5 November 2010

Pengajaran di Batu Sapi

Peratusan pengundian yang rendah: Mereka yang turun mengundi adalah pengundi yang terdedah kepada maklumat. Bagi pengundi tradisi, pilihanraya bukanlah priotiti mereka. Mereka tidak kesah siapa yang mewakili mereka, kerana bagi mereka apa beza pilihanraya ini dengan yang lalu-lalu?.

Kumpulan pengundi: Pengundi yang masih daif atau miskin masih memilih barisan nasional, namun pengundi yang sudah mapan, memilih pembangkang.

Trend Pengundian: Berasaskan kepada jumlah undi yang diperolehi BN adalah hampir sama antara Pru-12 (2008) dan PRK kali ini, demikian juga jumlah pengundi pembangkang, jumlahnya hampir sama.Ini bermakna, sepanjang 2 tahun kawasan itu diwakili BN, belum ada petanda kepada rakyat untuk melakukan "swing" votes. Melalui petanda ini, benarlah kenyataan Najib bahawa BN-Sabah adalah simpanan tetap BN. Kenyataan ini disokong penuh oleh Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Salleh Said. Salleh malah menambah, "sememangnya BN-Sabah adalah Simpanan Tetap BN"

Kesimpulan: Terlalu awal untuk mengatakan bahawa kemenangan BN di Batu Sapi adalah disebabkan transformasi yang di bawah oleh kerajaan pusat, terutama konsep yang diperkenalkan pada April 2009, yakni 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Pada PRK ini juga belum boleh dikatakan bahawa pembaharuan kerajaan Pusat seperti NEM. ETP,GTP,NKRA dan NKEA telah diendorse melalui kemenangan BN, kerana kita tahu sebahagian besar pengundi Batu Sapi masih bergelut dengan kemudahan asas seperti air bersih, bekalan litrik, serta pendapatan yang sangat rendah yang dikhabrakan tidak sampaipun RM2.00 sehari.

20 comments:

Unknown said...

Tahniah kepada BN kerana sekali lagi mereka berjaya menawan Batu Sapi.

Unknown said...

Semoga BN akan menunaikan segala janji2x mereka kepada rakyat.

Leo said...

Nampaknya majoriti pengundi Batu Sapi telah memilih BN. Ini bermaksud BN adalah calon terbaik untuk mereka.

Anonymous said...

BN menang besar dalam Piliharaya batu sapi. kemenangan BN di batu Sapi menunjukkan bahawa rakyat Sabah masih menyokong BN.

azman said...

kemenangan BN menunjukkan penduduk Batu Sapi masih memberikan sokongan kepada BN. Datin Linda perlulah menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Leo said...

"Bagi pengundi tradisi, pilihanraya bukanlah priotiti mereka. Mereka tidak kesah siapa yang mewakili mereka, kerana bagi mereka apa beza pilihanraya ini dengan yang lalu-lalu?."

Ini sungguh mengecewakan untuk mengetahui pengundi tradisi mempunyai sifat tidak peduli. Mereka harus tahu bahawa masa depan batu sapi adalah di tangan mereka. Mereka patut membuat penilaian yang bijak sebelum membuat undian. Apa2x pun, syabas kepada BN kerana berjaya menang dalam pilihan raya kecil ini. Diharapkan Linda akan membuat yang terbaik untuk membangunkan Batu Sapi.

Hosie Masie said...

Tapi apa pun tahniah kepada BN kerana dapat mempertahankan kerusi perlimen Batu Sapi dan pada masa yang sama menawan semua Kerusi perlimen Galas.

Unknown said...

Apapun, keputusan berpihak kpd BN. Harap niat Linda untuk meneruskan kerja2 suaminya itu dilaksanakan.

Anak Sabah said...

Diharapkan BN tidak akan angkuh disebabkan kemenangan kali ini dan PKR juga perlulah terus berusaha lagi.

Anonymous said...

kemenangan BN bukan sahaja disebabkan oleh kelebihan2 yang ada pada sebuah parti pemerintah, malah keberkesanan kempen2 yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen.

Anonymous said...

Pengundi yang masih daif atau miskin masih memilih barisan nasional kerana mereka tahu hanya melalui parti pemerintah nasib mereka akan jauh lebih baik. Datin Linda pasti mengambil kira semua isu atau masalah rakyat yang ditimbulkan dalam PRK ini sebagai tanggungjawab beliau.. tahniah kepada BN..

Nicole said...

Whatever it is, BN already win the seat with flying colour....

Paquin said...

Taniah kepada Datin Linda kerana berjaya mengekalkan kedudukan BN:)

Paquin said...

Sekarang ni masanya BN pula buktikan bahawasanya mereka memang layak menang. Bantulah para penduduk yang memerlukan.

Paquin said...

Jangan kecewakan para pengunsi. Saya yakin mereka mengharapkan yang terbaik hasil daripada kemenangan ini.

Paquin said...

Ya Zol. sama2 lah kita harapka agar BN menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

Paquin said...

Sekarang PRK dah berlalu dan keputusannya pun dah diketahui... Jadi janganlah ada 'cakap-cakap' lagi ya:) Terimalah keputusan ni seadanya.

Unknown said...

Pengajaran buat pembangkang bahawa rakyat tidak mudah terpengaruh.
Kecuali mereka benar-benar menunjukan kebolehan mereka jika diberi peluang mentadbir.

Unknown said...

apakah langkah seterusnya? adakah janji masih diingati? adakah peruntukan akan sampai? adakah......? banyak lagi adakah.

Unknown said...

Keputusan pilihanraya kecil ini membawa pengajaran bukan saja kepada BN juga PR.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels