SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.
Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.
DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.
Melihat keadaan semasa, kelihatannya Bn mampu mempertahankan Putrajaya, kalaupun bukan dengan kuasa 2/3 namun menghampirinya. Walaupun demikian, jentera Bn dan pemimpinnya jangan pula merasa selesa, kerana dalam dunia politk semuanya boleh berlaku.
Kini, Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin, kononya Pakatan akan menang 145 kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi. Pemimpin Pakatan telah memipiskan lada pada burung yang sedang terbang.
Di Sabah misalnya, menurut ramalan Nizar, Pakatan akan menang 12 kerusi parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, sedangkan para pemimpin pembangkang di negeri itu sehingga kini masih bertelaga mengenai pebahagian kerusi. Malah pengerusi STAR Sabah dan Presiden SAPP membayangkan akan berlaku pertandingan Open To All pada PRU-13.
Di lain pihak pula, Bn terutama pemimpin Umno sudah melihat bahawa Umno pada PRU-13 akan mampu mencapai kemenagan yang lebih baik berbanding pada PRU-12, malah dua atau tiga pemimpin Umno optimis, bahawa kemenangan pada PRU-2004 semakin hampir didekati.
Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati cahaya matahari; lebih segar.
Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah".
Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.
Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.
Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.
39 comments:
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti termasuk mengenal pasti kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.
ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.
pembangkang sanggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.
pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya tahu pandai berkata-kata dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan pula tidak bekerja.
cara pembangkang berpolitik ini masih ditakuk lama apabila memainkan sesuatu pembangunan yang kerajaan BN sendiri sedangkan laksanakan demi kepentingan rakyat.
“Pembangkang cakap itu ini … macam mereka pula yang pandai.
Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya
Rasanya PR masih jauh untuk menjadi kerajaan persekutuan di negara kita ini.
Jika kita lihat sendiri pun sekarang ini pembankang hanya tahu bercakap kosong tanpa adanya usaha.
Jadi apa yang terbaik adalah supaya rakyat menilai dengan sebaiknya mengenai PR ini untuk mereka. Jangan mudah termakan hasutan dan fitnah yang mereka permainkan.
Pakatan pembangkang telah tersalah perkiraan dalam menjangkakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sehinggakan taktikal mereka dalam politik menjerat diri sendiri, kata Ahli Dewan Undangan Mahkota, Jais Sarday
Katanya, sebelum ini pakatan pembangkang menjangkakan bahawa PRU akan berlangsung pada penghujung tahun 2011 sehinggakan mereka melaksanakan perhimpunan jalanan atas nama Bersih 2.0 pada bulan Julai tahun terbabit namun jangkaan tersebut meleset.
“Kemudiaannya mereka mewujudkan khabar angin PRU akan berlangsung pada pertengahan tahun kemudiannya dan Bersih 3.0 diadakan pada April 2012 namun malangnya ia juga tidak benar dan perhimpunan rakyat bangkit dilaksanakan awal tahun ini atas tujuan untuk wujudkan provokasi menjelang PRU tetapi tidak ada sambutan,” katanya.
Jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang, apabila pakatan pembangkang mencanangkan akan membubarkan DUN negeri yang ditadbir mereka lebih awal maka sebenarnya ia bersifat acah-acah saja sebagai satu lagi provokasi pakatan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).
“Kita lihat di Selangor, sudah berkali-kali Menteri Besarnya memaklumkan akan membubarkan DUN lebih awal tapi sehingga sekarang ia tidak berlaku kerana ternyata mereka sendiri tidak berani bertindak apatah lagi melaksanakan PRU antara Parlimen dan DUN secara berasingan. Ini ditambah lagi dengan konflik dalaman pakatan pembangkang sendiri maka kata-kata bubar DUN awal cuma satu lagi sandiwara mereka.
“Pakatan pembangkang sudah kehabisan modal dalam menyerang kepimpinan BN terutamanya banyak perancangan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri ditunaikan dengan baik dan jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang, jangankan untuk tunaikan janji tapi untuk selesaikan masalah rakyat pun gagal.”
Ujarnya, pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan yang dibuat secara berterusan antaranya pelbagai tohmahan termasuk dalam konspirasi politik kepada kepimpinan tertinggi parti dan ahli keluarganya, memburukkan sistem pertahanan negara dengan kononnya kapal selam yang dibeli rosak, kakitangan polis mencukupi dan terbaru membuat tuduhan kerajaan bankrap.
“Ini semua dilemparkan dengan harapan anggota jentera BN akan terpengaruh dan hilang fokus terhadap agenda parti sedangkan realitinya kita sentiasa melaksanakan amanah parti tanpa mengambil kira berkaitan telatah pakatan pembangkang.
“Mereka mengatakan negara bankrap kerana mahu mempengaruhi pemikiran rakyat apatah lagi dengan pelbagai bantuan dari kerajaan sebagaimana BR1M, KR1M, bantuan persekolahan RM100, bantuan baucer buku dan macam-macam lagi yang telah disalurkan untuk kali kedua.
“Tahun lalu ketika mula-mula bantuan tersebut diberi pakatan pembangkang melemparkan tuduhan kononnya kerajaan beli undi menjelang PRU tapi PRU tidak ada dan bantuan ini diteruskan malah ditambah lagi dengan BL1M, kad siswa 1Malaysia, baucer buku dinaikan RM50 lagi, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi.”
Tegasnya, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak melaksanakan dengan main-main sebagaimana pakatan pembangkang sedangkan amat memalukan apabila pembangkang yang melemparkan tohmahan ini turut menerima dan mengambil bantuan yang disalurkan kerajaan.
“Mereka ini tak tahu malu, kutuk dan fitnah macam-macam kepada kerajaan sedangkan mereka sendiri ambil duit yang disalurkan. Terbukti BN telus dan tidak pilih kasih kerana bantuan diberikan tanpa mengambil kira ideologi dan fahaman politik waima mereka yang mencerca kepimpinan BN sekalipun.
“Sejak pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan tahun lalu hinggalah hari ini, saya tidak pula dengar ada ADUN atau Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang memulangkan wang tersebut kerana pastinya mereka ini ada mempunyai anak-anak bersekolah yang mana turut mendapat RM100 setiap murid. Bermakna mereka juga sebenarnya gembira dengan dasar yang dilaksanakan BN.”
BN masih lagi berupaya untuk mentadbir negara selepas pru13 nanti...rakyat kini sudah sedar akan permainan politik pembangkang yang hanya mengelirukan rakyat dan merugikan rakyat...
di sabah, BN sabah pasti akan menang besar seperti yang dicapai pada pru 2004 dan 2008...ini kerana parti2 pembangkang di sabah masing2 ingin menjadi hero dan tiada kompromi berhubung dengan pembahagian kerusi..sekali pun pembangkang berjaya membentuk formula 1 VS 1, delima besar siapa yang seharusnya menjadi KM akan menjadi igauan pembangkang kerana pasti akan berlaku perebutan kuasa.
ya, jentera Bn dan pemimpinnya janganlah pula merasa selesa, kerana dalam dunia politk semuanya boleh berlaku...
janganlah Pakatan berharap sangat akan menang 145 kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi...belum tentu lagi akan menang...
betul, para pemimpin pembangkang contohsnya di negeri Sabah sehingga kini masih bertelaga mengenai pebahagian kerusi
perselisihan ini adalah disebabkan tamak kuasa...
surely the oppositions will have a hard time to take over
The Deputy Prime Minister said it did not matter that the statement was made by a Malay DAP leader as it still came from someone in the party.
“This is a stupid statement. This Malay leader does not know his place and I am sure the other civil service unions will also be disappointed,” he said
Muhyiddin was commenting on newly-appointed DAP vice-chairman Dr Ariffin S.M. Omar's recent remark that corruption would be wiped out from the public service if it was not monopolised by one race.
Muhyiddin urged civil servants to be well-informed about the government's policies and achievements to counter allegations and provide the right information to the people.
He said that as the general election drew nearer, civil servants, in particular, should not be influenced by such claims aimed at presenting the Barisan Nasional Government in a bad light.
“This is important to prevent the people from getting the wrong information about what the Government had done for the nation.
“The Opposition loves to make such allegations to mislead the people,” he said.
BN pasti akan menjadi pilihan rakyat Sabah. BN byk bawa pembangunan kepada rakyat.
pembangkang tiada peluang di Sabah.
Post a Comment