9 July 2012

Musbah dan rakyat

Mendengar keluhan rakyat adalah salah satu hobi ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli. Atas sebab minat itulah, program turun padang merupakan aktiviti utama Pembantu Menteri Pertanian negeri itu.

Minat turun padang, anak kelahiran Kg Taun Gusi Kota Belud itu, bukan hanya bermula pada ketika mana beliau menjadi wakil rakyat, akan tetapi minat itu bermula sejak tahun 80-an lagi, semasa beliau berniaga yang berlokasi di kampungnya sendiri, Kampung Taun Gusi.

Kini, selepas menjadi wakil rakyat Tempasuk, mewakili UBN pada tahun 2008 untuk penggal kedua, kerancakan Musbah turun Padang semakin gencar/kerap dan terancang.

Kekerapan turun Padang itu, membolehkan Musbah mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada rakyat/akar umbi, untuk dijadikan masukan/input bagi menggumbal perancangan untuk membangun rakyat yang diwakilinya.

Disebabkan input yang digunapakai untuk merancang pembangunan adalah data primer/asal, maka perancangan yang dibuat sudah tentunya menepati keperluan rakyat.

Projek Jelapang Padi dan Agropolitan serta ternakan selain perancangan pelancongan, merupakan bentuk pembangunan yang diinginkan oleh rakyat Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya.

Kota Belud hanya mempunyai tanah yang landai, bukit bukau, laut dan sungai. Harta kurnian Tuhan selain daripada itu, misalnya kayu kayan atau galian tidak ditemuai di kawasan ini, kecualilah di kawasan ZEE di mana hasil minyak dan gas ditemukan.

Untuk membangun Kota Belud, pemanfataan tanah, laut dan sungai serta bukit bukau merupakan media yang digunakan oleh Musbah bagi membangun rakyat Kota Belud.Pemanfataan media tersebut, agar pada tahun 2020, pendapatan rakyat Kota Belud boleh seimbang dengan pendapatan rakyat negara ini sepertimana target pucuk pimpinan.

9 comments:

Green Sabah said...

Turun padang is the best way for the leader to get closer to the people and listen to their plights. Hope that the leaders will do their best to resolve the people's problems.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Hope that Datuk Haji Musbah Jamli will be re-appointed as candidate during the GE-13 so that he can continue to serve the Tempasuk folks.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

mantera said...

pemimpin haruslah sentiasa turun padang mendekati rakyat dan kenal pasti masalah rakyat.

mantera said...

permasalahan rakyat haruslah diselesaikan. biarlah turun padang membawa manfaat kepada rakyat.

John Winchester said...

Mendengar masalah rakyat dan kerajinan wakil rakyat turun padang amat diperlukan. Cuba la selesaikan masalah rakyat.

John Winchester said...

Tindakan Datuk Musbah pasti mengembirakan hati rakyat

me gusta said...

Pemimpin kena mesra rakyat sebab merekalah yang mengundi dan menyokong pemimpin itu selama ini

Batresiah said...

Dengar dan selesaikan. Itulah yang perlu sebagai seorang pemimpin.

Harryzan Aming said...

memang mantap la Datuk Musbah Jamli ni..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels