15 April 2011

RPK terus serang Anwar

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan Mkini Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.

Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

Raja Petra: “Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi.”

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

Raja Petra: “Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh”

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

Raja Petra: “Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers.”

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Raja Petra: “Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang.”

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels