12 February 2013

PRU-13: Di Sabah Parti mana bakal pemenang?

BARISAN NASIONAL akan berdepan pakatan longgar- PKR-DAP-PAS-APS-PPS kemudian ada STAR dan SAPP.

Bagi pembangkang, sukar menang di peringkat negeri, namun itu bukan tujuan mereka, tujuan parti-parti itu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6-7 kawasan parlimen. 

Inilah julung-julung kalinya, kawasan Parlimen sangat diperlukan, berbanding PRU-PRU lalu. Jika dahulu, seseorang itu dipilih di Peringkat Parlimen, dikatakan kurang menyengat berbanding DUN, atas sebab itu, mereka yang dicalonkan di peringkat Parlimen biasanya mereka yang mempunyai ranking rendah bagi sesebuah parti.

Namun pada kali ini, kawasan Parlimen adalah kawasan rebutan, kerana baik Bn mahupun Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara Putrajaya.

Pada PRU-12 lalu Pakatan berjaya mendapat 82 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang tersedia berbanding Bn 140. Walaupun Bn menang dengan jumlah itu, namun jauh  daripada jumlah kerusinya sebelum PRU itu-yakni 198 daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada PRU-2004.

Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat, sehingga ramai yang mengatakan Bn dilanda Tsunami politik.

Mengingat tsunami politik itu, maka Perdana Menteri melengahkan PRU-13, kerana beliau mengambil iktibar pada kekalahan Usno tahun 1976, PBS pada tahun 1994, dan Bn kehilangan majoriti pada tahun 2008, kerana PRU dipanggil kurang daripada lima tahun.

Badi kurang lima tahun dihindari Najib, atas sebab itu sehingga kini, PRU-13 belum dipanggil lagi, walaupun bila PRU itu berlangsung bukan teka teki lagi.

PRU-13 perlu diadakan setidak-tidaknya sebelum 21 Mac 2013, kerana kalau tidak Kerajaan Negeri Johor hanya akan ditadbirkan secara "caretaker" atas sebab, pada 21 Mac 2013 dengan sendirinya Dun Johor  terbubar.

Pihak pembangkang mengakui untuk menang kawasan Dun Sabah memang sukar dilakukan, namun pembangkang hanya mengharapkan sekurang-kurangnya lebih 5 kerusi Dun  agar supaya suara pembangkang lebih kedengaran.

Pakatan lebih berminat kepada kerusi-kerusi parlimen, kerana mereka buktikan pada PRU-12 lalu, Parlimen Kota Kinabalu mampu mereka menangi walaupun semua DUN dimenangi calon-calon Bn.

Di peringkat negeri Bn tetap akan terus memerintah Sabah, namun tidak pasti berapa banyak kawasan Parlimen akan jatuh pada PRU-13 akan datang.

Di atas kertas, hanya kawasan yang mempunyai ramai pengundi kaum cina seperti Sandakan, Tawau dan kawasan kaum KDM seperti Penampang, Putatan dan Sepanggar yang ada kemungkinan jatuh ke tangan pembangkang. Namun, di antara kawasan itu, Sandakan dan Tawau serta Sepanggar dan Putatan masih boleh dimenangi Bn kerana faktor sokongan penyokong-penyokong Umno.

Melalui senario di atas, pakatan yang beria-ia sangat mendapat kerusi di Sabah mungkin akan berputih mata dan keinginan mereka merampas Putrajaya akan terbantut lagi kerana faktor Sabah. Sememangnya Sabah Simpanan tetap Bn.

73 comments:

unknown said...

This is hard to say.

unknown said...

Bakal pemenang susah nak jangka la.

unknown said...

There are lots of competitors.

unknown said...

Jadi tunggu sajalah.

unknown said...

This is where the heart is.

unknown said...

PRU13 akan menjanjikan saingan sengit.

unknown said...

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

unknown said...

Suara rakyat memang bisa.

unknown said...

Convince the people.

unknown said...

If we believe the government can deliver well then it is.

unknown said...

Kepercayaan harus ada.

Anonymous said...

apa yang pasti, parti2 pembangkang di sabah masih lagi tidak berkompromi mengenai pembahagian kerusi untuk formula 1 lawan 1...

Anonymous said...

ini bermakna sudah pastinya akan berlaku pertandingan lebih daripada 3 penjuru tidak termasuk calon bebas...di mana undi pembangkang akan pecah..

Anonymous said...

berbeza daripada parti pembangkang di sabah, BN sabah pula makin kukuh dan sudah bersiap sedia menghadapi pru13...kelebihan berpihak kepada BN sabah..ditambah lagi dengan usaha2 kerajaan melalui kempen janji ditepati, sudah pasti undi rakyat akan berpihak kepada kerajaan...

Anonymous said...

bagi kawasan parlimen, sabah sebagai kubu kuat BN, tidak mustahil kemenangan seperti pru 2004 dan 2008 akan berulang semula..

Anonymous said...

apa2 pun, sabah bakal penentu siapa yang menerajui kerajaan Malaysia pada pru13 nanti...maka rakyat haruslah memilih dengan bijak...

Paquin said...

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan hanya masa mampu menjawab semua persoalan ini.

Paquin said...

Bagaimanapun penentu kepada kemenangan sesebuah parti adalah rakyat. Jadi kita buatlah keputusan yang terbaik bukan saja utk diri sendiri tetapi juga generasi masa depan.

Paquin said...

Kita hanya mampu meramal tetapi pengundilah yang akan putuskan ramalan itu jadi kenyataan atau sebaliknya.

Paquin said...

Semua parti pasti akan cuba memenagi hati rakyat. Itu tidak salah cuma saya harapkan persaingan yang berlaku biarlah dalam keadaan tenang.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Siapapun yang menang pasti itu adalah pilihan rakyat sebab rakyat juga yang undi kan:)

atasagar said...

semoga BN kekal menjadi pilihan ramai ...

atasagar said...

"Di peringkat negeri BN tetap akan terus memerintah Sabah.."
semoga ianya kekal...

atasagar said...

It seems more people are satisfied with the BN compared to others.

atasagar said...

tru...we have experienced great change in Sabah in the past few years.

atasagar said...

Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang.

CarloS said...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditukar hanya kerana desakan, tohmahan dan fitnah pembangkang dan pihak tertentu yang sentiasa memburuk-burukkan kerajaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

CarloS said...

“Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.

CarloS said...

“Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.

CarloS said...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengariskan beberapa faktor dan kelebihan yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan yang memihak parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka amat mencabar.

CarloS said...

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kelebihan yang dilihat menyebelahi BN, berbanding 2008 itu, adalah apabila rakyat terus menerus memberi sokongan kepada BN selepas kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh yang memberi faedah kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

CarloS said...

Beliau berkata inisiatif dan pendekatan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfokuskan usaha membela nasib rakyat amat serasi diterima dan diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar baru dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), transformasi politik serta tranformasi luar bandar.

CarloS said...

Beliau berkata usaha itu turut disokong menerusi soal perpaduan kaum yang menjadi teras pembangunan nasional negara yang sentiasa diperkukuhkan malahan tiada perpecahan berlaku walau pun terdapat usaha pihak tertentu merosakkan semangat perpaduan kaum.

CarloS said...

Beliau berkata situasi turut jelas positif di mana tiada masalah dalaman antara parti komponen BN yang tidak dapat diatasi dan diselesaikan secara baik.

CarloS said...

Antara faktor selebihnya, Muhyiddin berkata pencapaian luar biasa kedudukan ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus menerusi program GTP dan peningkatan hasil pelaburan domestik dan antarabangsa.

CarloS said...

Katanya, jumlah pelaburan dalam negara lebih besar dan kukuh berdasarkan perkembangan pelaburan domestik dan antarabangsa selain pendapatan perkapita negara meningkat kepada US$9,700 berbanding USS$7,500 pada dua tahun lepas.

CarloS said...

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata kedudukan BN yang kuat itu harus didorong oleh semangat yang kental bagi kesemua 13 parti komponen BN termasuk parti ‘kerdil’ seperti PBRS yang harus memainkan peranan besar seumpama parti besar lain.

CarloS said...

Muhyiddin turut mengingatkan anggota parti komponen BN agar jangan ‘berperang’ sesama sendiri, sebaliknya membantu menjaga hati pengundi, tidak melakukan sesuatu yang menyentuh kehendak mereka, sentiasa mendengar dan menyelesaikan setiap permasalahan pengundi kawasan mereka.

CarloS said...

Sambil mengakui beliau di samping Najib dan pemimpin negara lain yang mengamalkan sikap turun padang berjumpa rakyat atas faktor kepastian ” kita kekal (sebagai kerajaan) adalah kerana rakyat jelata”.

Anonymous said...

Musa Aman berkata: Tiada tempat bagi kumpulan pembangkang untuk cuba-cuba menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum 13 nanti.

Anonymous said...

Ini katanya, rakyat negeri ini bukan sahaja sudah bijak dan matang berpolitik, tetapi mereka mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Anonymous said...

Beliau berkata: "Rakyat Sabah tidak akan sampai hati terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa pembangunan begitu banyak kepada negeri ini malahan saya yakin sokongan rakyat terus bertambah dari semasa ke semasa."

Anonymous said...

Sehubungan dengan itu, Musa yang juga Pengerusi BN Negeri mengarahkan jentera Pemuda BN khasnya di kawasan Libaran siap siaga dengan memastikan jentera parti sentiasa kukuh bagi menghadapi PRU-13.

Anonymous said...

Menurutnya, ia penting bagi memastikan jentera sentiasa berada dalam keadaan aktif sekali gus tiada masalah apabila berdepan dengan mana-mana parti lawan nanti.

Anonymous said...

Begitu pun, dia berbangga dengan komitmen dan hasil kerja ditunjukkan Pemuda BN Libaran yang sentiasa siap siaga pada setiap masa demi kekuatan parti di semua peringkat akar umbi.

Anonymous said...

"Inilah pemuda yang menjadi benteng pertahanan apabila kita berdepan dengan pihak lawan menjelang pilihan raya. Oleh itu, saya minta pemuda-pemuda BN kerap turun padang bukan saja memperkemas jentera parti tetapi juga untuk menangkis sebarang dakyah mahu pun tohmahan daripada pembangkang.

Anonymous said...

"Pembangkang ini tiada kerja lain asyik bercakap kosong sahaja. Mereka menjanjikan bermacam-macam. Saya berharap, rakyat tidak akan terpedaya. Sebab itu, Pemuda BN perlu juga sentiasa memantau," kata Ketua Menteri.
Justeru, katanya, kerajaan BN akan memastikan golongan belia tidak akan terpinggir dari arus pembangunan perdana.

Anonymous said...

Tambahnya, pelbagai usaha sedang dan telah dilaksanakan demi memastikan belia di negara ini terutamanya Sabah mendapat pembelaan sepenuhnya.

Anonymous said...

Musa menegaskan, gerak gempur Pemuda BN mampu mendekati golongan berkenaan agar terus terbela daripada terpedaya dengan dakyah-dakyah mengelirukan dari pihak tertentu.

John Winchester said...

Pada pertengahan November 2011 yang lepas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah berikrar tidak akan menyertai pilihanraya serentak dengan Pusat sekiranya pembubaran Parlimen dan PRU 13 dilangsungkan sebelum bulan Jun 2012.

John Winchester said...

Selangor lebih rela membubarkan DUN dan melaksanakan pilihanraya secara berasingan, dengan alasan jika PRU 13 dilangsungkan sebelum pembentangan bajet negeri ia akan merugikan rakyat.

John Winchester said...

Kerajaan PAS Kelantan melalui Exco kanannya, Husam Musa sebulan sebelumnya telah mengumumkan Kelantan hanya akan membubarkan DUN Kelantan enam bulan selepas Parlimen dibubarkan.

John Winchester said...

Husam juga menyatakan Kerajaan PAS Kelantan sedang mempertimbangkan untuk meneruskan pemerintahan PAS di Kelantan sehingga penggal berakhir pada Mac 2013.

John Winchester said...

Maka bergentanyanganlah suara-suara sumbang menyokong keputusan Kerajaan PKR Selangor itu termasuklah yang tumpang sekaki menyokong idea tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memanfaatkan alasan paling Islamik kononnya tidak patut Kerajaan Pusat memanggil PRU 13 waktu itu kerana jemaah haji belum balik dari Mekah.

John Winchester said...

Bangang tak bangang Guan Eng, rupanya dia tak ambil tahu yang tika itu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri serta rombongan beliau sedang berada di Mekah menunaikan ibadah haji.

John Winchester said...

Sekadar imbasan semula, dalam tempoh PM mengerjakan haji pada tahun itu, para bloggers PAS pula menyebarkan fitnah kononnya PM enggan bercampur gaul dengan jemaah yang lain berikutan tersiarnya gambar-gambar kawalan keselamatan oleh askar-askar Arab Saudi mengelilingi rombongan PM.

John Winchester said...

Untuk jayakan misi mencalar imej PM, maka mereka bandingkan gambar Presiden Iran Ahmadinejab yang kelihatan seperti tidak dikawal oleh askar Arab Saudi padahal banyak gambar yang lain menunjukkan situasi yang sama seperti Najib dan rombongannya.

John Winchester said...

Pokok pangkalnya ketiga-tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS di atas sepakat tidak akan bubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

John Winchester said...

Dan seperti yang kita maklum dari Oktober 2011 hinggalah Jun 2012, terdapat sekurang-kurangnya 3, 4 tarikh ramalan PRU 13 yang digembar gemburkan oleh pemimpin PR yang lain antaranya November 2011, Mac 2012, April 2012 dan Jun 2012.

John Winchester said...

Bila setiap tarikh ramalan tidak menjadi kenyataan, maka bergentanyangan pula tuduhan dari puak PR mengatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak takut berdepan dengan ‘kebangkitan rakyat’. Puak PR yang sibuk umum tak mahu bubar DUN dengan pelbagai alasan, PM pula yang dituduh bacul. Pelik bin ajaib.

John Winchester said...

Kemudiannya menjelang musim haji 2012, Ketua penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan MB Kelantan telah mengitar semula alasan paling Islamik dari Guan Eng dengan menyebarkan propaganda kononnya PM akan mengadakan PRU 13 ketika jemaah haji berada di Mekah.

mantera said...

peluang BN untuk menang amat tinggi.

Blackforest said...

Antara faktor kemenangan Barisan Nasional dibegeri negeri yang mereka tabdir waktu ini:

- Kecekapan pengurusan dan pentadbiran kerajaan Negeri serta menyelesaikan masaalah rakyat setempat.
- Yang Berhormat menjalankan tugas dengan bijaksana bagi mengatasi pelbagai masaalah rakyat
- "Janji Ditepati" yang diamalkan pentadbiran Barisan Nasional menjadikan rakyat menolak janji palsu pembangkang yang cuba mempengaruhi pengundi.

Blackforest said...

Faktor kemenangan Barisan Nasional dibeberapa negeri yang ditadbir Pakatan PAS,PKR dan DAP waktu ini:

- Tidak cekap dalam mengurus dan mentadbir negeri dari segala aspek termasuk Aspek Ekonomi, sosial dan lain lain.
- Perbalahan pimpinan sesama sendiri akibat perebutan kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi.

Blackforest said...

- yang berhormat tidak cekap dalam mengurus masaalah rakyat setempat sebaliknya lebih kepada berpolitik.
- Janji palsu kempen pilihanraya 2008 belum tertunai dan menjadikan rakyat menolak janji terbaru untuk pilihanraya ke 13 kali ini.

Blackforest said...

Antara faktor faktor lain yang memenangkan Barisan Nasional dengan kemenangan 2/3 pada pilihanraya 2013 ini:


- Tidak ada lagi undi SABOTAJ dari ahli Barisan Nasional sepertimana yang berlaku pada 2008.
- Rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak setelah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Badawi.

Blackforest said...

- Kebajikan rakyat dibandar dan desa terjamin dengan pelbagai inisiatif yang diberikan kerajaan.
- BR1M memainkan peranan penting untuk rakyat menikmati hasil ekonomi negara.

Blackforest said...

- Mahasiswa lebih percaya janji kerajaan berbanding pembangkang dalam isu pinjaman pendidikan dan Biasiswa.
- Harga barang terkawal dan pelbagai subsidi dijelaskan oleh pihak kerajaan memberikan pemahanam jelas buat rakyat akan apa yang diberikan oleh kerajaan.
- Rakyat akan keluar mengundi bagi memastikan Kemakmuran negara kekal terjamin.

Blackforest said...

Golongan mahasiswa di negara ini yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) nanti.

Blackforest said...

Hal ini berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Yayasan Ehwal Siswa (Yes) yang mendapati 63 peratus daripada golongan terbabit yakin BN akan terus diberi mandat oleh rakyat.

Blackforest said...

Pengerusi Yes, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif berkata, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh kalangan mahasiswa yang berasal dari negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Blackforest said...

Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati, 59 peratus mahasiswa dari Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengakui Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin pilihan utama mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Blackforest said...

Seramai 3,000 responden yang terdiri daripada mahasiswa yang mewakili seluruh negeri terlibat dalam kajian tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels