8 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

UNTUK sampai ke Lahad Datu bagi mereka yang jarang atau untuk pertama kali berkunjung ke Pekan ini, terutama menuju tempat dimana perncerobohan berlaku, sudah tentu dapat menikamti pesisir pantai yang indah dan menarik.

Di tepi pantai itu, pada keadaan cuaca cerah, dengan jelas dapat melihat Pulau Tawi-Tawi yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Filipina, termasuk bangunan-bangunan di  Ibu Kotanya Bongao. Majoriti penduduknya adalah orang Islam dan pekan ini dikatakan sedang pesat membangun. Ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja menggunakan bot laju untuk tiba di Sabah. Itulah gambaran betapa dekatnya kita secara fizikal dengan sempadan Filipina.

Tetapi pada masa yang sama, ada satu dimensi lain kepada jarak yang dekat antara kita dengan wilayah Filipina ini.

Penduduk tempatan misalnya gemar memberitahu orang luar bahawa menjadi lumrah kepada sanak keluarga mereka di Filipina untuk datang berkunjung ke Sabah hanya untuk bermain bola atau bola tampar dan selepas itu naik bot semula dan kembali ke Filipina pada hari yang sama.

Sudah tentulah, ini semua berlaku tanpa perlu melalui proses imigresen terlebih dahulu.

Pengaruh Filipina ke atas masyarakat tertentu di negara kita Sabah sangatlah besar dan kuat sehinggakan pada sesetengah tempat kedai runcit dirujuk sebagai "sari-sari" dalam bahasa Suluk.

Malah jika kita berada di perkampungan nelayan Danggan Tungku, kita boleh melihat dengan jelas Pulau Sibutu yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Tawi-Tawi.

Hakikatnya, pantai yang mengadap Laut Sulu dan kawasan sekitarnya senantiasa menjadi kawasan yang diancam bahaya lanun dan juga puak militan yang menuntut kemerdekaan wilayah Mindanao.

Lanun yang mengganas di kawasan ini khabarnya dilengkapi dengan senjata canggih dan menggunakan bot laju berkuasa tinggi.

Mereka menjadi popular kerana berupaya merompak kapal kontena yang besar dan memiliki sejarah menculik pelancong malah pernah menyerang bandar-badar persisiran pantai di Sabah.

Pada tahun 1996, bandar Semporna pernah diserang oleh segerombolan lanun sebanyak dua kali termasuklah menyerang balai polis menggunakan senjata moden M-16.

Mereka datang dalam kumpulan yang besar antara 10 hingga 20 orang.

Kemudian pada tahun 2000, kumpulan Abu Sayyaf telah melancarkan gerakan menculik 21 orang pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan milik Malaysia.

Lahad Datu pula terletak di daerah Tawau iaitu salah satu bandar besar di timur Sabah.

Bandar ini terletak kurang lebih 400km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa sejam perjalanan dengan pesawat.

Pada 11 Februari lalu, sekumpulan puak Sulu yang bersenjata dari Filipina telah muncul di pekan Lahad Datu lalu 'menawan' Kampung Tanduo. Sejak itu seluruh dunia mengenali di mana terletaknya Lahad Datu.

Serangan ke atas wilayah timur Sabah ini telah turut membuka mata sebahagian besar rakyat Malaysia buat pertama kalinya tentang sejarah dan geografi kawasan ini.

Sebahagian besar daripada kita mungkin belajar untuk mengetahui buat pertama kalinya tentang etnik tertentu yang selama ini kurang dikenali atau didengari.

Misalnya etnik Bajau, Bisaya, Kadazan Dusun, Murut, Dumpas, Irranun, Kwijau, Maragang, Orang Cocos, Orang Sungai, Rungus dan kini sudah tentunya etnik Tausug atau Suluk.

Sebahagian daripada etnik ini telah bermastautin di Sabah sejak era kedatangan masyarakat Cina dari Laut Selatan lagi.

Atas sebab ini jugalah maka kita akan dapati, sebahagian besar daripada penceroboh yang membuat kacau di Sabah kini sangat arif dengan kedudukan geografi dan kawasan sekitar berbanding dengan kita semua.

Dan berdasarkan maklumat inteligensia, kumpulan penceroboh tersebut sangat mendalami kawasan persekitaran mereka mendarat.

Kesimpulannya ialah mereka pernah atau acap kali menziarahi kawasan ini dan mengetahui selok belok persekitarannya.

Dua daripada anggota polis kita diserang hendap dan ditembak mati di kawasan ini manakala enam lagi terbunuh ketika memasuki kawasan rumah air di Semporna yang mana adalah disyaki terdapat penduduk kampung memberi laluan atau perlindungan kepada mereka untuk bersembunyi dan memasang perangkap kepada anggota keselamatan untuk memasuki perangkap itu.

Warga Filipina ini tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mereka menyerang anggota keselamatan kita.

Mereka memenggal kepala dua daripada anggota polis kita dan bertindak kejam sebelum melakukan pembunuhan itu termasuklah mencungkil keluar mata salah seorang daripada anggota polis yang terkorban itu.

Ketaksuban dan kesediaan kumpulan ini untuk mati atas nama perjuangan mereka yang mendorong pasukan keselamatan kita melancarkan serangan habis-habisan.

Insiden terbaru ini hanya memberi satu pengajaran berguna kepada kita semua. Sementara kita mengakui pantai Sabah adalah begitu luas dan besar tetapi realitinya ia mendedahkan Malaysia kepada bahaya ancaman musuh luar.

Jaminan daripada pihak berkuasa bahawa segala-galnya selamat dan terjamin hanya akan bermakna sekiranya langkah konkrit diambil untuk menangani isu ini secara serius.

Mahu tidak mahu negara perlu melabur untuk menjaga keselamatan di sepanjang 4,675km persisiran pantai termasuklah di Zon Ekonomi Eksklusif di luar persisiran pantai kita.

Pencerobohan yang berlaku di Sabah menunjukkan betapa terdedahnya negara kita sekiranya menerima ancaman daripada luar dan kali ini ancaman tersebut datangnya dari sekumpulan pemberontak negara luar yang lengkap dengan latihan dan senjata.

Amatlah membimbangkan jika serangan itu dilakukan oleh pasukan tentera asing.

Kita tidak boleh lagi menganggap mudah bahawa Malaysia adalah bebas daripada sebarang ancaman luar.

Ya benar, negara kita telah dirahmati oleh keamanan dan kestabilan tetapi insiden yang berlaku di Sabah adalah satu amaran yang jelas dan nyata.

26 comments:

Kris Jr said...

Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan. Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

Kris Jr said...

Pemimpin masyarakat pelbagai kaum di daerah Lahad Datu menyokong penuh apa saja usaha kerajaan menghentikan percerobohan kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Febuari lalu. Mereka sependapat tindakan kumpulan itu melampaui batas dan pihak keselamatan wajar mengambil tindakan berkesan bagi menghentikan kemaraan mereka serta mengukuhkan keselamatan negeri ini.

Kris Jr said...

Sudah tiba masanya kebimbangan setiap rakyat Malaysia, terutama Sabah berhubung pencerobohan di Lahad Datu diakhiri dengan tindakan setegas mungkin oleh pihak keselamatan.

Kris Jr said...

Apa pun pilihan diambil, ketegangan ini perlu ditamatkan segera dan mereka yang biadap melanggar kedaulatan Malaysia sehingga gugurnya anggota-anggota keselamatan negara perlu sedar hakikat ini.

Kris Jr said...

masa untuk rundingan dan tolak ansur sudah berakhir dalam menangani situasi kritikal ini, malah rakyat amnya turut mahukan keserabutan ini ditamatkan segera.

Kris Jr said...

Tidak cukup dengan kegawatan yang dihadapi, muncul pula pelbagai khabar angin termasuk kononya ada pembelot membocorkan rahsia pergerakan pihak berkuasa ke pengetahuan lawan. Khabar angin ini dengan pantas dinafikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Kris Jr said...

Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

Kris Jr said...

Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya.

Kris Jr said...

Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

Kris Jr said...

Malaysia tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka dan tindakan Malaysia mesti mengikut protokol ditetapkan.

Kris Jr said...

Pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dipercayai bukan semata-mata untuk menuntut Sabah tetapi lebih kepada tanda protes terhadap perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro tahun lalu.

Blackforest said...

Apa yang berlaku di Lahad Datu memberi sedikit pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.Insiden yang tidak diduga telah meletakkan negara dalam satu situasi sedikit cemas.

Blackforest said...

Bila terjadi insiden ini, negara perlu bijak dan berhati-hati bertindak agar tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh UN atau PBB.

Blackforest said...

Malaysia sentiasa patuh kepada peraturan kecuali negara Barat dan Sekutunya yang sering melanggar convention Geneva.

Blackforest said...

Setakat hari ini tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah betul dan hanya pihak pembangkang sahaja yang pandai-pandai membuat komen dan kritikan bodoh. Ini termasuklah Anwar al-Jub yang jelas tidak tahu dan faham sistem perundangan antara bangsa.

Blackforest said...

Rakyat perlu belajar. Impak kepada pencerobohan ini juga perlu diambil perhatian oleh kakitangan kerajaan yang ditugaskan dipintu masuk negara.

Blackforest said...

Pintu masuk negara kawalannya longgar, rasuah menjadi-jadi, anggota yang bertugas bijak berlakon dihadapan khalayak.Oleh itu lebih banyak risikan perlu dibuat terhadap mereka tangkap mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Blackforest said...

Begitu juga disempadan di Utara Malaysia Timur dan Barat. Tentera bersengkang mata dan menggadai nyawa mereka menjaga sempadan di dalam hutan, mereka yang menjaga dipintu masuk senang-senang sahaja buncit perut.

Blackforest said...

Kepada rakyat juga isu Lahad Datu mengajar kita tentang peri pentingnya keamanan. Lihat hari ini ekonomi penduduk setempat lumpuh.

Blackforest said...

Lihat negara Afrika yang satu ketika dahulu lebih hebat dari kita, kini lumpuh menjadi medan perang, rakyat hidup dalam kelaparan tanpa sumber makanan yang cukup, ubat-ubat tidak cukup, penyakit berjangkit membunuh banyak nyawa.

Blackforest said...

Kita bersyukur kerana mempunyai sistem pemerintahan yang baik. Setiap 5 tahun rakyat diberikan mandat untuk memilih kerajaan.Syukur kerajaan hari ini berjaya menjaga rakyat dengan baik. Kesihatan bertambah baik.

aku baini said...

nyawa rakyat Sabah diambang bahaya jikalau kemasukan militant Sulu ini berterusan tanpa adanya kawalan yang ketat di persisiran pantai Sabah

aku baini said...

penduduk tempatan yang memberi pertolongan dan perlindungan kepada penceroboh-penceroboh ini patut dihukum kerana membahayakan nyawa penduduk yang lain dan juga menjejaskan keamanan negeri

aku baini said...

kawasan-kawasan persisiran pantai yang berhampiran sempadan Filipina seharusnya dikawal ketat 24 jam memandangkan rakyat Filipina seringkali berulang-alik tanpa perlu melalui proses imigresen terlebih dahulu.

aku baini said...

demikian juga adanya pengawalan yang ketat di pantai yang mengadap Laut Sulu dan kawasan sekitarnya yang mana kawasan ini senantiasa menjadi kawasan yang diancam bahaya lanun dan juga puak militan yang menuntut kemerdekaan wilayah Mindanao.

aku baini said...

memang tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada penceroboh yang membuat kacau di Sabah kini sangat arif dengan kedudukan geografi dan kawasan sekitar berbanding dengan kita semua...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels