21 November 2010

Transformasi BN untuk kekal relevan

Ketika pembangkang sedang bergelut dengan krisis kepemimpinan, Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan satu transformasi dalam gabungan 14 parti komponen itu yang mampu mengubah senario politik negara dalam usaha memastikan BN terus relevan sebagai sebuah parti membela nasib rakyat.

Pengumuman keahlian bersekutu atau keahlian secara bergabung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN, membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara selain membuktikan kepada umum bahawa BN adalah sebuah parti untuk semua lapisan masyarakat.

Bagi pemerhati politik, keberanian BN itu harus diterjemahkan sebaik mungkin dan dilaksanakan secara berhemah bagi memastikan kepentingan semua pihak terus terpelihara selain beberapa mekanisme perlu diteliti serta diperkemaskan oleh pucuk pimpinan BN.

BN telah membuka dirinya melalui pembaharuan itu, dengan itu jika dilakukan dengan baik akan mampu menarik lebih ramai sokongan rakyat kepada BN terutama golongan pengundi atas pagar atau tidak berparti.

Selaras dengan perubahan senario politik negara, BN juga harus berubah mengikut peredaran masa dan perlu mempunyai pendekatan terbaik bagi meraih sokongan pengundi, pendekatan dengan tidak meminggirkan golongan atas pagar yang juga sebahagian daripada kekuatan parti itu.

“Ada pihak yang tidak suka parti komponen BN misalnya, namun mereka suka dengan kerajaan. Jadi ini adalah saluran terbaik bagi memastikan golongan ini bersama BN. Perubahan ini juga mampu menjadi landasan kepada BN untuk menarik sokongan rakyat terutama bukan Melayu.

“Bagi saya, tidak nampak orang Melayu akan menyertai BN melalui keahlian cara itu (ahli bersekutu). Bagi orang ‘Melayu asli’ mereka hanya ada dua parti iaitu Umno dan PAS,” katanya.

Selain memastikan sokongan rakyat kepada BN terus meningkat bagi memastikan gabungan 14 parti komponen itu terus relevan, perubahan ini juga dilihat sebagai pendekatan baru BN dengan memperluaskan ruang dan skopnya secara praktikal mula dilaksanakan serta kerjasama yang dijalin selama ini kini diterjemahkan.

Bagi pemerhati politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, langkah itu mampu memastikan sokongan sebahagian ahli parti komponen BN yang “kecewa” terus bersama dengan parti itu dan tidak pula beralih sokongan kepada parti pembangkang.

“Misalnya Makkal Sakthi adalah parti yang mesra BN, namun disekat oleh MIC daripada menjadi ahli tetap BN. Jadi ini adalah cara terbaik untuk memastikan kesemua mereka bersama BN. Oleh itu, BN mampu mengawal penyokong mereka yang kecewa dengan pimpinan parti komponen untuk terus kekal bersama BN.

“Ada pengundi atas pagar tidak suka komponen parti BN, namun suka dengan pendekatan Najib yang mesra rakyat. Populariti Najib meningkat bukan bermakna populariti parti komponen juga meningkat. Jadi pendekatan ini dilihat berkesan bagi mengikat pengundi berkenaan,” katanya.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, berkata kewujudan keahlian bersekutu adalah selaras dengan gagasan 1 Malaysia dan menepis persepsi terhadap politik perkauman.

Katanya, BN kini menjadi satu wadah politik yang sempurna tanpa terikat kepada politik etnik dan perkauman, sebaliknya berubah kepada sebuah parti yang mewakili bangsa Malaysia dalam perjuangannya.

“Selain itu ia boleh dijadikan sebagai mekanisme untuk menyelesaikan masalah perebutan kerusi, misalnya jika ada parti komponen berebut sesuatu kawasan pilihan raya, pucuk pimpinan parti boleh menggantikannya dengan calon tulen BN yang tidak mewakili mana-mana parti komponen,” katanya.

Bagaimanapun beberapa masalah mungkin akan dihadapi BN pada peringkat awal pelaksanaan sistem itu terutama dalam pengagihan kerusi. Pengagihan kerusi secara tradisi masih perlu digunakan BN dalam menentukan calon bertanding dan perlu diubah secara berperingkat selaras dengan perubahan gabungan itu.

Pucuk pimpinan BN juga perlu memberi penjelasan kepada ahli akar umbi parti komponen masing-masing berhubung pelaksanaan sistem itu, kerana ada di kalangan ahlinya yang kurang senang terhadap pelaksanaan sistem berkenaan apatah lagi kuasa veto pimpinan parti komponen juga turut berkurangan.

Selain itu objektif perubahan berkenaan juga perlu dinyatakan dengan jelas supaya ahli parti komponen BN tidak terkeliru dan mekanisme khusus perlu diwujudkan kepada ahli bersekutu mahupun bergabung, supaya mereka jelas terhadap landasan perjuangan untuk bergerak aktif di dalam parti itu.

28 comments:

Mohd Ishak said...

BN mesti berubah mengikuti keperluan semasa supaya kekal relevan.

joey said...

sememangnya tranformasi perlu dilakukan bagi memastikan BN terus relevan dan diterima rakyat.

Hanafis said...

BN buat yang terbaik untuk terus mendapat sokongan dari Rakyat. Jangan biarkan rakyat benci BN.

akmalina said...

Transformasi baru perlu untuk BN supaya terus releven untuk rakyat. BN sememangnya pemimpin yang berkebolehan tapi jangan lupa untuk memberikan yang terbaik.

mandau said...

dgn tranformasi tersebut, BN dilihat lebih releven dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. harap BN akan makin kukuh selepas ini.

Leo said...

Transformasi dalam BN adalah penting bagi kekal relevan untuk rakyat. Diharapkan BN teruskan usaha mereka untuk membantu rakyat.

Leo said...

Tidak lama lagi PRU13, oleh itu, BN haruslah bersiap sedia. Buatlah yang terbaik dan jangan kecewakan rakyat.

mantra said...

tranformasi ini juga adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13 nnti.

madd said...

transformasi yang dibuat adalah bagi memastikan BN terus diterima oleh rakyat. usaha ke arah kekal relevan perlu sentiasa dibuat.

onong said...

Transformasi itu penting untuk meraih sokongan padu rakyat.

maya said...

Rakyat mahukan transfomasi mengikut perubahan semasa.

maya said...

Bagi pemerhati politik, keberanian BN itu harus diterjemahkan sebaik mungkin dan dilaksanakan secara berhemah bagi memastikan kepentingan semua pihak terus terpelihara selain beberapa mekanisme perlu diteliti serta diperkemaskan oleh pucuk pimpinan BN.

Apa yang diperjelaskan oleh pemerhati politik ini harus diberi perhatian oleh semua pemimpin terutamanya BN agar ia lebih relevan.

maya said...

Transfomasi dalam gabungan 14 parti politik ini pasti mampu mangubah senario politik. Sekiranya ia dapat dilakukan dengan baik secara langsung juga ia dapat menarik lebih ramai sokongan rakyat terhadap BN dari pelbagai masyarakat di negeri ini.

mike said...

mungkin langkah ini adalah yang terbaik bagi memastikan BN terus relevan..

mike said...

namun penjelasan yang terperinci harus diberikan kepada semua ahli parti komponen BN berhubung dengan perubahan ini kerana pasti ramai yang tidak memahami konsep sebenarnya..ini adalah penting bagi mengelak sebarang masalah dalaman di masa akan datang..

mike said...

apa pun, perubahan yang dilakukan diharap akan memberikan hasil yang diinginkan..

rebirth said...

pucuk pimpinan BN perlu menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan transformasi tersebut kerana sebelum ini ada pihak yang tidak berpuas hati sebaik sahaja ia diumumkan..

rebirth said...

saya harap pelaksanaannya kelak tidak mengundang sebarang konflik dalaman yang mungkin boleh menjejaskan reputasi dan populariti BN sebagai parti pemerintah.

chimchim said...

Well, BN needs to make a change. It's now or never.

Velove said...

Transformasi menjana ke arah pembangunan rakyat.

lyla said...

PR juga dalam proses transfoormasi terutamanya PKR.
Masalah BN ialah sukar dapat ahli baru dari golongan muda.

makmur said...

Semua parti harus menyusun semula langkah bagi menyesuaikan parti tidak ketinggalan dari perubahan zaman.

makmur said...

Semua parti harus menyusun semula langkah bagi menyesuaikan parti tidak ketinggalan dari perubahan zaman.

mirror said...

BN telah kekal jadi kerajaan lebih dari setengah kurun, tiba masanya bertransformasi besar untuk terus hidup.

umiaida said...

Siapa yang tidak relevan? Lihat apa yang berlaku pada PKR.
Perubahan harus sentiasa dilakukan.
Parti boleh mengekal langkah tetapi perubahan senario luar tidak pernah menunggu sesaat.

shukri said...

Saya berpendapat semua parti politik Malaysia sedang menemui persimpangan untuk berubah.

kilat said...

Tiada parti lain yang mampu mengugat BN buat masa ini tetapi BN tidak pernah melengahkan diri dan terus transformasi utuk menjadi lebih baik.

Antanum said...

Satu usaha yang harus mendapat pujian, tapi selagi ianya belum lagi berjaya, kita kena tunggu dan lihat bagaimana transfomasi ini dapt memberi kesan kepada politik di Malaysia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels