20 November 2010

Apa penyebab lonjakkan penduduk Sabah?

Kadar kelahiran luarbiasa tinggi telah berlaku bagi setiap penduduk Sabah sejak tahun 1970. Sebagai perbandingan kadar kelahiran kebangsaan adalah 2.5 kelahiran bagi setiap 1000 penduduk subur, namun bagi Sabah kadar kelahiran ada 6 kelahiran bagi setiap 1000 penduduk subur.

Pada tahun 1970, jumlah penduduk Sabah sekitar 650 ribu orang, namun kini telah mencecah 3.3 juta dengan pertambahan sebanyak 301% selama 40 tahun.

Benarlah laporan bank dunia bahawa kadar kemiskinan negeri ini cukup tinggi yakni melebihi 40%. Petanda kepada kemskinan adalah kadar kelahiran yang tinggi.

Pihak pembangkang menuding jari kepada pendatang kononnya diberi taraf warganegara, namun bagi OKB, pertambahan penduduk Sabah yang cukup tinggi adalah sumbangan daripada taraf kemiskinan terutama di perkampungan.

OKB tidak mempunyai data tepat mengenai banci penduduk yang mendiami perkampungan, namun pengalaman OKB selama 5 tahun di Indonesia menjalankan penyelidikan pertambahan penduduk, faktor utama yang menyebabkan kadar kelahiran tinggi adalah faktor kemiskinan.

Biasanya pasangan subur yang berumur antara 16-45 tahun mempunyai purata anak 8 orang sepanjang hidupnya. Jika temuan ini diaplikasikan kepada penduduk Sabah, maka benarlah bahawa selama 40 tahun, penduduk Sabah kini adalah 3.3 juta orang.

Tidak dinafikan bahawa ada penduduk luar seperti daripada Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan China menjadi warganegara, namun menurut OKB sumbangan orang luar terhadap pertambahan penduduk ini kurang signifikan.

Melalui Bajet kerajaan negeri Sabah, saban tahun telah mengutamakan untuk menurunkan kadar kemiskinan. Pendekatan bersepadu perlu diterapkan, jangan tertumpu kepada cara lama yakni memberi bantuan ala kadar sebagai pendekatan jangka pendek.

Perekonomian yang rancak, terutama melalui "emerging company" sangat dialu-alukan, kerana bukan sahaja pendapatan negeri bertambah, namun peluang pekerjaan juga akan terbuka luas.

Kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak syarikat yang bersifat GLC sebagai cara membuka peluang kerja dan jalinan untuk mempertingkatkan perekonomian dan pada gilirannya kadar kemiskinan akan terhapus dengan sendirinya.

Teringat sekali semasa kerajaan Berjaya dibawa pimpinan Datuk Harris Salleh-penubuhan SAFODA dan KPD-telah membuka ruang kepada penduduk kampung mendapatkan pendapatan berupa wang tunai berlipat ganda, dibanding sebagai nelayan kecil-kecilan. Akibat penubuhan Safoda, telah banyak rumah-rumah usang yang sebelumnya didiami oleh penduduk di mana Safoda beroperasi telah bertukar kepada rumah "sempurna". Penubuhan GLC seperti Safoda sangat membantu menurunkan kadar kemiskinan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels