12 February 2015

Pengaruh Dipenjaranya Anwar terhadap Bn Sabah?

SEBENARNYA politik Sabah hanya dipengaruhi oleh sentimen tempatan. Sejak merdeka, perubahan kerajaan berlaku kerana kelibat orang tempatan atau pemimpin tempatan.

Ambil cerita, bagaimana kejatuhan kerjaan Usno tahun 1975. Kejatuhan Usno kerana para pemimpin parti itu, Demikian juga kejatuhan parti berjaya tahun 1985, kerana tindakan para pemimpin parti itu. Kejatuhan PBS tahun 1994, juga kerana perbuatan para pemimpin parti itu.

Sabah kini, diperintah oleh Bn yang ditunjangi Umno. Umno masuk ke Sabah secara rasmi pada 5 September 199, walaupun parti itu dijemput oleh parti Usno pada tahun 1990 sebaik sahaja PBS menikam belakang Bn diambang PRU tahun 1990.

Kini, riak-riak perpecahan dalaman sedang berlaku, terutama dalam Umno. Tahun 2012, seorang pemimpin Umno telah keluar dan menyertai pembangkang. Kini pula dikatakan 8 orang Ketua bahagian Umno tidak sebuluh dengan Pengerusi Umno Sabah Datuk Musa Aman.

Namun tindakan 8 Ketua Bahagian itu, dirasakan tidak berimpak, kerana diketahui lebih awal, bahawa tindakan mereka lebih bersifat peribadi, demi kepentingan peribadi.

Terbukanya informasi maklumat terutama dunia maya mempercepat penyebaran maklumat, mempercepat penjelasan, sebelum sesuatu menjadi kronik.

Tindakan jurucakap kumpulan 8 itu, Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris yang juga MP Sepanggar, melalui media sosial, cepat diantipasi dan dijelaskan kepada rakyat.

Kini, Jumat semacam tiada pilihan, beliau sudah bertindak seperti suara pembangkang, di mana sebelum ini, bukanlah perilakunya.

Sebagai contoh mempersoalkan tindakan polis menahan 14 orang aktivis SSKM, adalah satu tindakan melawan arus. Benarlah kata seorang ADUN UBN, Jumat tiada pilihan lagi, maju kena, mundur kena.

Tindakan Jumat dan 7 orang Ketua Bahagian (walaupun dua orang sudah berpaling tadah) tidak berimpak kepada Umno, kerana rakyat tahu, bahawa jawatan yang mereka dapat atau sandang bukan kerana khrisma kepimpinan mereka, akan tetapi atas nama parti.

Umno mendidik penyokongnya setia kepada parti dan bukan atas nama pemimpin yang mahu menjahanamkan parti. Ambil iktibar kepada Anwar Ibrahim, beliau adalah mantan timbalan presiden Umno, akan tetapi akar umbi parti tidak mengikuti beliau, malah yang menyokong beliau adalah mereka yang sediakala membangkang Umno. Demikian juga kedudukan Lajim Ukin, mereka yang menyokong beliau adalah terdiri daripada mereka yang menentang Bn dan Umno.

Penyokong dan ahli Umno akan senantiasa menyokong pemimpin yang mempertahankan parti, bukan sebaliknya.

Penyokong dan ahli Umno yang sebenar-benarnya, tidak akan terpengaruh tindakan pemimpin yang membawa mereka menghancurkan parti. Tindakan Jumat, tidak akan berimpak kepada parti, demikian juga kembalinya Anwar ke penjara sebenarnya tiada pengaruh apa-apa terhadap Bn Sabah.

Bn Sabah hanya akan goyang, kalau para pemimpin utamanya goyang, selagi kerjasama berpasukan masih wujud, UBN Sabah akan tetap mengulangi kejayaan pada sebarang PRU.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels