26 November 2010

ADUN BN Sabah tak mengaku 40% penduduk Sabah miskin

Persidangan DUN Sabah melabuhkan tirainya semalam. Kemungkinan juga sidang DUN semalam adalah persidangan terakhir bagi wakil-wakil rakyat yang dipilih pada tahun 2008.

Pada persidangan dewan kali ini, semua pembantu menteri diberi peluang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepada kementerian masing-masing.

Selama persidangan, apa yang dapat dilihat adalah cukup ketaranya cara percakapan para wakil rakyat terutama dari segi bahasa yang digunakan.

Sungguh malang, walaupun negeri Sabah telah menyertai Malaysia selama 47 tahun dan bahasa Malaysia (melayu) adalah bahasa rasmi, namun penguasaan wakil-wakil rakyat pada bahasa rasmi itu sangat rendah.

Pada persidangan kali ini, semua wakil rakyat pembangkang membawa isu tentang kemiskinan rakyat Sabah seperti mana laporan Bank dunia. Namun, wakil-wakil rakyat Sabah yang mewakili BN semuanya menolak laporan itu.

OKB tidak faham, bagaimana para wakil rakyat BN menolak laporan itu? Bank dunia tiada kepentingan politik. Bank dunia menyediakan laporan sebagai data untuk kegunaa rujukkan. Mereka melaporkan situasi seadanya, tiada tokok tambah.

Sepatutnya para wakil rakyat BN menjadikan laporan itu sebagai penanda aras untuk memajukan dan membangunkan rakyat, bukan mempertikainya.

OKB rasa, para wakil rakyat BN semuanya tahu situasi negeri, namun demi menegakkan benang yang basah dan populariti, maka terpaksa menolak laporan itu. Mereka takut dianggap tidak berkerja selama menjadi wakil rakyat, kerana itu, laporan yang bercorak negatif terhadap kerjaya mereka, sudah tentu mereka menolaknya.

36 comments:

azman said...

tidak kiralah apa pun laporan Bank Dunia. yang penting kerajaan perlu sentiasa berusaha utntuk memajukan penduduk dan negeri ini.

azman said...

usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian ekonomi dan memajukan negeri ini perlu terus dilakukan dengan bersungguh-sungguh. bukan kerjaan saja yang perlu berusaha malah rakyat dan sektor swasta juga perlu berusaha sama.

Hanafis said...

Sekiranya ini berlaku sekali pun, kita mengharapkan perubahan dapat dilakukan untuk negeri ini. Jadikan ini sebagai pembakar semangat membuktikan bahawa Sabah bukan negeri miskin untuk selamanya di Malaysia.

shazla said...

Mungkin ada sebab kenapa ADUN tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Sekiranya kita nampak sekali pun memang kita boleh katakan bahawa Sabah sekarang ini mempunyai perubahan yang ketara berbanding dahulu. Sabah sekarang lebih maju dan kadar kemiskinan juga telah berkurangan.

supra said...

jadikan ini sebagi pembakar semangat kita untuk merubah Sabah kepada negeri yang kaya.

evan medhousky said...

sebelum ini pihak kerajaan ada membuat kenyataan bahawa mereka akan melaksanakan cadangan2 yang telah digariskan dalam Laporan Bank Dunia itu. mungkin hanya segelintir pemimpin yang tidak bersetuju lebih2 lagi setelah isu ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

evan medhousky said...

walau apa jua kenyataan balas dari pemimpin samada menafikan atau tidak, saya harap mereka melakukan tugas mereka dengan memperbanyakkan tindakan pelaksanaan bagi memperbaiki kelemahan serta kekurangan yang sering menjadi bahan pertikaian dikalangan pemimpin2 di negara ini.

onong said...

Mungkin juga sebab kebanyakan laporan yang diterima menunjukkan sebaliknya.

POP said...

Tak Percayalah mereka akan buat begitu. Mungkin salah faham pulak.

akmalina said...

Siapa yang mahu mengaku jika perkara ini tidak benar. ADUN BN sabah memang tahu pembangunan yang berlaku diSabah pasti dapat mengurangkan kadar kemiskinan sekarang. Tapi jika dikatakan PATI yang miskin di Sabah mungkin ini boleh dikatakan satu fakta.

Jason said...

Tidak perlulah BN hendak menafikan laporan Bank Dunia tersebut. Kalau laporan tersebut adalah benar, terima sahaja kenyataan itu. Satu-satunya perkara yang BN boleh buat ia meningkatkan lagi usaha untuk membasmi kemiskinan di Sabah.

Jason said...

Semoga masalah kemiskinan di sabah akan dibasmikan.

mike said...

sudah pasti ini merupakan persidangan terakhir bagi mereka seandainya tiada penyelesaian kepada isu kemiskinan di sabah..

mike said...

tapi kadar kemiskinan di sabah kini telah berkurangan..namun usaha2 sedia ada harus dimantapkan dan ditingkatkan agar dapat memberikan hasil yang sebaiknya.

mike said...

laporan bank dunia, jika termasuk PATI, IMM13 dsbgnya maka laporan tersebut tidak tepat..

mike said...

namun sedihnya terdapat pihak yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik peribadi..

mike said...

apa pun, diharap kadar kemiskinan di sabah akan terus dikurangkan sehingga mencapai matlamat kosong kemiskinan.

maya said...

ADUN BN Sabah memang sukar nak terima kenyataan bahawa penduduk 40% Sabah miskin sebab mereka hanya lihat dalam konteks persekitaran di bandar-bandar tertentu bukannya secara menyeluruh di Sabah. sudah sampai masanya kita berdiri di bumi yang nyata.....kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sebenarnya mencabar para jentera BN untuk lebih bekerja keras membantu rakyat...

maya said...

kepelbagaian ekonomi yang dapat mencipta pelbagai peluang-peluang pekerjaan adalah amat diperlukan oleh Sabah.

maya said...

Sabah mempunyai segala khazanah alam yang terkenal di peringkat dunia tetapi pendapatan tebesar pula berasaskan kepada sumber tanaman monokultur kelapa sawit yang sebenarnya memberi lebih peluang pekerjaan tinggi kepada penduduk asing..so ngakulah memang penduduk Sabah 40% yang miskin!

maya said...

pengayaan bahasa malaysia di kalangan wakil rakyat BN di Sabah tidak boleh dipandang ringan. jangan mengutuk orang yang tidak boleh berbahasa inggeris kerana sebenarnya orang yang tidak boleh berbahasa malaysia di negara Malaysia yang menggunakan bahasa rasmi MELAYU sebenarnya adalah lebih memalukan!

maya said...

bagaimana nak bantu 40% penduduk miskin di Sabah? any idea?

Paquin said...

Ya azman. Itu laporan bank dunia berdasarkan kajian mereka dan tak perlu lagi diperbesarkan. Bg saya yg sepatutnya jadi isu ialah bagaiamana nak majukan penduduk dan negeri Sabah ke arah yg lebih baik lagi...

Paquin said...

Soal negeri Sabah miskin tu terpulang pada yang membuat penilaiian. Bagi saya Saya Sabah kaya juga ba cuma harus ditambahbaik lagi bagi memastikan setiap penduduk di pelusuk Sabah membangun :)

Paquin said...

Tapi saya tak kisah sangat dengan respon para ADUN tu.. S/ada dorang menafikan atau menyokong, yg penting bagi saya dorang tahu apa yang patut dilakukan bg tanggani isu ni.

Paquin said...

Betul Hanafis. Hal ni patut dijadikan pendorong utk pastikan Sabah keluar dari jolokan negeri termiskin.

Paquin said...

Semoga kemiskinan di Sabah berjaya dibasmi sepenuhnya :)

antap said...

kita kena buktikan bahawa Sabah boleh membangun dan menjadi negeri yang kaya.

Jonny said...

Daripada 40% itu, berapa orang adalah rakyat Sabah sebenar? Dan berapa orang adalah warga asing ataupun PATI?

Jonny said...

Ada sesiapa yang mempunyai angka sebenar kemiskinan rakyat Sabah di Sabah? Tanpa mengambil kira warga bukan Sabah/Malaysia.

chimchim said...

Well, I guess he should take the word.ompli

Velove said...

Apa pun, jangan menyangkal apa yan tersurat. Yang penting, inisiatif itu harus ada.

Ezef said...

I guess he is afraid of something else. We need to look at this matter rationally.

wannabe said...

Change for a better tomorrow. Instead of counting our weaknesses, find a way to rectify.

Gopuk said...

untuk membendung masalah kemiskinan kita kena bekerja dengan semangat dan tidak berputus asa dan sentiasa memperbaiki diri.

Gopuk said...

Jangan nafikan, yang penting kita tahu bahawa orang Sabah sudah menuju kepada pembanggunan secara bersama dan juga individu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels