Datuk Salleh
LAUTAN biru, memenuhi dewan kulaih UMS pagi ini apabila lebih 1,500 pengamal media sosial 1Malaysia berkumpul mengikuti konvesyen media 1Malaysia; kalau pun ada yang bukan berbaju biru; adalah mereka yang daripada kumpulan puteri dengan warna tradisi mereka pink.Rata2 yang hadir adalah penyokong totok BN berasaskan kepada gelagat mereka.
Pemudah cara, penceramah mengambarkan yang baik2 sahaja apa kah menyentuh negeri mahupun nasional.
Berasaskan kepada topik yang disampaikan dan cara penceramah menyampaikan, satu kesimpulan, dapat diambil, bahawa pengamal media sosial pro kerajaan, hendaklah menggambarkan yang baik2 dan positif sahaja mengenai kerajaan apabila berkomunikasi di dunia siber.
Speaker DUN Sabah-Datuk Salleh Tun Said, semasa penggulungannya, menekankan bahawa pemerinatahan BN, sejak dahulu telah mengambil kira kepentingan negeri termasuk rakyatnya.
Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno itu, kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kepentingan rakyat Sabah, sebagai bukti, saban tahun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir. Selain itu, jawatan2 penting persekutuan telahpun diisi oleh anak2 tempatan.
Pembangunan UMS merupakan petanda keikhlasan kerajaan persekutuan, apabila universiti itu dibangun sebaik sahaja Umno/BN memerintah Sabah pada tahun 1994.
Pembangunan Koridor Sabah yang meliputi berbagai pembangunan dan mendapat peruntukan penuh daripada kerajaan persekutuan, merupakan usaha kerajaan pusat membela rakyat negeri ini.
Usaha gigih pembangunan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman terus dipertingkatkan, apabila bajet kerajaan negeri terus meningkat, malah bajet tahun 2012, melepasi RM4 bilion.
Kerjasama berpasukan antara pemimpin merupakan kekuatan BN-sabah, atas sebab itu, Sabah dianggap sebagai simpanan tetap BN pada PRU-13 akan datang.
10 comments:
saya percaya rakyat Sabah, mengetahui dan memahami bahawa janji-janji yang dibuat oleh pembangkang adalah janji-janji yang tidak dipenuhi.
the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates
tahun 2012, sabah menerima peruntukan terbesar lebih 4 Billion, peruntukan yang byk ini pasti dapat memacu kepada pembangunan pesat Sabah.
Maka untuk penduduk Sabah supaya tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh mereka.
Media memaikan peranan yang penting buat masa sekarang kerana mudah diperolehi. Maka mudah juga pelbagai isu dan khabar angin diberikan dalam media semasa.
Kalau Sabah memang 'fixed deposit', bolehlah demand lebih. Pandang dari sudut positif. Ada kebarangkalian permintaan pemimpin Sabah diberi perhatian segera dan ini membantu mempercepatkan pembangunan atau bantuan kepada Sabah.
The State government welcomed contributions from social media that could enhance development in Sabah.
Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman said in the kind of advanced society that people are living in today, technology has evolved and developed tremendously.
However, he said, these advances have also been misused by irresponsible parties in exploiting a certain issue for their personal benefits.
yang paling penting sekali ialah, setiap pengamal media sosial perlu sentiasa melaporkan isu2 yang tepat dan bernas, bukannya fitnah atau berat sebelah..
The social media user should always be careful about what they do in cyberspace so that they will not get into trouble with the law.
Use the social media and Internet responsibly.
Post a Comment