14 December 2012

Lajim berpolitik kerana mengejar jawatan

RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.

Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir.

Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut. 

Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan. 

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

Lajim lupa, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang ALLAH reda. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini.

Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi Muhammad SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).

Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam melihat kerakusan inginkan jawatan disebabkan perasaan sukakan kedudukan dan nama hanya akan penyesalan di akhirat dan melemahkan jawatan itu sendiri. Namun dalam masa yang sama, seseorang boleh berusaha mendapatkan jawatan politik jika dia merasakan dia dapat memberikan khidmat yang lebih baik daripada orang lain.

Ini seperti yang al-Quran ceritakan tentang permintaan Nabi Yusuf: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).

Kata Ibn Taimiyyah rh (meninggal 728H): “Nabi Yusuf meminta jawatan kepimpinan untuk kebaikan agama, itu bukan sesuatu yang mencanggahi pergantungan kepada ALLAH, tidak juga termasuk dalam permintaan jawatan yang dilarang” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan)

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) mengulas ayat ini: “..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

50 comments:

John Winchester said...

The proposed formation of a new party by Datuk Seri Panglima Lajim Ukin shows that the former Umno man was not welcomed by the other camp

John Winchester said...

All the while, those in Barisan Nasional thought that Pakatan Rakyat or Parti Keadilan Rakyat had welcomed Lajim with open arms.

If it was indeed with open arms, Lajim would not have ventured into forming a new party. However, he is now on his own, he is no longer in BN, so he can do whatever he wants

John Winchester said...

it was up to the people to interpret the probability of the opposition’s expectation of Lajim was perhaps on the hindside.


John Winchester said...

But it serves as a reminder to all of us, whether in PR or BN, that the people are knowledgeable and well informed and it is certainly very difficult to fool the people.

Sooner or later, they will realise and know which leaders and party to support. Of course flags and all are symbols of support of the day, but ultimately, it is on polling day that matters

John Winchester said...

Lajim should have acted, corrected the wrongs and overcame the weaknesses he found in BN and Umno when he was still a member.

John Winchester said...

If he thought he was supposed to have done something as the people’s representative, then he should have done it when he was still in the coalition. He was a deputy minister and a member of parliament, there were a lot of allocations and he should have focussed on developing his constituency

John Winchester said...

Lajim had left the coalition after having obtained the support from the voters under the BN ticket.

John Winchester said...

It showed that the people wanted a BN candidate to represent them. And now, as the election looms near, Lajim wants to set up a new party. I believe the people should make the assessment whether they need such a leader who is not committed to the actual struggle, which is to meet the people’s needs

John Winchester said...

people appreciate the struggles of the BN since it had not only brought about development but also peace and harmony.

John Winchester said...

Those leaders who left the coalition are disappointed people and they form a new party to destroy the peace that we all enjoy. Of course we all want transformation, not reformation, to help improve the people’s livelihood

CarloS said...

Pembelotan beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai “pembelotan pemimpin berpengaruh” hanya gimik pembangkang untuk “mengaburi mata rakyat”, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin .

CarloS said...

Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

CarloS said...

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar UMNO untuk menyertai Pas, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik UMNO, dan ini merupakan satu cara untuk beliau “kembali berkecimpung dalam politik”.

CarloS said...

“Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

CarloS said...

“Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat,” katanya di sini

CarloS said...

Khairy berkata beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang anti lompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka “menyertai parti lain”

CarloS said...

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan UMNO kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan UMNO tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

CarloS said...

“Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun UMNO sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

CarloS said...

Ditanya tentang perlunya UMNO menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai UMNO bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda UMNO sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

CarloS said...

“Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam UMNO yang mampu memperkuatkan parti,” katanya.

Batresiah said...

Lajim bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

Batresiah said...

Janganlah mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh Lajim itu.

Batresiah said...

Lajim melakukan semua ini kerana ingin menjatuhkan datuk musa. Kerana jika tidak pasti sampai pencen pun dia tidak akan dapat kerusi ketua menteri sabah ini.

Batresiah said...

Tambahan lagi Sokongan kepada Datuk Musa semakin kuat menyebabkan Lajim tidak duduk senang.

Batresiah said...

Mari kita tunggu apa yang akan terjadi kepada Lajim selepas ini. Yang pasti kerusi Ketua Menteri itu bukan milik lajim dan bukan rezeki beliau untuk mendapatnya.

Marimar Pascual said...

Cita-cita Lajim untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.huhu..

Jawatan semata-mata yang diinginkan.

Marimar Pascual said...

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.

Inikah yang diharapkan oleh Lajim??

Marimar Pascual said...

Tentu ramai yang kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Marimar Pascual said...

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Marimar Pascual said...

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Marimar Pascual said...

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Marimar Pascual said...

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Beginilah agaknya nasib yang bakal dihadapi oleh Lajim.

Marimar Pascual said...

Tidaklah mengharap nasib Lajim Ukim seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Marimar Pascual said...

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukin memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

Blackforest said...

Kalau pembangkang menang sekalipun, belum tentu Lajim yang akan berjaya jadi KM.ramai pemimpin lain yang mengintai2 jawatan tu.

Blackforest said...

Ada yang mendakwa Lajim lebih rasuah dari semua pemimpin di Sabah.

jackie said...

Mana-mana pemimpin yang suka lompat parti memang tidak ada pendirian dan tidak boleh di percayai.

jackie said...

Lajim mengharap PKR dapat menbantu beliau mencapai cita-cita mau jadi KM.

jackie said...

Buat apa mau sokong pemimpin yang hanya pentingkan jawatan semata-mata.

mantera said...

Lajim Ukin,telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri,Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

mantera said...

Sebenarnya,jawapan ini adalah jawapan ‘standard’ yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba.

mantera said...

Di mana,secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman,dasar-dasar kerajaan,malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

mantera said...

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik.Sebagaimana lazimnya,orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.

mantera said...

Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.

mantera said...

Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.

mantera said...

kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.Justeru,Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.

mantera said...

Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar,walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.

mantera said...

Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah dan Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.

Teruterubozu said...

Tindakan Lajim sebenarnya hanya memudahkan BN menang di Sabah. kalau betul2 ikhlas, masakan berjuang sendiri dan bukan sertai mana2 parti politik PR??

Teruterubozu said...

Kebelakangan ni banyak sangat khabar yang menyatakan seseorang tu mahu menjadi KM Sabah. rasanya semua pun mau berebut nanti kalau PR menang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels