ANTARA tiga bentuk kerjasama GRS-BN-PH; BN-PH; GRS-PH, hanya kerjasama GRS-BN-PH membuka peluang pada Parti Warisan, manakala kerjasama yang dua lagi, GRS-PH mempunyai kelebihan kerana sentimen parti tempatan masih mengepalai Kerajaan Negeri dengan sokongan parti nasional.
Di sudut Kerajaan Madani Persekutuan, parti mana pun mengepalai Kerajaan Negeri, tidak memberi kesan, melainkan memperkukuh kestabilan politik dan kerajaan.
Melaksanakan khemah besar menerusi salin & tampal model kerajaan madani, yang diterjamahkan menerusi GRS-BN-PH membuka laluan pada Parti Warisan, dan pendekatan secara halus menyingkirkan GRS sebagai peneraju kerajaan negeri dan pada masa yang sama merealisasikan penoktahan kerelevanan Umno di Sabah.
Kegagalan menelaah maksud “between the line” kerjasama GRS-BN-PH, akan membantutkan HALA TUJU SABAH MAJU JAYA.
Kebimbangan GRS yang terselubung menerusi kerjasama BN-PH akan gagal mempertahankan kerajaan GRS-PH, dengan anggapan, bahawa BN-PH akan lebih dahulu mendapatkan 37/73, dan jikapun GRS besetuju dengan penjajaran politik BN-PH-GRS selepas pilihan raya, GRS bukan mengepalai kerajaan negeri.
Pandangan penulis berbeza. Menerusi kerjasama BN-PH dan GRS-PH, maka GRS-PH dapat mengekalkan kerajaan kerana sentimen parti tempatan kekal mengepalai kerajaan negeri.
Melalui kerjasama BN-PH dan GRS-PH menutup peluang bagi Parti Warisan.
Sentimen rakyat Sabah pada masa ini, Kerajaan Negeri mesti dikepalai parti tempatan dan didokong parti nasional sepertimana keputusan rakyat pada PRN-16 Sabah.
Jika sesiapa yang menelaah secara mendalam keputusan PRN-16, jelas, rakyat Sabah menginginkan kerajaan negeri dikepalai parti tempatan yang disokong parti nasional.