Jika BN menang di Batu Sapi esok, benarlah dimana ada rakyat daif di situ lah BN masih gagah.
Beberapa kampung di Kota Belud masih lagi seperti keadaan kaum bumiputera Batu Sapi, buktinya Kota Belud adalah kubu kuat BN.
Rupanya pemimpin tahu, bahawa selagi rakyat daif, maka rakyat itu akan terus setia. Mungkin atas sebab itu, rakyat dibiarkan daif dan miskin.
Pemimpin sungguh bangga, kalau ada rakyat saban hari berbaris di rumahnya atau pejabatnya meminta bantuan hanya untuk sambung nyawa. Rupanya fenomena ini menjadi kebanggaan pemimpin.
Kepada rakyat yang serba kekurangan, jangan bermimpi, boleh sampai ke bulan, kerana anda akan dipahat di situ selamanya, agar senantiasa menunggu bantuan ekshan.
Namun, anda masih ada peluang, didik lah anak-anak anda dalam ilmu dan pelajaran, agar suatu hari, di kala pemimpin ini tidak berguna lagi, sekurang-kurangnya anda sempat bersalaman dengannya, ucap terima kasih kerana sudah menjadi manusia tidak dipedulikan lagi, kerana telah kehilangan kuasa. Terlalu ramai pemimpin yang bongkak di masa lalu, di pandang bagaikan anjing kurap oleh generasi kini, kerana di saat ada kuasa,mereka itu hanya tahu memertabat diri sendiri.

24 comments:
Kita fikirkanlah yang terbaik. Sesiapa yang menang pun, kita kenalah memberikan peluang untuk mereka berkhidmat. Dan harap-harap mereka itu ikhlas memperjuangkan hak rakyat.
rakyat mungkin memilih BN kerana mereka rasakan parti inilah yang terbaik untuk mereka.
Rakyat sendiri yang memilih, mestilah kita berharap itulah apa yang terbaik.
jika BN menang, ini bererti hanya BN sahaja yang mampu membantu rakyat yang daif untuk maju.
"Jika Bn menang Batu Sapi: Benar lah selagi ada rakyat daif di situ lah BN masih gagah"
Tanggapan ini sama sekali salah, sedangkan kerajaan sedang meningkatkan usaha untuk membasmi kemiskina teger terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 yang dikeluarkan pada Jumaat, kerajaan meningkatkan usaha untuk terus membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar bandar, kerajaan meneruskan Program Skim Lonjakan Mega yang melibatkan pembangunan tanah bersepadu untuk pertanian, selain mengemaskini pangkalan data e-Kasih untuk mengenal pasti dan membantu golongan miskin.
Harap rakyat dapat menilai perkara sebenar kerana kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan, malah pelbagai program membasmi kemiskinan tegar oleh kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di negeri ini termasuk perladangan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Mini Estet Sejahtera (MESEJ).
Sebab itulah pemimpin kena sentiasa turun padang untuk mengatahui setiap permasalahan rakyat, dan rakyat mesti yakin bahawa BN mampu membuat perubahan dan memastikan rakyat terus mendapat bantuan.
Tidak semestinya sedemikian. Saya tengok Kota belud sekarang kebanyakkan mereka telah maju stapak. Tidak daif sangat pun. Mungkin ini andaian pengarang semata-mata.
Apa pun kita mengharapkan BN harus memberikan perubahan yang lebih dan bukan yang hanya cukup makan. Tapi kalau boleh lebih makan. Biar semua rakyat dapat merasakan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.
Perjuangkanlah hak rakyat, jangan buat rakyat membenci BN. Kita tahu selama ini mungkin kita ada kelemahan dalam parti tapi cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut dengan seboleh yang mungkin. Bantu rakyat dan dengan suara rakyat apa yang mereka perlukan. Janganlah kita hanya pemimpin yang gilakan kuasa tapi tolonglah bantu rakyat. Tanpa rakyat pemimpin tidak akan terpilih.
byk sudah kawasan2 di Sabah kini telah dibangunkan. kerajaan kini telah berusaha membasmi kemiskinan.
Sepatutnya jangan memburukkan mana2 parti, sebaliknya mengemukakan pendapat kepada kerajaan terhadap permasalahan rakyat yang perlu diselesaikan.
Jangan cuba untuk memainkan isu2 yang tidak berkaitan. Jika pilihan rakyat, maka kena terima lagipun undian dilakukan dengan prosedur dan teratur.
biarlah rakyat Batu Sapi menentukan pilihan mereka. jika mereka memilih BN maksudnya mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membantu mereka.
pasti ini akan dijadikan alasan sekiranya BN benar2 menang di Batu Sapi. pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dan terus menyerang kerajaan dengan pelbagai andaian serta tuduhan.
rakyat tidak perlu berdiam diri sekiranya kesusahan mereka sampai ketahap kritikal. desak kerajaan sedia ada untuk memohon bantuan.
Rakyat berhak memilih parti mana yang mereka mahu. Mungkin rakyat masih yakin dengan kebolehan BN untuk memajukan lagi tempat mereka.
sekiranya Datin Linda menjadi pilihan pengundi Batu Sapi, saya harap beliau dapat mengubah realiti ini kearah yang lebih baik..
fikiran penulis terlalu penuh dengan emosi shingga boleh buat tlahan sebgitu rupa. perubahan dan kemajuan dibuat fasa demi fasa. hidup ni realiti bukan fantasi. apa ingat kerajaan BN tu macam doreamon ke. sekelip mata semua boleh jd. jadilah manusia yang tahu erti bersyukur. seburuk2 BN telah banyak yang dilakukan. pemimpin BN juga adalah manusia biasa tidak terlepas buat salah. andai kata calon BN menang di PRK Batu Sapi beri peluang kepada beliau untuk menabur bakti kepada rakyat yg tlh pun memilih. pada ketika saya tulis ini keputusan penuh telah diketahui Alhamdulillah BN menang, dengan 9000 lebih jumlah undi, syukur kpd Allah, terima kasih Ya Allah
BN da menang apa lagi yang nak dikata.. Kemenangan dorang pun atas undian rakyat juga kan. hehehe
Mungkin masih ada yang tak puas hati namun ketepikanlah rasa tak puas hati tu. Saya yakin pilihan rakyat adalah yang terbaik utk masa depan yang lebih cerah :)
Apapun sama2 lah kita harapkan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN di BS :)
Sebenarnya, usaha diri sendirilah yang membawa kita keluar daripada kedaifan. Bukan hanya perlu keluar mengundi, dan minta sebuah rumah.
Post a Comment