1 March 2012

Pertahan kepimpian Kota Belud

Tidak dinafikan bahawa kepimpinan Kota Belud yang ada, ada kelemahan masa lampau, namun berasaskan proses, maka kelemahan itu sedikit demi sedikit diatasi, diperbaiki, malah dipertingkat.

Pemimpin adalah mediator antara pemerintah dan rakyat. Agressifnya pemimpin, maka agressif jugalah kemajuan rakyat yang diwakilinya.

Akan tetapi, pada permulaan kepimpinan seseorang pemimpin, tidaklah mudah melakukan tindakan agressif, kerana seseorang pemimpin itu, perlu mengukuhkan jalinan antara para pemimpin seperingkat dengannya, malah mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kakitangan awam.

Ambil contoh Tun Dr Mahathir. Mantan PM itu menjadi perdana menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981, tidak termasuk sebagai TPM bermula tahun 1976, dan jawatan2 menteri lain sejak tahun 1973. Demikin juga Datuk Seri Najib bermula tahun 1976. PM sekarang ini pernah menyandang berbagai jawatan termasuk MB pahang, dan kementerian2 lain sebelum menjadi TPM dan kemudian PM.

Para pemimpin Kota Belud, belum ada yang berkhidmat selama para pemimpin yang disebutkan. Namun, ada juga rakyat Kota Belud mempersoalkan kepimpinan mereka, malah ada yang mahukan mereka diganti.

Sebenarnya, pembangunan Kota Belud hanya bermula pada tahun 1994, apabila BN/umno mengambil tampuk pemerintahan. Tahun2 sebelumnya, walaupun diperintah Bn, tetapi komponen BN yang berasas parti tempatan, keculai tahun 1990-hingga awal tahun 1994, diperintah oleh parti pembangkang.

Pembangunan Kota Belud terbantut, kerana sepenuhnya bergantung kepada dana kerajaan. Kota Belud tidak mempunyai sumber asli seperti balak, minyak atau gas. Malah Kota Belud tidak mempunyai tanah luas untuk tujuan perladangan dalam skala besar.

Berasaskan kepada keterhadan itu, maka pembangunan ekonomi Kota Belud tidak selancar kawasan2 lain.

Sejak tahun 1994, pembangunan Kota Belud bermula melalui berbagai projek persekutuan, misalnya pembinaan jalanraya Tuaran-Kota Belud yang dinaik taraf. Kemudian itu disusuli berbagai pembangunan jalanraya melalui kementerian Luar Bandar Persekutuan; dan pada tahun 2010 bermula pemasangan paip air bersih secara besar2an meliputi seluruh kawasan Kota Belud. Dana itu, sudah tentu daripada kerjaan Persekutuan. Menurut MP Kota Belud, air bersih untuk kawasan Kota Belud yang menelan kos RM93 juta akan siap sepenuhnya pengakhir tahun 2012.

Disebabkan keterhad sumber, maka adalah penyebab utama pembangunan Kota Belud agak lambat. Atas sebab itu, kita tidak boleh menyalahkan pemimpin, kerana pemimpin hanya sebagai perantara antara keperluan rakyat dan kerajaan.

Siapapun pemimpin aka wakil rakyat, tidak akan mampu membawa pembangunan, kalau dana untuk pembangunan itu tidak tersedia.

Pembangunan juga sangat tergantung kepada perancangan, perancangan daripada wakil2 rakyat dan dibantu oleh pejabat pegawai daerah dan kemudian oleh kerajaan negeri/persekutuan.

Merancang sesuatu pembangunan tidak semudah apa yang difikirkan. Ianya perlu masa, tenaga, pemikir dan komitmen.

Pengujudan projek Jelapang Padi Kota Belud, misalnya telah memlalui masa yang panjang; bermula tahun 1999 yang melibatkan berbagai agensi termasuk IDS, marditec dan ketekunan pencipta idea itu- Datuk Musbah Haji Jamli.

Kini sedang rancak diperkatakan projek agropoliten, satu pendakatan kepada pembasmian kemiskinan. Projek ini diilihamkan oleh mantan PM Tun Abdullah Badawi, kerana rekod kemisikian pada kawasan2 tertentu termasuk Kota Belud sangat tinggi.

Akibat iktizam kerajaan pusat, maka disalurkanlah dana kepada kerajaan negeri untuk tujuan projek tersebut. Kini, pembangunan projek agropolitan sedang rancak berjalan.

Pembangunan untuk sesuatu kawasan tidak terlepas kepada pemimpin parti politik. Disebabkan kekuatan parti dan sekaligus kekuatan pemimpin, maka mudah bagi kerajaan menyalurkan dana pembangunan untuk rakyat. Atas sebab, parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan, akan berusaha sedaya upaya pemimpin parti itu merancang dan membawa kemajuan untuk rakyat, agar penyokong serta rakyat mendapat pulangan yang setimpal atas sokongan padu mereka.

Kota Belud sebenarnya mempunyai pasukan yang kuat baik daripada pemimpin politik mahu pemimpin yang ada dalam kerajaan.

Umno misalnya diketuai oleh mantan Ketua Menteri Sabah, DSP Salleh Tun Said. Sementara pemimpin dalam kerajaan pula terdiri daripada Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim, sementara di pihak komponen BN-Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Selain itu, di peringkat nasional ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Rahman Dahalan. Kota Belud sebenarnya mempunyai kekutannya sendiri dalam soal kepimpinan politik dan kerajaan, sayang Tuhan hanya mencipta tanah, gunung/bukit dan lautan serta sungai, tanpa sumber harta karun yang boleh mempercepat pembangunan.

Bagi penulis, siapapun pemimpin yang bercita2 menjadi pemimpin Kota Belud akan berhadapan dengan proses yang sama sepertimana disebutkan diawal tulisan ini. Tiada jalan cepat/mudah untuk mengadakan pembangunan, jika jalinan di semua peringkat masih tersekat.

Kepada individu2 yang cuba mahu menggantikan para pemimpin Kota Belud yang sedia ada, tanya diri sendiri, apakah jalinan atau net working yang telah teredia? atau masih terkial2 mencari.

Demikian juga kepada rakyat, rakyat akan rugi mengetengahkan "pemimpin" yang hanya tahu kawasan dapur rumahnya. Oleh itu, janganlah terpengaruh kepada para pemimpin ini, baik "pemimpin" daripada pihak lawan mahupun separti dengan kita.

Bagi penulis, para pemimpin Kota Belud yang ada mesti dipertahankan, demi kelangsungan pembangunan yang dirancang baik pembangunan fizikal mahupun politik.Fikir2kan lah.

15 comments:

Green Sabah said...

Whatever weaknesses there is, we can slowly overcome it by taking one step at a time. Hopefully Kota Belud can improve with time.

Green Sabah said...

A strong party together with a good leader can help bring developments to an area. Its true there is no short cut in development, everything must take time. The Great Wall of China is not build in a day.

musram rakunman said...

Thank You Green Sabah. You had been a good supporter of this blog and giving a very good comments for other readers to digest.

Keep commenting.

rebirth said...

setelah difikir2kan, baik kekalkan saja pemimpin sedia ada sebagaimana yang disarankan oleh penulis. ini kerana mereka telah mempunyai perancangan sendiri bagaimana memajukan sesebuah kawasan yang serba-serbi kekurangan.. malah segala perancangan yang sedang berjalan hari ini akan terbantut dan terbengkalai sekiranya berlaku pertukaran pemimpin..

Paquin said...

Ya betul Green Sabah. Setiap kekurangan haruslah diperbaiki demi kebaikan penduduk di KB.

Paquin said...

KB pasti akan bertambah baik sekiranya seseorang pemimpin itu tekun dalam menjalankan amanah/tangungjawabnya terhadap penduduk di sana.Harap KB akan dapat perhatian yang lebih serius daripada pihak2 berkenaan.

Smookiekins said...

Lebih baik utamakan rakyat Sabah. Setiap pemerintahan ada kelemahan dan harus diperbaiki.

Batresiah said...

Setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan masa yang tertentu. Tidak ada cara yang mudah untuk terus maju. Maka kita harus faham akan perkara ini.

ferlo said...

Kota Belud mempunyai pemimpin yang hebat, selagi mereka masih releven tak salah jika mereka dikekalkan.

drako drakonius said...

There are many ways of viewing this matter. These veteran politicians can compared to 18th century Napoleonic La Grande Armée's Old Guards, which were considered the elite division.

drako drakonius said...

In comparison, these seasoned politicians have accumulated any years of experience which can be proven indispensable. Their presence in the community are the backbone or pillar that the common folk can set their aspiration upon.

drako drakonius said...

Looking at the other side of the coin, the BN coalition too need to groom a new generation of political leaders to shoulder the mantle of responsibility as well as to continue the legacy of the coalition and at the same time to ensure that the coalition remain relevant in the hearts and mind of the common people.

drako drakonius said...

To realize this, these veteran politicians can be seen as these political youngings' mentor. Years of political experience can be pass down to them.

drako drakonius said...

End of the day, regardless whether it is the retention of the veteran or the introduction of youngings to the political arena, bottom line is the aspiration and the legacy of the coalition must be maintain can continue.

Boss ku said...

"Siapapun pemimpin aka wakil rakyat, tidak akan mampu membawa pembangunan, kalau dana untuk pembangunan itu tidak tersedia."

Untuk menyalahkan pemimpin 100% adalah tidak adil. Tanpa dana, tiadalah pembangunan. Bila tibanya musim berkempen nanti, kena realistik. Ada calon yang hanya tahu bercakap tanpa ada back up yang konkrit untuk merealisasikannya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels