6 August 2010

Sedikit mengenai parti Pas

Di bawah ini saya salin sebuah artikel tulisan bernas saudara Anuar Ibrahim berkenaan PAS. Elok rasanya dibaca untuk membuka minda kita semua.

1. PAS ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal. Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

2. Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

3. PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

4. PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

5. Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

6. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

7. PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

8. Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

9. Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

10. Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

11. Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

12. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan menyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

13. PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

14. PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

15. Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

16. Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

15 comments:

ivan medhousky said...

sebaik2nya jangan campur adukkan agama dengan politik, jangan gunakan agama jika tujuannya hanya untuk menang pilihanraya dan jangan sengaja mewujudkan perkaitan antara agama dengan parti politik. jika kita lihat komen2 dari mana2 blog berkenaan dengan PAS, ramai antara mereka yang setuju dengan dakwaan bahawa PAS adalah parti sesat. PAS patut menerima dan menilai maklum balas seperti ini dan berusaha memperbaiki imej parti sendiri.

gunner said...

politik dan agama tak boleh dipisahkan, tp biarlah sistem politik yang dijalankan berpandukan kepada ajaran agama, bukan politk yang membelakangkan agama. bagaimanapun, kita tak ada hak nak mengatakan mana-mana pihak itu sesat, selagi mereka berpegang kepada ajaran agama islam yang sebenar, mereka tidak sesat.

jieah said...

dalam berpolitik rakyat ingin melihat politik yang bersih dan kesediaan pemimpin untuk berbakti kepada rakyat. mana-mana parti politik perlu bersedia menerima sebarang teguran dan perlu berusaha untuk melakukan penambahbaikan.

pacayang said...

tidak perlu menggunakan agama sekiranya hanya untuk mendapat kemenangan dalam PRU. Jangan mengaitkan agama dalam politik, tidak mustahil dalam politik perkra kotor tidak dilakukan. Jadi PAS bukannya agama tapi hanya sebuah parti politik dan jangan sesekali cakap PAS adalah islam dan ISLAM adalah PAS.. Itu tidak benar.

Jonny said...

Agama dan politik tidak patut dicampur. Janganlah melibatkan agama ataupun mengunakan agama sebagai mainan politik.

supra said...

politk yang baik adalah politik yang mengikut landas2 dan dasar agama. bukan politik yang menyalahgunakan konsep agama dalam berpolitik. kita kena faham perkara ini.

karibon said...

Penulis agak beremosi dan tulisan atas seperti melepaskan geram dalam hati.

boY said...

inilah masalah PAS, tidak dapat menerima teguran orang lain. Tapi kalau tegur orang boleh pula. PAS tidak perlu menjadikan agama sebagai senjata untuk berpolitik. Ini memyebabkan perbelahan berlaku.

heyman said...

Rakyat dapat menilai siapa yang lebih sesuai untuk menerajui negara.

adam said...

dalam berpolitik, persaingan sihat perlu diamalkan. setiap parti politik juga perlu bersedia untuk menerima sebarang teguran atau kritikan. pada akhirnya, biarlah rakyat yang memilih siapa yang terbaik untuk memimpin mereka.

Ted Medresher said...

tidak ada parti politik yang benar-benar sempurna walaupun parti itu berdiri berasaskan agama. sebenarnya semua parti menyumbang kepada kebaikan tetapi jentera2 yang ada di dalamnya boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan serta boleh mencemar imej parti itu.

susi said...

Banyak points yang ditulis tidak menunjukn hal sebenar.

viga said...

Politik= Kepentingan.
Ada kepentigan, semua boleh jadi.
Sukar membayangkan DAP dan PAS dapat duduk sebumbung. Hari ini ia terjadi kerana ada kepentingan sama dalam penyatuan ini.

tarap runtuh said...

Sebelum PRU 12, PAS mengalami transformasi besar demi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Dan perubahan ini nampak hasil dalam pRU 12.
Kaum bukan Islam turut memberi sokonan terhadap PAS.

leon said...

Penulis memang anti PAS.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels