Musa Aman, Ketua Menteri sabah ke 12 negeri ini. Dilihat sebagai pemimpin paling KKN (Kroni, Korupsi, Nepotisme) di sabah. Bagi mereka yang belum sedar dan belum tahu perwatakannya dalam kepemimpinan, memang melihat beliau sebagai orang hebat. Kenapa? kerana mereka mendapat kepentingan daripadanya. Namun bagi orang yang suka buat kajian, mereka pasti berkata, “dia memang teruklah!”.
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah ke-12
Dengan membawa logo Umno, Musa Aman sering mengatakan umno sebagai parti untuk semua rakyat. Itu bahasa lisannya. Namun secara praktikal, Musa mempergunakan Umno untuk mengikis harta sabah untuk disumbangkan kepada para kroninya.
Tanyalah ke mana perginya harta konsesi Yayasan Sabah? Tanyalah siapa kontraktor-kontraktor pengusaha projek mega di sabah? Tanyalah siapa yang memberikan projek kepada syarikat Benta Wawasan untuk membuat pembalakan milik Yayasan Sabah seluas 306,000 hektar? Tanyalah siapa punya wang 15 juta yang cuba dibawa ke Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil dulu? Dan masih banyak lagi kes Musa Aman membabitkan rasuah.
Malah sudah lebih daripada 20 aduan atau laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai kes-kes Musa Aman ini tetapi sehingga kini pencegah rasuah itu belum ada tindakan lanjut-ada kemungkinan SPRM tidak yakin dengan laporan itu.. kita tidak tahu sebab musababnya.
Pernah juga tahun lalu Musa Aman pergi ke Sook untuk meninjau kilangnya yang ada di daerah ini. Beliau mendarat dengan helicopter di padang SMK Sook. Kehadiran beliau ini disambut oleh satu barisan pelajar sekolah SMK Sook kira-kira pada pukul 9.30 pagi. Ketika itu betul-betul penulis merasakan betapa seorang pemimpin yang bergelar Ketua Menteri sama sekali TIDAK menghargai pelajar kami. Kenapa? kerana seorang pelajar kami pun dia tidak salam atau jebat tangan. Beliau keluar dari helicopter, bersalaman dengan orang-orang kuatnya yang sedang menunggu lalu naik kereta ninja dan terus jalan ikut pintu pagar sekolah. Akhirnya para pelajar kami balik ke kelas masing-masing sambil berkata, “itukah ketua menteri, sombong. salam kami pun tidak. Penat-penat saja kami tunggu dari jam 7.30 lagi”. Kira-kira jam 11.00 pagi beliau masuk lagi ke kawasan sekolah untuk naik helicopter. Ingatkan dia mahu tengok-tengok keadaan sekolah SMK Sook sebelum berangkat balik ke KK. Kirim salam sajalah! Ninja yang dia naiki terus meluru ke tengah padang dan beliau naik helicopter lalu terbang.
Sungguh memalukan! Sikap seorang ketua menteri seperti ini. Langsung tidak layan penduduk. Yang penting dia tengok kilang dia, lepas itu terbang balik tanpa menjenguk walau sesaat pun keadaan sekolah SMK Sook.
Biarlah itu berlalu. Orang sook sudah kenal siapa manusia busuk ini. Sekarang kita lanjutkan dengan melihat kedudukan empayar Musa Aman terhadap negeri sabah ini. Anda pasti kurang tahu, dan mungkin kurang percaya jika saya katakan bahawa negeri sabah ini digenggam oleh Musa Aman dan sanak saudaranya. Jadi boleh dikatakan bahawa sabah ini adalah milik keluarga Musa Aman. Saya akan buktikan kepada anda, bagaimana empayar Musa Aman ini bertapak dan wujud menggenggam sabah sekarang ini.
Perhatikan baik-baik, orang-orang Musa Aman ini, yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Mereka adalah pemegang jawatan penting dalam mana-mana jawatan di beberapa daerah di sabah ini. Beliau sengaja meletakkan kerabat keluarganya ini memegang jawatan penting dalam parti setiap daerah, agar kepentingan beliau untuk menguatkan lagi kedudukannya di sabah terjamin. Perhatikan ini:
1. Musa Aman: Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran;
2. Anifah Aman: Ketua Bahagian Kimanis;
3. Mohd. Arifin Mohd. Arib: Menantu beliau, Naib Ketua Bahagian Kimanis;
4. Yumani Hafis: Anak beliau, Ketua pemuda Bahagian Sipitang;
5. Hasnol Ayub Aman: Anak abangnya, Naib Ketua Umno Penampang juga bekas Pemuda Umno Pusat;Kini Pengarah IDS-Think-Tank Sabah.
6. Johari Ayub Aman: Bendahari Umno Pensiangan, juga wakil G7 ke KL;
7. Anwar Ayub Aman: Anak abangnya, Wakil G7 dan AJK Umno Bahagian Keningau;
8. Yasin Aman: Adik beliau, AJK Umno Bahagian Beaufort;
9. Mohd. Daud Aman: Adik beliau, Wakil G7 dan AJK Umno bahagian Beaufort
Inilah Musa Aman. Kroni family paling gila di sabah. Kalau perlu semua lorong dan jalan di negeri sabah ini harus dipegang oleh keluarganya sahaja. Namun yang menghairankan ialah orang-orang sabah khususnya penyokong BN masih buta tentang perkara ini. Atau memang mereka tahu tetapi sudah disumbat dengan wang dan jasa oleh kroni-kroni Musa ini? Alangkah bodohnya kita jika kita masih mengagungkan dia sebagai pemimpin yang berwibawa sedangkan segala kecurangan beliau terhadap rakyat sabah sudah terang-terangan di depan mata.
Sekarang fikirlah sendiri. Jangan ikut hati saja tanpa berfikir secara objektif dan realistik. Kita sebagai rakyat harus gunakan kekuatan fikiran yang lebih matang, penuh hikmah dan pertimbangan demi kesejahteraan negeri ini.
“Kalau kaya jangan jadi Qorun, kalau berkuasa jangan jadi Firaun” Dipetik disini

28 comments:
Walau apapun pertuduhan atau fitnah yang dilemparkan kepada Musa, selagi Musa belum dihadapkan ke mahkamah dan belum didapati bersalah di mahkamah, Musa adalah pemimpin yang bersih daripada skandal dan terus kekal berwibawa.
tahap rizab kerajaan semasa Datuk Seri Musa mengambil tampuk pemerintahan pada Mac 2003 kini telah menunjukkan tahap yang amat membanggakan. rizab kerajaan negeri telah mencapai RM3.2 bilion sementara rizab Yayasan Sabah mencapai RM1.7 bilion.
mmg berbagai tuduhan diberikan kepada Musa Aman. ini dah menjadi perkara lumrah dalam politik dimana pemimpin sering menjadi Sasaran fitnah dan pertuduhan.
setuju dengan nickko, selagi belum dibuktikan bersalah maka, segala pertuduhan hanyalah khabar angin atau fitnah sahaja.
jika dilihat, Sabah kini makin membangun di bawah pentadbiran musa Aman. yayasan Sabah yg dahulunya hampir bankrap kini semakin kukuh.
pemimpin2 sememangnya mudah diserang. apa sahaja projek yang diberikan kepada kontraktor pasti dikatanya kroni walaupun kontraktor itu didatangkan khas dari planet lain.
nepotisme bukan sesuatu yang luar biasa, ia wujud bukan sahaja dalam institusi kerajaan malah swasta di seluruh dunia. jika individu itu berkelayakan dan mampu memikul tugas yang diberikan, ia sepatutnya tidak menjadi kesalahan melainkan wujud kecurigaan semasa proses pelantikkan.
Anifah Aman kan menteri Hal ehwal luar negeri, Malaysia. jadi tidak salah jika beliau mendapat jawatan di Kimanis Sabah. Betul kan..Lagi pun, Kepercayaan PM itu yang membuat beliau dapat jawatan berkenaan.
SPRM tidak dapat bertindak sesuka hati. Semua hanya cakap mulut saja, tidak ada gunanya. Itu menunjukkan tidak ada bukti mengatakan Datuk Musa bersalah. Saya tidak hairan jika banyak khabar angin keluar. Semua ini adalah cara seseorang untuk menjatuhkan beliau.
Bukti mana??Tidak perlulah berkata-kata jika tidak ada bukti. Kenapa SPRM tidak bertindak??Kerana mereka bukti tidak ada. Maka tidak perlulah memfitnah orang lagi. Apa salah Datuk Musa sehinggakan ada orang berniat jahat mahu menjatuhkan beliau.
Datuk Musa tetap bersabar dan masih mampu tersenyum walaupun banyak fitnah terhadap beliau. Kerana beliau tidak takut, sebab Datuk Musa tidak bersalah.
"Malah sudah lebih daripada 20 aduan atau laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai kes-kes Musa Aman ini tetapi sehingga kini pencegah rasuah itu belum ada tindakan lanjut-ada kemungkinan SPRM tidak yakin dengan laporan itu.. kita tidak tahu sebab musababnya."
SPRM cannot simply arrest a person without an evidence or a solid prove. Next time, make sure to include a solid prove when making a report.
SPRM juge memerlukan bukti yang kukuh sebelum boleh bertindak.
Khabar angin tetap khabar angin kecuali dibuktikan.
hhmm, lain orang lain pandangannya dan saya rasa pandangan blogger ni pun hanyalah pandangan beliau sendiri:)
Saya yakin dari aspek positif banyak juga pembangunan yang berlaku di Sabah. So janganlah kerana artikel sebegini rakyat jauh hati dengan Musa.
Namun semuanya terpulang pada penilaian rakyat sendiri. Saya percaya rakyat tahu apa yang patut dilakukan dan siapa yang terbaik utk jadi pemimpin Sabah.
Hal ni jika perlu, haruslah diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham berterusan. Tapi kalaupun dakwaan ni betul, jangan risau... undi kan di tangan rakyat:) hehe
Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.
semua tuduhan ini hnya untuk memupuk perasaan benci rakyat terhadap Musa Aman. namun, kita jgnlah mudah trpedaya dgn kabar angin seperti ini.
No, he's definitely not like that.
Pernahkah kita terfikir bahawa prasangka akan membawa musibah kepada kita? Kenapa kita harus percayakan cakap org luar?
How about Anwar? Does he a good leader to you?
Konon saja tu.
Rumor, lies and deception.
Musa is the best leader in sabah...no past cm better than him...
if u r cm u also will bring u family member, kroni friedns and so on in your political life. i dont see any mistakes. musa aman so far is the best cm n he deserved Tan Sri.
SPRM is the best anti corruption agency we have in Msia, i dont think they can simply catch musa witout proof. kabar angin sembang kedai kopi boleh la. musa ka siapa2 sahaja cm ada saja org main batu api perkauman. apa plg yg pntg kebajikan rakyat terjaga sehingga kini.
ppl vote for him, bukan dia tiba2 jadi cm dr bukit.
all the best musa aman
Musa is the best
Post a Comment