17 April 2011

Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan: Najib

Perdana menteri berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini.Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan.

Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.

Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.

“Kesudahannya pengundi di Sarawak berfikir secara rasional, bukan secara emosi, bahawasanya masa depan mereka akan hanya terbela dan terjamin dengan sokongan kepada BN, dan parti pembangkang bukan alternatif yang lebih baik.

“Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN,” katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.

Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang itandinginya.

Keputusan PRN Sarawak: DAP perguna PAS dan PKR

Bagi mereka yang menggunakan laman twitter, sangat ketara dan jelas, bagaimana bangganya pemimpin DAP terhadap pencapaian parti mereka semepena PRN Sarawak. Mereka tidak merasa sedihpun atau turut dukaciata atas kekalahan PKR dan PAS kawan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang misalnya mengulang-ulang twitnya 12 out of 15, menggambarkan penghinaan kepada PKR yang hanya menang 3 out of 49; manakala Pas 0 out of 5.

Parti yang mempunyai rekod 100% kemenangan sempena PRN Sarawak ke 10 adalah parti PBB pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud. Parti itu bertanding 35 kerusi dan menang keseluruhannya.

Seharusnya para pemimpin PAS dan PKR telah tahu jauhhari lagi bahawa parti-parti mereka hanya dipergunakan oleh DAP merebut kuasa, jika matalamat itu tercapai, percayalah-DAP akan DUMP mereka. Bukti-sangat ketara para PRN Sarawak, DAP hanya mementingkan parti mereka sendiri.

16 April 2011

Yang kalah dan Yang Menang

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr. George Chan mengucapkan tahniah kepada calon DAP, Ling Sie Kiong selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu diumumkan tewas dengan majoriti 1,590 undi di Dewan Suarah, Miri.

Twitter Azmin Ali- Calon BN Krian DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE Kalah

Perang psiyo-- sebelum undi ditutup, kononnya calon BN daripada SPDP untuk DUN34 Krian DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE kalah dengan majoriti lebih 2,000 kepada calon PKR Ali anak biju. Sejauh mana kebenaran,???

Tiada Satu Kaum Boleh Dapat Semua Yang Dikehendaki - Dr M

MUKAH: Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tiada satu kaum pun boleh mendapat 100 peratus hak mereka dipenuhi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita mesti menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mendapat semua kehendak kita dipenuhi. Kita perlu mengorbankan hak kita untuk menampung permintaan orang lain bagi mewujudkan masyarakat yang aman damai dan stabil untuk memacu pembangunan lebih pesat, maju dan makmur," kata Dr Mahathir semasa berucap dalam satu program "Berambeh Jegem" di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta kira-kira 3,000 orang yang berhimpun di sebuah hotel di sini untuk mendengar ucapan bekas pemimpin utama Malaysia.

Taib akan mempertahankan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 esok.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir bercakap panjang mengenai pentingnya sebuah kerajaan yang kukuh, hebat dan bertanggungjawab untuk mewujudkan peluang perniagaan yang membolehkan orang ramai mendapat pendapatan tetap dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

"Inilah yang dilakukan dan menjadi dasar kerajaan Malaysia di bawah perdana sebelum ini Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, saya sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak supaya berpengetahuan luas dan bijak melaksanakan hak demokratik mereka untuk memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian tersebar luas di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia mengelakkan diri daripada bersikap konfrontasi dan sebaliknya hendaklah bertoleransi dan akomodatif seiring dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju.

Dr Mahathir turut memuji kepimpinan Najib, dan menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, Najib sepatutnya mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, fahaman agama dan kepercayaan. - BERNAMA

PRN Sarawak: Kesan jam omega dan video seks Anwar

Akan dapat lihat kesan jam omega, video sex dan serangan RPK terhadap Anwar Ibrahim pada PRN Sarawak.

Apa kah para pengundi terpengaruh dengan skandal Anwar dalam membuat pengundian? akan dapat dilihat melalui keputusan PRN Sarawak malam ini.

Apa yang jelas, kesan tuduhan dan dakwaan kepada Taib lebih menyerelah sepanjang kempen, sehingga DS Najib -PM pertama yang berkempen sepenuh masa dalam pilihanraya negeri.

15 April 2011

Anwar Elak Dakwaan RPK

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak apabila diajukan persoalan berhubung dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin terutamanya mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

Malah Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memberi alasan tidak mahu rakyat khususnya pengundi di Sarawak hilang fokus mengenai tanggubjawab mereka untuk memilih kepimpinan dan kerajaan negeri yang baru esok.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan di Sarawak supaya fokus kepada pilihan raya dan kepimpinan di Sarawak.

"Bagi mereka peluang kerana lagi sehari rakyat Sarawak nak tentukan pimpinan Sarawak," katanya di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan mengejutkan oleh Raja Petra pada Rabu yang disiarkan TV3 berhubung pengakuannya yang tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Malah menerusi temu bual bahagian kedua, Raja Petra turut mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang.

Tuai rumah panjang ulas kejadian Anwar 'lari'

KAPIT: Tuai rumah (penghulu) Rumah Panjang di kawasan pedalaman di sini, Edison Bugap, yang mengaku bertanya soalan mengenai isu liwat dan video seks kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika datang ke situ, kecewa apabila ketua pembangkang itu gagal memberi jawapan.

Edison yang ditemui Berita Harian di rumah panjang itu berkata beliau mengajukan soalan terbabit kerana merasakan penduduk di situ berhak untuk mendapat penjelasan daripada mulut Anwar sendiri bagi memastikan kebenaran mengenai segala dakwaan berkenaan.

"Tapi saya kecewa, Anwar hanya jawab dia tidak perlu jawab kepada tuai rumah (saya) dan penduduk. Anwar kata dia hanya akan jawab kepada kerajaan," kata bekas pesara tentera itu yang mengesahkan mengajukan soalan yang membuat ketua pembangkang itu beredar lebih awal dari rumah panjang itu.

"Selepas Anwar tak jawab, saya beredar dari situ sebelum nampak beberapa penduduk turut beredar dari mendengar ceramahnya," katanya kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang kononnya mahu membela rakyat Sarawak. Insiden itu berlaku ketika Anwar berkempen di rumah panjang Edison Bugap Rasin, Melekun, kira-kira 30 minit perjalanan dari pekan Kapit malam Rabu lalu. Soalan itu dikemukakan Edison selepas Anwar berucap kira-kira 20 minit kepada lebih 100 penduduk rumah panjang itu. Menurut laman blog pisau.net, Anwar dikatakan marah dengan soalan itu sebelum beredar dari rumah panjang berkenaan tanpa bersalam dengan penduduk di situ.

Edison berkata itu adalah kali kedua pembangkang datang berceramah di rumah panjang itu dengan menekankan kepada isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), pembalakan dan pelbagai dakwaan lain terhadap kerajaan negeri.

"Saya tidak mahu orang ingat semua penduduk rumah panjang sokong pembangkang kerana sudah dua kali mereka ke sini," katanya mengakui adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata rata-rata penduduk suka mendengar Anwar berucap kerana beliau penceramah yang pandai bercakap dan kelihatan seperti ikhlas mahu membela nasih penduduk di rumah panjang itu, khususnya berkaitan isu tanah.

"Anwar memang pandai bercakap, kalau dia cakap semua orang tertarik dengan apa saja yang dia katakan," kata seorang pemuda Iban, lingkungan 30-an di rumah panjang itu.

Tinjauan mendapati kawasan rumah panjang moden dua tingkat itu masih tiada bekalan air sempurna dengan majoriti penduduknya bergantung kepada kolam air dan saliran anak sungai yang dibina sendiri oleh penduduk bagi keperluan harian seperti mandi dan membasuh.

RPK terus serang Anwar

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan Mkini Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.

Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

Raja Petra: “Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi.”

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

Raja Petra: “Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh”

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

Raja Petra: “Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers.”

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Raja Petra: “Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang.”

14 April 2011

Kapit: Anwar marah- ketua rumah panjang tanya soal kelakuan sex

Anwar tergesa-gesa meninggalkan rumah panjang Melekun-Kapit, apabila ketua rumah tersebut Edison Bugap in Melekun meminta Anwar menjelaskan kes sodominya dan video sex yang didedahkan oleh Datuk T serta jam omega.

Anwar yang dikhabarkan berucap selama 20 minit, terus meninggalkan ceramahnya, apabila Bugap bertanyakan soalan tersebut.

Pada Ahad lepas, Anwar juga naik angin apabila wartawan bertanyakan perkara yang sama.

Kini kempen Pakatan dihantui oleh video sex Anwar dan penghinaan Ketua pemuda DAP terhadap kaum cina, dimana pemimpin DAP tersebut mengatakan orang cina sama dengan orang utan.

PRN Sarawak: Kaum Cina berpaling tadah

Taib Mahmud tiada pilihan melainkan bergantung harap pada kawasan bumiputera terutama melanau, iban dan dayak.

Selama 30 tahun pemerintahannya terlalu banyak kaum cina Sarawak menjadi kayaraya kerana bantuan Taib. Sebut saja syarikat2 besar di Sarawak yang berada pada bursa Malaysia, pasti syraikat kaum cina Sarawak yang mendapat pertolongan daripada Taib.

Sayang selama 30 tahun memerintah, bumiputera yang tidak diberi sokongan seperti kaum cina.

Kini, Taib Mahmud diketepikan oleh kaum itu, malah kawasan-kawasan yang majoriti cina, dikhabarkan akan berpaling tadah, dan menyebabkan DAP akan memenangi semua kawasan tersebut.

Selain kawasan cina, dikhabarkan juga kawasan-kawasan majoriti Iban seperti Ba’Kelalan, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Opar, Bengoh and Telang Usan dalam keadaan kelabu kerana masalah tanah NCR.

Di atas kertas kini, BN masih selamat untuk 37 kerusi, 19 kawasan berpihak pada Pakatan sementara bakinya masih tidak menentu.

BN Sarawak diperkirakan akan membentuk kerajaan Negeri, dengan majoriti mudah; sekiranya mendapat 48 kerusi, maka satu jumlah bonus.

13 April 2011

PRN Sarawak: Najib anggap yang paling sengit- BN hanya sasar bentuk kerajaan

Datuk Seri Najib Razak menegaskan sasaran Barisan Nasional (BN) adalah mengekalkan kerajaan negeri yang dipimpin perikatan itu sejak lebih empat dekad lalu, tidak kisah jika hanya dengan majoriti mudah.

Ketika tinggal tiga hari sebelum pengundian, Pengerusi BN ini secara terbuka berkata, pihaknya hanya mahu membentuk sebuah kerajaan walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Najib yang secara peribadi mengetuai kempen di sini sejak Sabtu lalu berkata, jika BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri, ia adalah satu “bonus” bagi partinya.

“Sasaran kami ialah untuk membentuk sebuah kerajaan. Itu minimum. Majoriti dua pertiga adalah bonus kerana ia akan menyediakan kestabilan,” kata beliau yang juga Presiden Umno diKuching hari ini.

Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini, yang menyediakan 71 kerusi, berlangsung Sabtu ini.

Sebelum DUN Sarawak dibubar BN memiliki 63 kerusi manakala baki oleh pembangkang.

Sejak 1987, ini kali pertama kesemua kerusi dipertandingkan dan BN berhadapan dengan saingan paling sengit.

Kata Najib, BN tidak mahu melihat secara khusus mengenai bilangan kerusi yang bakal diperoleh perikatan itu kali ini.

“Dalam mana-mana pilihan raya bilangan (kerusi bakal dimenangi) akan naik dan turun,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Malah Najib juga mengakui bahawa BN berhadapan dengan persaingan sengit di kawasan-kawasan bandar dan pilihan raya negeri kali ini “adalah yang paling sengit dalam politik Sarawak.”

“Kami tidak boleh menafikan kerusi-kerusi bandar adalah kawasan yang kami diuji paling sengit,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta BN bekerja kuat di kawasan-kawasan bandar kerana calon-calonnya berkaliber dan tidak mahu pengundi menolak mereka hanya kerana protes.

Najib mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau yakin akan mengekalkan majoriti dua pertiga dengan memperoleh undi pada jumlah yang banyak di kawasan luar bandar dan separa luar bandar.

Dalam ulasannya Najib juga berkata, pemimpin-pemimpin BN dari Semenanjung dan Sabah berada di Sarawak untuk “membantu calon-calon kami agar Sarawak akan kekal di bawah BN.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels