17 April 2011

Keputusan PRN Sarawak: DAP perguna PAS dan PKR

Bagi mereka yang menggunakan laman twitter, sangat ketara dan jelas, bagaimana bangganya pemimpin DAP terhadap pencapaian parti mereka semepena PRN Sarawak. Mereka tidak merasa sedihpun atau turut dukaciata atas kekalahan PKR dan PAS kawan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang misalnya mengulang-ulang twitnya 12 out of 15, menggambarkan penghinaan kepada PKR yang hanya menang 3 out of 49; manakala Pas 0 out of 5.

Parti yang mempunyai rekod 100% kemenangan sempena PRN Sarawak ke 10 adalah parti PBB pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud. Parti itu bertanding 35 kerusi dan menang keseluruhannya.

Seharusnya para pemimpin PAS dan PKR telah tahu jauhhari lagi bahawa parti-parti mereka hanya dipergunakan oleh DAP merebut kuasa, jika matalamat itu tercapai, percayalah-DAP akan DUMP mereka. Bukti-sangat ketara para PRN Sarawak, DAP hanya mementingkan parti mereka sendiri.

22 comments:

Ms Pearl said...

sebenarnya DAP tak perlukan PAS dan PKR pun......mereka sudah ada die hard fan mereka sendiri.

tunggu la saat ketikanya DAP meletakkan calon mereka dari kalangan orang Melayu.

yang keldai di sini adalah orang melayu yang tak sedar sedar diri. ataupun sedar tapi akibat sakit hati dan dengki takpe janji dendam telaksana walaupun KAMPUNG DAN TANAH TERGADAI. SOB!

zam said...

kebanyakan rakyat Sarawak masih lagi memilih BN kerana mereka masih yakin dengan kemampuan BN.

zam said...

keputusan yang diperoleh adalah hasi pilihan rakyat Sarawak sendiri. semoga Sarawak akan menjadi semakin membangun lagi.

Mohd Ishak said...

DAP mendapat undian yang jauh lebih tinggi berbanding PKR dan PAS.

Mohd Ishak said...

Setiap parti juga sama mementingkan parti sendiri. PKR juga tidak jauh berbeza.

Mohd Ishak said...

Lagipun, keputusan itu berada di tangan pengundi.

Anonymous said...

Tiadanya kesatuan dan persefahaman di kalangan parti-parti pembangkang sendiri antara faktor yang menyebabkan mereka kalah.

thinaj said...

Biarpun keputusan DAP jauh lebih bagus dari PAS dan PKR, mereka tetap kalah kepada BN.huhu..teda apa2x mo dibanggakan.

thinaj said...

Apapun, there's always next election.

evan medhousky said...

Pakatan hanya sekadar nama bagi mengaburi mata rakyat. realitinya mereka juga berlumba2 meletakkan parti masing2 ditempat yang tertinggi dan bersaing antara satu sama lain. buktinya dalam setiap pilihanraya pasti mereka bergaduh kerana masing2 mahu meletakkan calon.

evan medhousky said...

Pakatan pembangkang tidak pernah sehaluan. DAP yang tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam yang dibawa oleh Pas dan sikap PKR yang mendiamkan diri berhubung isu itu membuktikan pakatan pembangkang tidak pernah sehaluan.

ketidaksepakatan itu membuktikan gabungan pembangkang dibentuk untuk mencapai cita2 politik semata2. negara akan hancur sekiranya ia meletakkan masa depannya di tangan tiga parti berlainan yang mempunyai tiga agenda yang sangat berbeza.

Gopuk said...

Kalaupun DAP simpati tidak akan dapat mengubah keputusan itu.

Gopuk said...

Sepatutnya PKR dan PAS teruskan usaha bukanya menyalah orang lain atas kekalahan anda.

Hamdan Hadillah said...

Betul juga. Rasanya DAP tidak memerlukan PAS dan PKR lagi. Apa yang PAS dan PKR dapat dari DAP lepas ini? Tidak ada. DAP akan bangga dengan parti mereka yang kuat. Lepas ini tidak mustahil DAP akan kata, biar parti DAP jadi ketua PR lepas ini. Kita tunggu saja.

Hosie Masie said...

Terlebih dahulu mahu mengatakan Tahniah kepada BN kerana menang. Berkenaan DAP, PAS dan PKR ini biarlah mereka sendiri yang fikir. Tambahan, dari mata kasarlah. DAP lebih menyerlah dari parti PR yang lain.

Anonymous said...

jika DAP begitu diterima oleh rakyat, mengapa perlu bergabung dengan PKR dan PAS membentuk PR?

Anonymous said...

apa2 pun, keputusan sudah diketahui..

Paquin said...

Keptusan dah diketahui, jadi sudah2 lah tu.

Paquin said...

apapun, saya harap pilihan rakyat Sarawak dapat memajukan lagi negeri Sarawak :)

Anonymous said...

sebenarnya DAP, PAS dan PKR mempunyai agenda mereka masing2. walaupun mereka bekerjasama, namun mereka tak sehaluan, ini dpt dilibat dari perbezaan ideologi dan perjuangan mereka.

Anonymous said...

jadi, tak perlu dihairankan jika DAP tidak rasa sedih atas kekalahan PKR dan PAS dalan PRN sarawak.

Anonymous said...

DAP mempunyai haluan dan fahaman sendiri.PAS dan PKR hanya sebagai rakan dalam satu komponen parti pembangkang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels