Tahun 70-an USNO terlalu kuat di Kota Belud. Tiga kawasan DUN dan satu parlimen dikuasai USNO.
Apabila Parti Berjaya ditubuhkan pada tahun 1976, Usno kalah di Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen, hanya Usukan menjadi kubu kuat Usno sehingga Usno dibubarkan pada tahun 1991; dan kini dikuasai oleh UMNO.
Setelah Berjaya ditumbangkan, Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen Kota Belud dikuasai oleh PBS (PBS menumbangkan kerajaan Berjaya pada tahun 1985).
Hanya Tempasuk dan Parlimen Kota Belud berjaya ditawan oleh BN daripada PBS tahun 1994 sementara Kedamaian masih genggaman PBS.
Setelah PBS diterima semula ke pangkuan BN.. Kini semua DUN dan Parlimen dikuasai oleh BN.
Persoalannya siapa kata BN tidak boleh kalah di Kota Belud? Sejarah menunjukkan, bahawa BN boleh kalah.
Persoalannya sekarang, belum ada parti yang boleh menggugat kekuatan BN Kota Belud. PKR, PAS tidak boleh menggugat BN, sebabnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemimpin di peringkat daerah yang boleh dihandalkan. SAPP yang berpersidenkan keturunan cina, walaupun ada peminat di Kota Belud, namun belum ada taji untuk menggugat BN Kota Belud yang ditunjangi UMNO.
Atas sebab kepincangan parti-parti pembangkang ini lah dimanafaatkan oleh para pemimpin utama daerah ini untuk bersifat acuh tak acuh tentang permasalahan rakyat, terutama penyediaan sumber pendapatan, air bersih dan peningkatan infrastruktur.
Para pemimpin utama daerah ini merasa bahawa mereka berada di kedudukan selesa, ertinya, jika bertanding mewakli BN, pasti menang.
Disebabkan merasa selesa, maka keutamaan para pemimpin utama daerah ini adalah kedudukkan dalam parti. Atas sebab itulah, untuk merebut jawatan dalam parti, maka pemimpin tertentu itu menggunakan segala cara untuk menang, terutama mempergunakan kekayaan yang ada pada mereka.
Satu contoh yang logik bahawa pemimpin tertentu mempergunakan parti sebagai tapak berkuasa adalah melalui pemimpin parti yang mengelilingi mereka. Cuba lihat bagaimana latar belakang AJK parti yang menang pada setiap pemilihan. Para AJK ini adalah mereka yang bersifat angguk tanpa boleh membantah. Jika ada Zaid Ibrahim dalam bahagian parti, sudah tentu lain jadinya.
Bukan salah para AJK ini menang, kerana siapapun mahu menang dalam setiap pertandingan, yang salahnya arahan-arahan kepada perwakilan daripada pemimpin tertentu itu, bahawa, si anu si anu perlu menang, si polan si polan jangan diundi, kerana boleh menggugat kestabilan parti.
Akhirnya disebabkan keselesaan, tiada hadangan, maka akhirnya keluhan rakyat yang bagaimana hebatnyapun, pemimpin tetap bersifat acuh tak acuh. Giliran kapan BN boleh kalah di Kota Belud, hanya rakyat yang jenuh menentukkannya.

32 comments:
dalam persaingan sebarang kemungkinan boleh berlaku. demikianlah juga keadaannya dalam politik.
pemimpin-pemimpin BN perlu sentiasa menjaga kepentingan rakyat dengan sebaiknya. prestasi setiap pemimpin akan dinilai oleh rakyat dengan sebaiknya.
walaupun tidak ada pemimpin dari pembangkang yang menonjol, itu tidak bermakna BN terus selesa di Kota Belud. jika isu rakyat semakin kritikal, sampai masanya rakyat akan terdesak untuk membuat pilihan..
BN merupakan parti yang selama ini berjasa kepada rakyat. namun, BN tidak boleh leka dan berasa selesa dengan keadaan tersebut. teruskan lah usaha untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kalah dan menang itu memang adat permainan. Tidak mesti orang itu menang akan kekal selamanya. Jadi BN tidak semestinya akan menang selalu sekiranya mereka lalai. Pasti akan kalah juga nanti.
mungkin selepas ini penduduk Kota Belud tidak menjadikan pengalaman seseorang pemimpin sebagai kriteria untuk mereka membuat pilihan. apa yang mereka telah alami dan saksikan realiti yang berlaku di Kota Belud cukup memberikan mereka pengajaran supaya tidak terikat dengan kriteria2 yang sebelum ini menjadi kebiasaan sebelum membuat pilihan.
jika pemimpin Kota belud bersikap acu tak acuh terhadap rakyat, tidak mustahil jika sokongan rakyat beralih kepada pembangkang. pemimoin BN kena tumpukan kepada kebajikan rkyat.
mudah bagi pemimpin mengabaikan kebajikan rakyat bila berada di kedudukan yang selesa, mudah bagi pemimpin turun padang bila sampai waktunya, dan mudah juga bagi pemimpin melaungkan janji politik walaupun ianya hampir mustahil untuk dilaksanakan. sebelum rakyat mempertikaikan kewarasan pemimpin dikemudian hari, bertindaklah secara waras hari ini.
Memang tidak boleh kita jangka siapa yang akan menang. tapi kita masih percaya bahawa BN akan tetap kekal di Kota Belud jika BN melakukan perubahan untuk KB. Tapi jika pemerintahan masih dengan keadaan sekarang mungkin ini akan melemahkan BN di KB.
pemimpin2 atasan wajar memandang serius sikap pemimpin2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif dengan penderitaan serta kebajikan rakyat. jentera2 seperti inilah yang sering mengagalkan usaha2 kerajaan dan sering membawa masalah serta membuka peluang kepada pihak lawan untuk melumpuhkan kubu kuat BN. jika pemimpin2 seperti ini tidak bertindak sesuai dengan tuntutan rakyat, saya harap pemimpin atasan bertindak terhadap mereka.
maka pemimpin di KB harus ditolak jika akan dicalonkan..
oleh itu, jika BN ingin mengekalkan kedudukan mereka di KB maka wakil rakyat yang ada sekarang harus ditukarkan kepada calon yang lebih bertanggungjawab..
walaupun ramai pemimpin berasal dari KB, tiada seorang pun yang benar2 telah membawa perubahan positif di KB..mungkin kerana sikap pemimpin2 tersebut yang angkuh, sombong dan tinggi diri..mereka lupa siapa yang membawa mereka ke kedudukan sekarang iaitu rakyat.
pemimpin kerajaan peringkat negeri dan nasional harus melihat perkara ini secara serius..mana2 wakil rakyat yang bermasalah harus ditukarkan..calon baru harus diletakkan..kerana jika dibiarkan akan menjadi duri dalam daging..
diharap pucuk pimpinan akan melakukan perkara yang sewajarnya selari dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Jangan angkuh! jangan sangka air yang tenang tidak ada buaye!
walaupun BN kuat di Kota Belud, tidak bermakna BN kena berskap sambil lewa terhadap penduduk KB.
penduduk Kota Belud amat mengharapkan pembangunan daripada kerajaan. jgn abaikan mereka.
BN boleh kalah kalau mereka tidak ambil serius dalam kerja mereka sebagai pemimpin.
Setakat ini, prestasi pemimpin BN tidak begitu memuaskan. Oleh itu, mereka tidak harus berasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang.
Diharapkan pemimpin BN di kota belud melaksanakan tanggungjawab mereka. Segala janji2x yang diberikan kepada penduduk KB harus dipenuhi. Buatlah kerja baik2x!
Dalam politik, apa pun boleh terjadi.Oleh itu, baik BN jangan terlalu yakin. Laksanakanlah tanggungjawab kamu sebagai pemimpin. Banyak lagi perubahan yang boleh dibuat terhadap KB.
Tiada apa-apa yang pasti dalam dunia ini. BN perlu berusaha lagi jika mahu kekal releven.
Kemenangan kali ini tidak menjamin kemenangan lain kali. Jadi jangan terlalu yakin, sebaiknya meletakkan 100% usaha dalam perjuangan.
Tiada siapa yang mampu meramal masa depan BN di mana2 tempat. Sesungguhnya rakyat yang berkuasa menentukan hala tuju sesebuah parti itu.
Kenapa Kotra Belud tidak maju-maju kalau BN tidak boleh kalah?
Harap BN tidak leka dengan kejayaan setiap kali pilihanraya. Janji-janji yang ditabur hendaklah dikotakan. Anak-anak muda kini semakin mengambil berat akan politik negara.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apa jua kesudahannya, kita harus terima.
Pemimpin juga ada tanggungjawab, sama seperti seorang tukang sapu. Jadi jika seorang tukang sapu sangat bersungguh-sungguh dalam menjaga kebersihan persekitaran, kenapa tidak pemimpin juga bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya?
No one would be so sure. Is better to say alert.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga dengan parti2 politik yang ingin berjuang bersama rakyat. Bukan semua waktu dapt menang.
A party won't stay too long in a place.
Post a Comment