Saudara Abdul Nadin Haji Sahiddin (Nad) mengembara ke pulauan Riau, Tanjung Pinang semata-mata mencari jejak-jejak Raja Tempasuk. Kenapa demikian, kerana menurut ceritanya Tempasuk, kini Kota Belud adalah kilang pemimpin.
Sesiapa yang berumur 40-an warga Kota Belud, pasti tahu siapa Tun Mustapaha Datu Harun, pasti tahu siapa Tun Said Keruak, pasti tahu siapa Datuk Mohd Nor Mansor,siapa Datuk Salleh Tun Said, Siapa Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Kenapa sebahagian besar kawasan Kota Belud berserta penduduknya masih miskin, malah masih tergolong miskin tegar.
Tanyakan kepada penduduk ini kenapa memilih tempat yang jauh dari pusat pentadbiran? kenapa memilih ceruk-ceruk untuk perkampungan? kenapa memilih bukit bukau untuk didiami?
Masa lampau, kehidupan penduduk bersifat pindah randah. Tujuannya mencari tanah subur untuk diteroka. Bagi yang suka laut, maka pesisir pantai lah jadi tumpuan. Bagi yang suka memburu, maka hutan belantaralah jadi pilihan.
Dalam era komunikasi ini, maka terbeliak mata lah melihat orang-orang yang telah maju melalui kaca-kaca TV. Orang maju telah menyenaraikan keperluan asasnya. Air bersih, tenaga litrik, jalan-jalan yang elok, untuk kenderaan lalu lalang, rumah yang sempurna, tempat membeli belah dan tempat riadah.
Melihat keperluan orang yang telah maju itu, ditambah ilmu pendidikan yang telah dikecapi maka dengan tangkas, penduduk yang terbiasa dengan keadaan asal, mula mengeluh, mula bertanya, kenapa itu semua tiada di kampung ku?
Keperluan asas (air bersih, litrik, jalan raya dan sumber pendapatan) ingin juga dinikamti, namun, penduduk sampai bilapun tidak mungkin dapat mengwujudkannya. Hanya kerjaan yang boleh, kerana kerajaan yang ada wang. Pengadaan keperluan asas semuanya perlu wang, bukan sedikit jumlahnya, tetapi berjuta-juta.
Kerajaan boleh mengadakan itu semua jika perancangan ada. Perancangan dari siapa? tentunya wakil rakyat. Wakil rakyat adalah mata dan telinga kerajaan di kawasan yang dia wakili.Wakil rakyat dibantu oleh aparat kerajaan, seperti pejabat daerah, JKR, jabatan pertanian dan jabatan-jabatan lain.
Wakil rakyat perlu mempergunakan semua agensi kerajaan di kawasannya untuk merancang, menterjemahkan yang dirancang itu menjadi kenyataan. Jika wakil rakyat kurang mempergunakan semua itu, maka hasilnya, apa yang nampak di daerah Kota Belud.
Ramai yang mengatakan daerah Kota Belud miskin, termasuk lah OKB. Kenapa miskin, kerana jika kita melihat kawasan lain, maka apa yang kita perolehi di kawasan lain itu tidak terdapat di Kota Belud. Jika kita biasa tinggal di Kota Kinabalu, maka apabila pulang ke Kota Belud, maka semasa mandi, badan bukan segar, namun terasa gatal dan bau badan terhidu anyir.
Jika di waktu malam, kita tidak biasa lagi memandang kegelapan malam, kerana itu, terasa sekali kekurangan itu.
Di waktu malam di kala tidur, terlalu sukar melelapkan kerana panas, mahu berkipas tiada litrik, mahu minum malam, terpaksa pasang kayu api di dapur kayu, terlalu sukar dan perlu masa.
Melalui keadaan itu lah, bagi orang Kota Belud yang biasa tinggal di bandar akan terasa bahawa Kota Belud terutama di perkampung iranun dan dusun mereka merasa berada di suatu tempat yang belum dijamah oleh pembangunan.
Salah siapa? seperti mukadimah tulisan ini, siapa suruh memilih tinggal di ceruk-ceruk, di mana jin-jin bertandang? Jawapannya, seperti di awal tulisan ini, sifat orang-orang primitif adalah berpindah randah semata-mata untuk mencari kehidupan. Atas sebab itu, taburan penduduk Kota Belud bertaburan.
Allahyaraham Tun Mustapha dan Tun Said dengan kuasa yang ada, walaupun bertapak di Kota Belud sekian lama, namun mereka tidak mampu membangun Kota Belud. Mereka meninggalkan penduduk yang daif dan miskin.
Setelah kepimpinan kedua-dua mantan Ketua Menteri Sabah itu berlalu, maka generasinya menggantikannya. Anak Tun Said, Datuk Salleh beberapa penggal menjadi wakil rakyat Kota Belud, malah sempat menjadi Ketua Menteri selama 18 bulan. Demikian juga satu-satunya wakil rakyat iranun, Tan Sri Pandkiar, pernah menjadi menteri di peringkat negeri dan pusat, pun juga pembangunan Kota Belud masih mandek sehingga kini. Kenapa?
Seperti di awal tulisan ini, wakil rakyat tidak punya wang untuk tujuan pembangunan, yang ada wang adalah kerajaan, kalau ada sense of profit, maka swasta akan terlibat, kerana swasta juga punya wang.
Wang kerajaan akan mengalir jika ada perancangan, paper work yang boleh membawa pulangan kepada si pemberi wang.Pertanyaannya ada paper work kah untuk membangun Kota Belud.
Tahun 1999 ada paper work yang berkaitan dengan jelapang padi. Kerana paper work itu diterjemahkan kepada perancangan, maka akhirnya menjadi kenyataan. Sekiranya banyak paper work seperti jelapang padi itu, sudah tentunya pembangunan Kota Belud semakin rancak.
Paper work hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang ada pengetahuan. Paper work tidak mungkin dihasilkan oleh pemimpin akar umbi yang kurang pengetahuan dan pengalaman yang selamanya mejadi penyokong, dan selamanya menjadi nadi parti politik. Kita saksikan, di peringkat bahagian UMNO Kota Belud, semua berbicara dengan sendirinya.
Pemimpin politik dikelilingi oleh manusia-manusia yang berbicara dengan sendirinya, kerana itu, paper work yang boleh diterjemahkan kepada perancangan tidak mungkin wujud, kerana itu lah Kota Belud senantiasa berada pada tahap sekarang, masih ramai penduduk yang tinggal di rumah gubuk, tanpa air, tanpa lampu.
Pemimpin politik, tidak suka dikelilingi oleh bijak pandai dan berpengatahuan dalam pendidikan, kerana takut, kepintaran mereka tersanggah.
Atas sebab itu lah walaupun Kota Belud adalah kilang pemimpin, namun keadaan penduduknya masih tergolong miskin dan daif. Tetapi ada tapinya, kedaifan dan kemiskinan itu penentu kemenangan parti pemerintah, buktinya yang terbaru adalah PRK Batu Sapi.

21 comments:
pemimpin dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain. pemimpin yang bertanggungjawab dan disukai oleh rakyat akan terus disanjung sebagai pemimpin. pemimpin berusaha untuk membantu rakyat dan pada masa yang sama rakyat juga perlu berusaha membantu diri sendiri.
pemimpin2 di Kota Belud ni sebenarnya terlalu ramai, mereka ni saling bersaing antara satu sama lain sehingga pembangunan penduduk diabaikan. sebagai pemimpin, laksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Memang Kota Belud mempunyai ramai orang yang berbakat. Dari dulu hinggalah sekarang Kota belud masih mampu memberikan pemimpin yang berkebolehan. jika ikut, memang susah untuk meyaingi pemimpin kota belud. Politik dikawasan tersebut sangat kuat berbanding dengan daerah lain di Sabah.
Diharapkan para pemimpin KB akan berusaha membantu rakyat di sana. Janganlah suka bersaing, sepatutnya mereka bersatu dan berjuang bersama untuk kebaikan rakyat dan KB.
Pentingkanlah kebaikan rakyat daripada kebaikan sendiri.
Kebolehan pemimpin di Kota belud memang tidak ada tandingan lagi sejak Tun Musatapha Datu Harun lagi. Tapi peringatan kepada pemimpin tolonglah jangan lupa tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membantu rakyat. Penduduk sendiri masih dalam keadaan serba kekurangan.
Apa pun perkara yang penting tidak boleh dilupakan sebagai seorang pemimpin. Iaitu untuk membantu rakyat. Tapi kita tengok sendiri penduduk Kota Belud. Mungkin masih ada yang dalam kemiskinan tapi tidaklah ramai sangat. Tapi itu tanggungjawab pemimpin juga untuk membantu mereka ini. Jangan abaikan tanggungjawab anda.
Para pemimpin KB harus berusaha membantu rakyat di sana. Daripada bersaing antara satu sama lain, lebih baik pemimpin KB berkerjasama untuk membangunkan KB.
Pemimpin yang lahir adalah lebih baik datang dari golongan rakyat ditempat itu sendiri. Dia akan lebih mengetahui apa yang berlaku dan kekurangan yang memerlukan peruntukan dari kerajaan.
Diharapkan semua pemimpin KB melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kota Belud memang banyak melahirkan pemimpin yang hebat. ianya juga hasil daripada sokongan rakyat. semoga pemimpin dan rakyat Kota Belud dapat memainkan peranan masing-masing agar daerah ini menjadi lebih maju.
jka dilihat mmg ramai pemimpin2 hebat di kota Belud. namun, hingga kini Kota Belud masih lagi mundur, apa guna pemimpin hebat jika kawasan mereka diabaikan.
jika pemimpin2 ini terus mengambil sikap tidak ambil peduli sedang itu adalah kawasan mereka, pilihan raya nanti walau sehebat mana janji2 mereka pasti tetap ditolak oleh rakyat. sepatutnya dengan istilah kilang pemimpin, cukup untuk mengubah realiti Kota Belut jauh lebih baik dari sekarang.
sampai bila pemimpin2 kota belud sanggup menerima kritikan demi kritikan.. untuk apa jadi pemimpin jika tidak mampu melaksanakan tanggungjawab? masalah2 pemimpin seperti ini wajar dipanjangkan ke peringkat pusat dan ambil tindakan segera sebelum rakyat mengambil tindakan untuk tidak menyokong parti pemerintah pada PRU akan datang.
bermaksud wakil rakyat di kota belud tidak menjalankan tugas mereka dengan efisen dan efektif..
wakil rakyat yang tidak sensitif dengan keperluan di kawasan yang diwakilinya harus ditolak...minta tukar dengan calon yang dirasakan lebih bertanggungjawab..alasan sibuk adalah tidak munasabah kerana kawasan lain membangun, mengapa tidak kota belud?
adalah sesuatu yang amat memalukan dengan kota belud sebagai tempat lahirnya ramai pemimpin2 sabah yang bergelar menteri di persekutuan dan negeri namun kota belud kekal mundur..apakah pemimpin dan wakil rakyat di KB ini buta dan pekak?
jika diamati, mereka (pemimpin KB) ini lebih cenderung mementingkan karier politik mereka..rakyat diabaikan..jika benar wakil rakyat ini betul2 bertanggungjawab, mengapa KB masih mundur? boleh dikatakan langsung tiada perubahan yang ketara dalam konteks pembangunan di KB..demikian juga dengan kawasan2 lain di pedalaman sabah..dimanakah pembangunan yang dijanjikan?
PM sebelum ini berkata akan melakukan lawatan ke setiap negeri bagi menilai sejauh mana keberkesanan pucuk kepimpinan negeri membangunkan negeri masing2..beliau juga berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk merombak kerajaan dan menyingkirkan mereka yang tidak 'perform'..diharap PM akan dapat melakukan transformasi kerajaan sesuai dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..
diharap wakil2 rakyat tidak hanya mementingkan perut politik sendiri..rakyat harus diutamakan..saranan TPM agar wakil2 rakyat harus turun padang sekerap mungkin harus dipraktikkan..turun padang dengan membawa penyelesaian dan bukan setakat melihat dan mendengat namun tiada tindakan..diharap PM akan tegas mengambil tindakan kepada mana2 wakil rakyat yang tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik kerana mereka inilah yang akan menjadi duri dalam daging kerajaan dan membahayakan BN pada PRU13 nanti.
Salah satunya adalah Maximus. Tapi tdak kira asal mereka, yang penting dapat pemimpin yang btul2 memperjuangkan hak rakyat.
Salam OKB,
having a lot of leaders doesn't mean that the district will going to experience 'spillover' effect, with development coming to the district in a fast pace...but to blame the leaders alone, in my opinion, is not fair...because there are a lot of responsibility that need to be overseen by these leaders & to give priority to his/her district alone is not fair since there are a number of other district that also need to be concentrated first...
Post a Comment