25 June 2010

Tidak Mudah Cari Makan Di Pekan Kecil

Bagi mereka yang menggunakan tulang empat kerat dan masih mengamalkan cara penghidupan ditakuk lama (primitif) hidup di pekan kecil sungguh menarik. Manakan tidak, pekan kecil tidak menyediakan semua bentuk jalinan sosial, bagi yang suka mendekati Tuhan, surau atau masjid jadi pilihan, bagi mereka yang kurang minat, maka "bus stop" jadi pilihan selain gerai-gerai kampung.

Kota Belud kononnya akan dikenali dengan "jelapang Padi". Terima kasih kepada kerajaan persekutuan kononnya akan menyalurkan 1 bilion untuk mengubah persawahan Kota Belud kepada jelapang padi.

Selain itu, usaha kerajaan menjadikan Kota Belud salah satu tapak agropolitan juga merupakan salah satu harapan daerah ini untuk maju dan memudahkan penduduknya cari makan.

Pertanian merupakan usaha tahunan. Ianya memerlukan masa untuk mengeluarkan hasil atau produk. Sementara menunggu itu semua, maka keperitan hidup bagi penduduk yang tergantung kepada alam sungguh menyedihkan.

Lain halnya dengan segelintir mereka yang berkerja pada kerajaan misalnya guru-guru, para pegawai, kerani dan semacamnya, maka pada penghujung bulan, seperti sekarang ini, akan berbarislah mereka pada ATM-ATM bank di Kota Belud, yang mana kadang-kadang berbaris panjang untuk mengeluarkan wang untuk dibelanjakan di kedai-kedai gui brothers.

Pada akhirnya wang gaji untuk sara hidup berpindah tempat penyimpanan daripada akaun persendirian kepada akaun Gui Brothers.

Kota Belud masih bertuah, kerana tiada kelab-kelab jackpot seperti mana terdapat di daerah-daerah besar seperti Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Sandakan, Tawau, Kudat dan daerah-daerah lebih besar daripada pekan Kota Belud. Jika seandainya Pekan Kota Belud mempunyai kelab-kelab seperti ini, sudah tentulah, Gui Brothers akan kekurangan pendapatan, kerana sebahagian besar daripada gaji bulanan itu akan berpindah kepada mesin-mesin berkomputer.

Walaupun kelab-kelab jackpot tidak terdapat di pekan ini, namun kewujudan perimis-perimis ramalan nombor ekor sudah cukup mengalih sebahagian pendapatan bulanan daripada para pekerja kerajaan maupun swasta.Sebenarnya ini lah petanda, sesebuah daerah itu sukar mencari makan. Kerana itu, ramai yang mencuba nasib, kononnya supaya cepat keluar daripada belengu keperitan tersebut.

Kapan kah fenomena ini akan berakhir.. para pemimpin Kota Belud ada jawapannya.

15 comments:

jack said...

bagi menjalankan satu projek yang besar, memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakannya agar memenuhi objektif projek tersebut..berhubung dengan kegiatan judi, bagi saya ianya adalah pilihan seseorang sama ada perlu berjudi atau tidak..namun begitu, adalah perlu diingatkan bahawa judi tidak menjanjikan kesenangan yang mutlak..ia adalah haram dari segi agama..

samanda said...

adalah lebih baik jika kit menggunakan wang untuk perkara yang lebih berfaedah, melaburkan wang ke pusat2 perjudian hanya akan merugikan kita sahaja.

2718 said...

pemimpin Kota Belud perlu menjelaskan perkara tersebut kerana saya yakin ramai yang ingin mengetahui status sebenar projek agropolitan dan jelapang padi KB.

Lucas said...

Perancangan pembangunan perlu dilakukan dengan teliti...jika nak letak 10 billion pun utk tujuan pembangunan tetapi tiada perancangan yg baik pun sama jg...

2718 said...

sepatutnya, projek yang mempunyai impak yang tinggi dari segi peningkatan ekonomi rakyat patut diberikan keutamaan oleh kerajaan. walau bagaimanapun, rakyat juga perlu berusaha meningkatkan daya saing dan jangan terlalu mengharapkan bantuan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi masing2.

supra said...

usaha kerajaan menjadikan Kota Belud salah satu tapak agropolitan merupakan satu usaha untuk membangunkan Kota belud,diharap ramai penduduk Kota Belud yang mengambil peluang daripada projek ini untuk menaikkan taraf hidup.

boY said...

apa yang di rancang itu harap akan dilaksanakan. ini untuk kebaikan penduduk setempat..

Paquin said...

Soal nombor ramalan ni, rasanya depend dengan individu juga ba. Kaya atau miskin kalau memang kaki nombor tetap juga mahu mencuba nasib ba. hehe

Paquin said...

Saya yakin apa yang telah dirancang oleh kerajaan dan kini diharapkan oleh penduduk kota belud pasti akan terlaksana dengan jayanya :)

Paquin said...

Betul jack. Jadi sesiapa yang mahu berjudi tu, agak-agaklah ya.. Jangan terlalu teruja dgn judi sehingga lupa dunia.

Paquin said...

Ya 2718. Saya pun mahu tahu status perkembangan projek tu. Sekurang-kurangnya dgn ada penjelasan para penduduk tidak akan berfikir yg bukan2 lagi.

boY said...

utamakan rakyat, tunaikan semua janji dan apa yang telah dirancang sebelum ini. rakyat berharap sangat dengan semua itu.

khalid said...

Pendapat saya projek jelapang padi yang bertempat di Kota Belud perlu dilaksanakan segera. Ia bagi meningkatkan ekonomi para petani dan pada masa sama ia dapat mengurangkan beras import.

khalid said...

Judi..judi jg, tidak kisahlah bagi individu yang suka berjudi. Cuma bagi saya apa yang paling penting ialah laksanakan projek2 yang masih terbengakalai.

khalid said...

Judi hanya akan merosakkan diri dan akan menimbulkan pelbagai masalah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels