19 July 2012

BN Sabah Tumpu Media Sosial Untuk Dekati Rakyat: Rahman

Barisan Nasional (BN) Sabah menumpukan penggunaan media sosial dalam memberi penjelasan kepada rakyat terutama menangani dakyah pemimpin pembangkang.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya menyedari keberkesanan media sosial dalam politik pada masa sekarang dan menjadi saluran yang penting dalam mendekati rakyat.

Sehubungan itu, katanya BN Sabah telah mengambil pendekatan dalam penggunaan media sosial dan merangka program yang sesuai dengan tumpuan memberi penjelasan kepada rakyat.

“Media sosial merupakan landasan penting dalam senario politik pada masa sekarang dan BN Sabah akan memastikan ia tidak ketinggalan untuk menggunakannya,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Jalinan Mesra bersama Pemimpin BN Beluran di sini malam tadi.

Menurut Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, penggunaan media sosial merupakan antara pendekatan yang diambil oleh BN Sabah dalam mendekati rakyat selain melalui program pemimpin turun padang.

Katanya ia juga adalah sebahagian pendekatan yang diambil dalam persiapan BN Sabah menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pendekatan itu akan dilihat semula keberkesanannya dan akan ditambah mengikut kesesuaian termasuk berdasarkan pendekatan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan BN pusat.

5 comments:

mantera said...

penggunana media sosial kini makin meluas, jadi para pemimpin jg harus gunakan ia untuk mendekati rakyat.

Ian Cooper said...

Manfaatkan teknologi yang ada. be up-to-date.

Sanih Alias said...

Tidak salah menumpukan media sosial untuk mendekati rakyat. Tapi sebaiknya fikirkan cara bagaimana untuk membantu rakyat juga perlu diambil perhatian.

Kris Jr said...

Mendekati rakyat ada pelbagai pendekatan, diharap berkesan.

Kris Jr said...

Moga2 segala usaha kerajaan berhasil.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels