan malam ini telah mengeluarkan keputusan bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada mana-mana pihak dalam negara ini kerana pertimbangan agama.

Sebenarnya, walaupun wakil rakyat Kota Belud itu merupakan penyokong kerajaan, namun agamanya tidak membenarkan dianya menyokong secara terbuka mengenai perjudian.

BN diwakili oleh berbagai agama, alang kah moleknya jika sokongan terbuka itu dibuat oleh wakil rakyat BN yang bukan beragama islam.

Melalui keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Najib, bahawa tiada lesen judi sukan yang akan dikeluarkan, maka sokongan Rahman Dahalan kepada pemeberian lesen itu hanya menjadi noda hitam kepadanya sampai bila-bila.

Sebenarnya lesen judi sukan ini telah diberikan oleh menteri kewangan masa itu yakni Anwar Ibrahim kepada Ascot Sdn Bhd anak syarikat Berjaya groups, namun setelah tamat tempoh lesen itu, Ascot telah beberapa kali mencuba memperbaruhinya.

Najib sebagai menteri kewangan, telah mendengar beberapa pandangan termasuk NGO, bahawa pemberian lesen seumpama itu memberi kesan negatif kepada agama. Ataspertimbangan itu, maka lesen judi sukan tidak akan dikeluarkan.

18 comments:

2718 said...

maknanya semua berpunca dari DSAI.. betul2 hipokrit pembangkang ni.. a lot of thanks to govt sebab tidak meluluskan lesen ini..

2718 said...

sokongan rakyat terhadap Datuk Rahman boleh dikembalikan jika beliau dapat menyelesaikan masalah2 yang dihadapi rakyat Kota Belud.. jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran dan teruskan usaha memenangi hati rakyat.. Good Luck Datuk..

boY said...

nah dapat sudah jawapankan tentang lesen judi. Datuk Najib, kerajaan tidak meluluskan mana2 lesen judi.

jack said...

judi adalah sesuatu yang ditegah dalam agama baik islam atau bukan islam..mengatakan bahawa "alang kah moleknya jika sokongan terbuka itu dibuat oleh wakil rakyat BN yang bukan beragama islam. " menguris perasaan mereka yang bukan islam..pernyataan ini seolah-olah melabelkan agama bukan islam menghalalkan judi...diharap One Kota Belud lebih berhati-hati menyampaikan pernyataan/artikel di masa akan datang agar tidak menimbulkan salah faham..sekian..

boY said...

kerajaan juga meminta pendapat mejoriti, dan juga fikirkan tentang agama. oleh itu mungkin keputusan Najib ini adalah yang terbaik untuk semua.

Paquin said...

Baguslah kalau isu lesen ni dah terjawab. Sekurang-kurangnya, takda juga suara sumbang yang asyik menyalahkan kerajaan. hehhee

Paquin said...

Setuju boY. Bagi saya keputusan Najib ni sememangnya keputusan yang terbaik. Saya yakin keputusan dibuat setelah mengkaji semua sudut.

Paquin said...

Pasal Datuk Rahman ni, saya yakin rakyat akan terus menyokong beliau jika beliau terus berusaha memenangi hati rakyat :)

khalid said...

Biasalah judi ni... samada lesen judi tu diluluskan atau tidak judi haram sudahpun bermula.

khalid said...

Saya setuju dengan pendapat 'jack' semua agama melarang sebarag perjudian. Diharapkan maklumat yang disampaikan dapat diperjelaskan agar rakyat memahami akan maksud yang disampaikan.

khalid said...

Lesen judi ini memang tidak patut diluluskan kerana ia hanya akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak2 yang terlibat.

langsat said...

bagi saya pemberian lesen judi ni ada maksud dan ia adalah pendekatan kerajaan dalam membendung kegiatan judi haram yang semakin berleluasa. kalau 1 daripada 1000 pengusaha judi haram ini dberi lesen...maka lebih senang memantau kegiatan judi haram tidak berlesen berbanding tidak meluluskan semua judi haram maka..kerajaan tidak boleh memantau kegiatan judi haram kerana tiada fakta bertulis yang melarang judi haram tiada lesen??? so fikirlah???

langsat said...

pemberian lesen ni bukanlah ada kaitan antara haram dan halal. ia adalah strategi bijak kerajaan semata-mata dalam membendung kegiatan judi haram. bila sudah berkuatkuasanya 'lesen' maka lebih senang pihak-pihak berkuasa memberkas mereka yang menjalankan kegiatan judi haram ni. lebih baik bagi 1 lesen sah dan dapat memberkas semua kegiatan judi haram berbanding jika tidak memberi lesen langsung???

langsat said...

bagi isu berkaitan dengan judi haram ni...janganlah saling tuduh menuduh sana sini. yang penting ialah bagaimana nak membendung perkara ini jadi semakin berleluasa dan menyebabkan lebih ramai mangsa terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral ini..

M.Rakunman said...

Asas kerajaan dalam negera ini yang hanya memberi lesen perjudian kepada rakyat yang bukan beragama islam. Penyebabnya kononnya mereka yang bukan beragama islam, judi tidak dilarang, minum arak juga tidak dilarang. Namun bagi pegamal agama yang tulin, berjudi dan arak juga tidak mereka buat, walaupun tidak tersurat bahawa 2 perkara itu diharamkan; berlainan dengan penganut agam islam, 2 perkara itu tersurat.

Berkenaan dengan artikel ini, OKB perlu bantuan mereka yang bukan islam memberi hujah bahawa judi dan arak sememangnya haram bagi meraka.

supra said...

nampaknya judi sukan memang tak diluluskan. ia perkara yg baik.

uranglama said...

satu keputusan yang baik, lesen judi tak diluluskan, nampaknya hal ini dah selesai, harap tak ada pihak cuba nak membangkitkan isu ini lagi.

samanda said...

isu ini dah selesai akhirnya, tak ada lesen judi bola diluluskan. kerajaan memang prihatin dngn suara rakyt.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels