21 March 2012

Kota Belud akan rugi kalau dapat pemimpin gila projek

Dalam rekod, banyak juga projek2 daripada kerajaan masuk Kota Belud. Namun, secara fizikal, projek2 itu tidak nyata. Kenapa? Sebab kebanyakan projek2 itu bukan projek "besar" tetapi projek yang diistilah "projek politik".

Biasanya projek2 itu akan diperolehi oleh "proksi" pemimpin. Sudah tentu dalam memprolehi projek2 itu, maka "macai-macai" pemimpin ini akan mendapat sokongan padu daripada pemimpin itu, kerana adanya persefahaman "kickback".

Kita lihat di Kota Belud, ramai individu yang berstatus "kontraktor", namun itu hanya status, sebenarnya majoriti mereka adalah alibaba atau berasaskan persen. Mereka ini, adalah peliharaan pemimpin tertentu, dan sudah tentunya berkongsi dengan "pegawai2" di kementerian tertentu atau jabatan2 terentu.

Mereka bukan mempunyai kepakaran, yang ada pada mereka adalah "kejujuran" membayar "rezeki" yang berasal daripada bermodal kertas dan air liur.

Kontraktor2 yang "ada" sebenarnya tidak mempunyai lesenpun, sebaliknya mempergunakan "lesen" kaum cina yang ditukar status untuk merebut kontrak daripada kerajaan.

Disebabkan mereka sebenarnya bukan usahawan, maka pertama bagi mereka, adalah membeli harta untuk tujuan lifestyle. Istilah peniaga money make money, tiada bagi mereka. Mereka sangat tergantung kepada projek yang bermodalkan air liur. Atas sebab itu, apabila wang persen yang diterima daripada projek itu (sudah tentu dibayar oleh kontraktor dan pemilik syarikat sebenar) langsai, mereka membuat permohonan lagi. Disebabkan pemimpin tertentu itu banyak macai, maka antara para macai saling ancam mengancam, sehingga berlaku pergaduhan. Untuk mengelak perakara sebenar berlaku, pemimpin tertentu itu sibuk menyelesaikan perkara ini, sehingga waktu pemimpin itu hanya menyelesaikan masalah2 macai2nya.

Sebenarnya yang kita inginkan daripada pemimpin adalah untuk menyelesai masalah2 rakyat secara menyeluruh, namun bagi pemimpin tertentu itu, masanya hanya tergunakan untuk macai2nya.

Pemimpin tertentu ini, hanya peduli pada macai2nya yang arogant, pemberani melalui adu kekuatan, namun penyokongnya yang menggunakan akal dan minda, biasanya beliau abaikan.

Malah pemimpin tertentu ini "tidak suka" kepada mereka yang mempunyai wawasan, pemikiran yang baik untuk digunakan bagi merancang kemajuan rakyat secara keseluruhan. Biasanya mereka ini akan diketepikan, kerana pemimpin tertentu ini hanya mahu jadi juara kepada mereka yang pak angguk, kepada mereka yang kuat fizikalnya, dan mereka yang mempuyai mulut yang celupar.

Berlainan dengan Musa Aman, Ketua menteri itu memelihara mereka yang mempunyai daya perniagaan yang tinggi, daya berfikir yang tinggi dan menggunakan pendekatan minda dan akal untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah2.

Berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri sekarang ini, sungguh selesa, tiada manusia yang berkeliaran, malah kalaupun ada pengujung adalah mereka yang beretika. Keadaan ini sangat bertolak belakang semasa Tahun 1994-1997. Masa itu, kawasan di mana pejabat ketua menteri terletak bagaikan tamu, dipenuhi berbagai orang dengan berbagai status dan berbagai masalah.

Inilah akibat, apabila rakyat yang berhubung dengan pemimpin untuk meminta bantuan, tidak diberi kail dan diajar memancing, sebaliknya diajar untuk menerima ikan. Apabila ikan habis, maka akan datang lagi, kerana ikan adalah makanan roji rakyat selain nasi.

Sebenarnya tujuan pemimpin tertentu ini adalah agar rakyat senantiasa bergantung padanya. Atas sebab itu, untuk mendapatkan wang untuk dibagikan kepada para penunggu gua ini, maka "projek2" habis disapu; kalau tidak "mana" sumber kewangan pemimpin tertentu ini berpunca? Tak kan harta yang telah dikaut sebelumnya tidak habis-habis? mustahil kan?.

Inilah bahayanya kalau pemimpin tertentu ini diberi peluang...kerana dia hanya akan memberi perkhidmatan kepada segelintir orang, bukan rakyat jelata.

Sebenarnya pemimpin tertentu ini baik secara peribadinya, namun yang merosaknya adalah kaedah politiknya. Karier politiknya ditentukan oleh kuasa wang, bukan atas kepimpinannya. Kalaulah dia ini, tiada wang, penulis yakin, bertanding group7pun diperingkat bahagian tidak akan menang.

Adalah dikhuatiri, kalaulah ditakdirkan pemimpin ini mendapat peluang sekali lagi, dia tidak akan mampu mengurus negeri, kerana masanya habis mengurus orang2nya yang itu-itu juga. Sejak dahulu kala, orang yang disekelilingnya yang itu-itu juga, kerana dia tidak sanggup membuang orang2 ini, kerana mempunyai mulut yang lebih teruk daripada mulut murai. Selain itu, orang2 ini berani mengguna tenaga fizikal bagi meneggakkan sesuatu atau jika menginginkan sesuatu.

Kalaupun ada orang2nya yang tidak aktif lagi, kerana dijangkiti sakit tua dan sakit2an. Jika dalam keadaan demikian pemimpin ini sebenarnya sangat bersyukur terlepas daripada genggaman orang2 ini. Atas sebab itu, ada keluhan, bahawa pemimpin ini putus hubungan dengan mereka, apabila mereka ditimpah sakit dan tidak bermaya lagi.Selain itu, disebabkan orang2 itu dianggap tidak berguna lagi,dan tidak mampu lagi digunakan di medan lagak, dan tidak mampu lagi menjadi spinner.

Berfikirlah wahai rakyat Kota Belud, mana yang kita pilih? pemimpin yang mampu memerjuangkan rakyat jelata, atau yang hanya terpaksa berjuang untuk orang tertentu, yang sudah tentu jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Sayang juga kita dengan pemimpin ini, tapi jika dia ingin melangkah lebih jauh, ubahlah kaedah politik dan pendekatan. Penulis yakin, jika dia mengubah pendekatan, dia akan lebih disanjung lagi. Pilihlah penyokong dan pengikut berkualiti, kerana mereka2 ini boleh menjadi peguam dan penepis di medan lagak,melalui hujah2 bernas; Bukan berasaskan adu kekuatan fizikal.

Percayalah, jika pendekatan politik diubah, maka pemimpin ini akan lebih tenang merancang pembangunan rakyat, tanpa terlibat isu remeh. Dan yang paling penting, pemimpin ini tidak akan melibatkan diri lagi dalam mengejar2 projek daripada kerajaan, dan pada gilirannya terlahirlah kontraktor yang geunine dan berkelibar.Jika ini yang berlaku, maka pemimpin itu juga yang disanjung dalam jangka panjang.

Kita perlu mengambil iktibar kepada pemimpin yang bukan lagi berkuasa, namun tetap hidup mewah, kerana dia telah melahirkan kontraktor yang genuine dan tahu membalas budi. Fikir2kan lah

20 comments:

TuhauBam said...

Kota Belud akan maju sekiranya mempunyai pemimpin dari kalangan BN. Pasti rakya pun maju dan terbela.

Hinamori said...

Jangan mudah mempercayai janji2 pembangkang dan jangan terpedaya dengan semua kenyataan yang membuat rakyat keliru. MP dari umnoBN sudah tentu boleh menaikan KB.

Anonymous said...

rakyat perlu bijak dalam memilih pemimpin, pilih pemimpin yang benar2 terbaik dan boleh membela nasib mereka.

thinaj said...

Vote wisely when election comes because waiting for another 4 years for election to come is too long.

Bujang Senang said...

Maka pemimpin yang ada sekarang bukan saja di Kota Belud malahan di seluruh Sabah seharusnya memastikan apa yang diperuntukkan akan diusahakan dengan sebaiknya.

Anonymous said...

Budaya kronisme ini perlu dikawal. Rakyat bukan macam dulu. Maklumat hanya di hujung jari. Pemimpin yang mahukan sokongan rakyat perlu buktikan kemampuan mereka dalam menjalankan amanat dengan cekap dna penuh integriti.

Anonymous said...

Pucuk pimpinan tentu akan meletakkan calon yang sesuai dan layak untuk menjadi wakil rakyat KB. Rakyat pun lebih bijak menilai, siapa yang boleh bawa perubahan dan siapa yang hanya tahu berjanji saja.

evan medhousky said...

entah siapa agaknya yang dimaksudkan oleh penulis.. penduduk kota belud pasti tahu siapa orangnya.. nilailah sebaik mungkin sebelum membuat pilihan.. jika tidak mahu pemimpin itu dikekalkan, adalah lebih baik jika penduduk kota belud sendiri menyuarakan penolakan itu lebih awal..

drako drakonius said...

Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman, said the Barisan Nasional (BN) government under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak always had the people’s best interest at heart in line with the 1Malaysia concept of “People First, Performance Now”.

drako drakonius said...

He said the people should therefore give their undivided support to BN at the 13th general election to ensure the state continued to progress and remained politically stable.

drako drakonius said...

Musa stressed that ever since coming into power, the BN had accomplished a lot particularly in developing the rural areas, which continue to get the government’s attention.

drako drakonius said...

The leadership does not wish to see the people left out of mainstream development and especially those in need and who require assistance, he added.

drako drakonius said...

“I believe the mandate given by the rakyat will not be wasted and in fact it will generate them long-term benefits as a result of the progress and development they get to enjoy.

drako drakonius said...

“We can see proof of this from the assistance rendered to children for their education, for example. This shows that the BN government looks after all aspects of the people’s needs including education which is a priority,” he said.

drako drakonius said...

Musa reminded the people not to be easily taken in by allegations from the opposition to belittle the BN government.

drako drakonius said...

“The people of Sabah know how to appreciate and I believe they will not be taken by these wild and baseless allegations.

drako drakonius said...

The opposition cannot do anything for the state except for making empty promises,” he said.

drako drakonius said...

He was therefore confident that the rakyat would still choose BN at the next election especially based on the increasing support the coalition front has been receiving.

Green Sabah said...

Reduce the political projects and set up more development projects that can benefit the people.

Green Sabah said...

Make sure that only qualified companies can get projects so that they can implement it as agreed in the contract. Do not grant projects to people with no experience relevant to the field.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels